Bahayakah Mengurut Ketika hamil ? 

Salam Semua. bahan bacaan rujukan kita harini mengenai mengurut ketika hamil , ramai ibu-ibu kat luar sana tertanya-tanya dan teragak- agak mengenai urutan semasa hamil ni kan , termasuk lah saya . Dalam kes saya , saya sakit belakang mungkin kesan acident yang lepas , doktor memang tidak mengalakkan sama sekali pergi jumpe bidan untuk membuat urutan ni dan cadangkan saya berjumpa pakar dan menjalankan pisio . 
ok tak nak bercerita panjang lebar , jom kita baca maklumat mengenai Mengurut ketika hamil : –

Semasa hamil , kita mengalami perubahan bentuk fizikal , mental dan juga emosi ,Sesetengahnya akan mengalami sakit belakang, sakit kepala dan sebagainya . Ketegangan yang dialami oleh ibu-ibu ini boleh dikurangkan dengan urut semasa hamil.

Sebelum meneruskan pembacaan, jom lihat ibu hamil ini yang sentiasa bertenaga :-
Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo!






Ok jom kita baca apa kata Dr Zubaidi Hj Ahmad :– 

Urutan Ibu Mengandung memberi banyak manfaat kepada wanita yang hamil namun para doktor beranggapan selain memberi manfaat ianya juga mendatangkan mudarat dan bahaya kepada kandungan seseorang itu. Namun begitu, jika ianya dilakukan oleh seorang terapis atau tukang urut yang bertauliah, pastinya ianya tidak akan mendatangkan mudarat serta bahaya, malahan memberi kelegaan sepenuhnya kepada wanita mengandung itu. 

Namun begitu, bagi kandungan yang kurang daripada 12 minggu (3 bulan) adalah tidak digalakkan untuk berurut di mana risiko keguguran berlaku sangat tinggi. Tambahan, urutan bagi kandungan kurang daripada 12 minggu tidak memberi impak serta kesan yang baik berbanding rawatan ini dilakukan selepas usia kandungan melebihi 12 minggu. 

Urutan yang baik dapat merehatkan otot dan melancarkan peredaran darah serta cairan limfatik. Apabila peredaran otot dan darah tidak lancar dalam darah, pembentukan darah beku pada otot peha dan betis akan berlaku dan ini akan memberi implikasi dan kesan buruk. 

Oleh itu, terapis atau tukang urut yang baik dan berpengalaman serta terlatih tidak akan mengurut terlalu kuat di bahagian otot peha dan betis kerana darah beku yang sudah terbentuk di bahagian tersebut akan tertanggal (dislodge) dan memasuki saluran darah. Serpihan darah beku ini akan membentuk thrombus dan seterusnya menyebabkan stroke.  

Selain itu, urutan dibenarkan di bahagian tubuh lain kecuali abdomen. Walaupun urutan di bahagian abdomen dilakukan secara ringan dan tidak kuat, namun ianya tidak digalakkan sama sekali kerana 
boleh merangsang rahim mengecut dan menyebabkan keguguran.Pengurut yang tidak bertauliah dan berpengalaman biasanya gemar menggunakan hujung kuku untuk menekan ke dalam otot menyebabkan rasa sakit dan meninggalkan kesan dan bekas pada badan. Cara ini bukan sahaja tidak memberi manfaat malahan mendatangkan kemudaratan kepada si ibu yang mengandung. 

Urutan ibu mengandung boleh dilakukan dalam pelbagai teknik namun haruslah bersifat ringan walaupun menekan ke dalam otot menggunakan teknik ‘Deep Tissue Massage’. Bahagian sensitif haruslah dielakkan sewaktu mengurut seperti pergelangan tangan dan kaki kerana bahagian ini akan merangsang otot-otot pada bahagian abdomen dan pelvik terutama otot rahim untuk mengecut dan menyebabkan keguguran.

Oleh itu, jika anda berasa sakit seperti hendak melahirkan kandungan sewaktu berurut, anda haruslah memaklumkan kepada tukang urut anda agar berhenti mengurut dan terus berhubung dengan doktor yang merawat. 



Kesan dan implikasi dari rawatan ini adalah:

  • Mengurangkan kelenguhan badan akibat perubahan hormon yang dialami (Elok 2 kali setiap minggu selama 5 minggu)
  • Mengurangkan kepekatan Norepinephrine dan Cortisol yang menyebabkan tubuh rasa stress. Stress menyebabkan wanita hamil mudah cepat penat dan tidak bertenaga serta cepat marah, putus asa dan tertekan. 
  • Meningkatkan kepekatan hormon Dopamine dan Serotonin yang menyebabkan tubuh rasa tenang dan bersemangat. Hormon ini akan mengurangkan masalah dan komplikasi sewaktu melahirkan anak.
  • Mengurangkan kesakitan dan memperbaiki sistem imuniti melawan jangkitan kuman dan virus. 
  • Mengurangkan bengkak pada sendi dan tubuh serta tidur lebih selesa dan nyenyak. 
  • Mengurangkan kesakitan pada pinggang belakang tanpa perlu bergantung kepada ubat penahan sakit.

Wanita Hamil Yang Tidak Digalakkan Untuk Berurut Ketika Hamil:

  • Kehamilan bersama penyakit Hypertension dan Preecclampsia.
  • Pernah mengalami kelahiran Pra-Matang.
  • Pernah keguguran (Miscarriage).
  • Kehamilan kurang 12 minggu.


** Masa Saya ke pisio baru-baru ni , saya dan suami di ajar cara urutan legakan stress , urutan ringan dan tak terlampau kuat, just picit biasa dr tengkuk sampai ke punggung . cam kat spa gitu , (tapi jangan tekan terlampau kuat yea) isteri perlu duduk :- 
cubalah 🙂 


Jadi para suami jom la urut isteri , selamat mencuba yea 🙂 

Jika anda sedang mencari vitamin ketika hamil atau untuk berpantang  , saya cadangkan vitamin terbaik dari shaklee . 

klik di sini untuk  Set Hamil Shaklee 
klik di sini untuk  Set Berpantang Shaklee 

Dapatkan yang terbaik dari shaklee .



Testimonial Set Pantang Shaklee1 Pilihan Supplement Shaklee Ibu Bersalin, Berpantang, Pembedahan & Rambut Gugur


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  

Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang , KTM Batang Benar , KTM Nilai 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *