Tips Bersalin Normal Tanpa Jahitan.

Salam ibu-ibu terhebat .

Persoalan, kenapa kita bersalin ni kalau boleh tak nak satu pun jahitan ? jahitan lepas bersalin ini perlukan penjagaan yang rapi  lagi -lagi semasa ingin membuang air besar. takut sangat kan takut sembelit . dah pernah jugak sampai menangis kan . 

saksikan wanita dalam video ini, jahitan dia teramat banyak dan sampai dia ngeri dah bersalin mungkin.
 

ketika saya coretkan artikel ini semasa hamil  35 week , cepatkan masa berlalu. ibu-ibu sekalian berapa week dah ? mesti semua tengah cari macam-macam tips untuk bersalinkan.. samalah dengan saya walaupun ni yang ke 2 masih mencari tips-tips yang bagus untuk proses bersalin nanti. Masa anak 1st kelam kabut, tak tau camne.Kita hanya berusaha, Allah menentukan segalaNya.. 

Jom kita baca apa yang boleh membantu kita bersalin normal tanpa jahitan, Mungkin kita boleh amalkan sebelum dan semasa bersalin. 


1. Siapkan diri di akhir kehamilan.
Di akhir-akhir kehamilan ni ramai yang kata kita perlu yakin proses bersalin ini berjalan dengan lancar.Untuk siapkan diri juga macam-macam kita cuba diantaranya ( ni saya cari gugel gak ni ) :- 

  • Urutan Prineum dan Senaman Kagel
    • Apa urutan prineum ini , saya pun tak tahu sebelum ni, ada kawan baru inform,balik terus cari dalam gugel,oooo urutan ini kan sebenarnya membantu melembutkan permukaan faraj kita semasa nk bersalin nanti.waa camtu yea.Urutan prineum ini sebenarnya perlu dengan cara yang betul. dan boleh lakukan bermula 34 minggu ke atas.  aaaa tak sabar ke nak tau? jom ….
      • Sediakan Minyak kelapa dara ( Apa2 brand pon x apa) saya arituh beli al -ejib kot, dekat kedai jamu.tapi ada sesetengahnya gune minyak zaitun.
      • pastikan basuh tangan dulu sampai bersih , kuku kene pendek yea.
      • Sapu Minyak ke jari
      • Ibu jari diletakkan 1 atau 1.5 inci ke dalam faraj kita,4 jari lagi tu letak bahagian bawah punggung, boleh tengok pic tu.
      • lakukan Urutan dalam bentuk U.gerakkan kesemua jari yea.maksudnya 1 jari di faraj dan 4 jari di bawah turut bergerak dlm urutan berbentuk U.camne tu? saya pun pening juga memula tapi cubalah dulu yea.pastu boleh.
      • Lakukan lebih kurang dalam 10 minit.
      • setelah itu lakukan senaman kagel, ahh apa kagel ni? dia cam kemutan.contohnya cam kita tahan nk kencing.kira 1-10 lepas.
      • Tidak perlu di basuh sebab nk minyak meresap, nak lembutkan
      • Boleh lakukan sekurangnya 4 kali seminggu                    
Jom kita belajar dan cuba teknik di atas . 
  • Selain itu, kita boleh minum minyak kelapa dara, kawan saya minum minyak kelapa dara start dari 36 week. Alhamdulillah tak perlu jahitan semasa bersalin normal.Saya ada bertanya pada nurse mengenai minum minyak kelapa dara ini, nurse kata elok juga sebab dia melicinkan masa baby nak keluar.tapi jangan minum terlalu awal sebab takut nanti bersalin awal. Erhmm …. jadi 36 mgu da boleh la kita try minum minyak kelapa dara.aah rasa xsedap? nak rasa tak sedap or nak jahit banyak? heheh tanya pada diri .
2. Ok Semasa proses bersalin juga perlu ada teknik-teknik yang betul.diantaranya :- 
  1. Tunggu sehingga bukaan 10 cm.
  2. Posisi semasa nak bersalin juga perlu betul. 
    • Baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas , dan dilipatkan sedikit kedua-dua kaki menjadi seperti betuk huruf A, Biasanya nurse akan tolong nanti 🙂
    • Mcm Biasa Semua pesan jgn angkat punggung semasa meneran.
    • Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH  RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).
  3. Teran semasa bebetul rasa sakit , seperti rasa bebetul dah nak terberak sangat-sangat tu.
  4. Teknik Pernafasan yang betul semasa bersalin.
    • Macam mana ? ok. Kita perlukan pernafasan yang panjang untuk lakukan push sebenarnya. tarik nafas sepanjang mungkin dan teran selama yang mungkin yang kita mampu.tetapi ingat yea jangan curi-curi pernafasan semasa meneran,ini nak elakkan kepala baby masuk balik ke dalam.
    • Habis teran, baru hembus nafas dan tarik semula nafas sepanjang mungkin dan teran lagi.ulang step sehingga baby keluar. Masa anak 1st dulu doktor tolong , doktor kata tarik nafas ,saya tarik nafas pjg , doktor kita 1,2,3 pushhhhh.dan saya push la sedaya mungkin. 
    • Semasa hamil ini pun kita boleh praktis cara pernafasan tau , macam mana ? tarik nafas sepanjang mungkin dan tahan, buat sedaya yang mampu je yea.. jangan paksakan diri.karang ada kene pg hospital.
  5. Perlukan Tenaga Yang cukup
    • pastikan sebelum melangkah ke labor room kita makan.pilih makanan yg berkhasiat dan kenyang. Contoh air vico / milo / horlick ke . makan nasi / roti atau apa sahaja yg berikan kita tenaga.sebab kita perlukan tenaga yang mantap untuk meneran nanti. Masa anak 1st dulu saya bawa bekal air Anugerah,.. Alhamdulillah
  6. DOA 
    • kita sebagai umat islam banyak doa kita boleh amalkan.tapi kalau dah time sakit kadang-kadang lupa doa2 di hafalkan. jadi kita boleh berzikir. dan semasa sakit tuh juga boleh sebut nama Allah dengan sepenuh hati. biasanya doa-doa yang di baca :- 
            
Selain itu , boleh selawat , baca 3 Qul , Alfatihah , Ayatul Qursi
Zikir :- 
Ada juga mencadangkan zikir dengan Ya Fattah iaitu Yang Maha Pembuka supaya permudahkan pembukaan jalan bersalin nanti.
7. Perkara sangat penting Minta Maaf pada Suami.sebenarnya bukan pada suami sahaja, ibubapa kita dan mertua juga.selain itu kawan-kawan juga family.

APA2 PUN KITA CUBA PELBAGAI CARA UNTUK MEMBANTU PERMUDAHKAN PROSES BERSALIN INI, TERMASUK TAK NAK JAHIT. TETAPI YANG MENENTUKANNYA ALLAH S.W.T . IN SHAA ALLAH. YANG PENTING KITA CUBA DARI TIDAK CUBA LANGSUNG YE TAK 🙂 KALAU KENE JAHIT, IN SHAA ALLAH ADA CARA PENYEMBUHAN YANG BOLEH KITA LAKUKAN..BIASANYA KLU ANAK PERTAMA KENE JAHIT JUGAK SEBAB MUNGKIN MASIH TIADA LALUAN/JALAN . JADI DOKTOR AKAN GUNTING. JADI APA-APA PUN KITA BERUSAHA , BERSERAH DAN TAWAKAL. 

IBU-IBU TERHEBAT !! SELAMAT BERJUANG , FISABILILLAH…. 
IN SHAA ALLAH…. 

Untuk ibu-ibu yang masih mencari , masih dalam dilema nak guna set berpantang apa,boleh hubungi saya untuk set berpantang shaklee. saya pon mmg amik shaklee .:) 



  CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel   FACEBOOK : Aizah Azlem
8 comments
  • Ros
    July 6, 2015 at 10:18 pm

    Mmg kalo taknak kena jahit, amalkan urutan perineum. Bagus Sgt2

    Reply
  • Noraizah
    July 7, 2015 at 9:28 pm

    Membantu jugak kan .. kene buat start 37 week pon dah ok ..

    Terima kasih dtg berkunjung

    Reply
  • Chantique Gallery ( NAZ )
    October 12, 2015 at 1:43 pm

    Sis..kalau anak pertama kalau amalkan urutan perineum ni selalu and makan vco tu berkemungkinan x kalau time bersalin tu xkoyak ??? takut sgt2..firtspreggy..

    Reply
  • Noraizah
    October 12, 2015 at 3:28 pm

    Assalam sis , tgk keadaan jugak sis , kawan akak buat x koyak pun. yg penting masa meneran tu kena ikut tips yg betul .

    Reply
  • Anonymous
    March 7, 2016 at 9:20 pm

    Alhamdulillah…. dah jumpa cara! In shaa allah, semoga dipermudahkan proses bersalin nanti

    Reply
  • Anonymous
    March 7, 2016 at 9:20 pm

    Alhamdulillah…. dah jumpa cara! In shaa allah, semoga dipermudahkan proses bersalin nanti

    Reply
  • Mawar Berduri
    April 1, 2016 at 7:44 pm

    in shaa allah boleh diamalkan..terima kasih berkongsi

    Reply
  • Mawar Berduri
    April 2, 2016 at 11:10 am

    in shaa allah boleh diamalkan..terima kasih berkongsi

    Reply

Leave a Reply to NoraizahCancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *