Bilakah Waktu Sesuai Boleh Minum Ais Selepas Berpantang?

Assalamualaikum semua ibu-ibu. semoga sihat sejahtera kehendakNya. Bilakah Waktu Sesuai boleh Minum Ais Selepas Berpantang?. selalu tanya mak , 

kita : ” Mak Bila kita boleh minum ais ni? dahaga yang amat!” 
Mak : ” Hamboiiiii tak sayang badan kee ? , mak dulu pantang betul-betul pun sakit-sakit juga badan ni” 
Suami : ” Entahnya. Badan tu nak guna lama “. 

Sapa Tahan tengok Ais yang sejukkan tekak tu oiiii… 😛 tak tertahan rasanya 🙂

Macam mana lah nak berpantang dengan betul dan sihat macam orang dulu-dulu kan? 
tapi wanita ini mampu ! tabik spring lah sampai turun berat 20kg tu. jeless i .. 
Jom tonton dulu video ni , belajar macam mana teknik dia berpantang :-
lepas tengok video ini, jeles jeles kan.. nak jugak turun sampai 20 kg tu. saya hari tu turun 14 kg je. kene usaha lagi ni. 🙂  
 
ok berbalik pada topik kita hari ni :- 
Kenapa kita perlu berpantang ais dalam jangka masa yang lama ? lama tu berapa lama? . ok saya jelaskan di sini . berpantang ais ini bergantung pada ketahanan nafsu kehendak setiap individu, paling kurang berpantanglah selama 44 hari, walaupun kita rasa 44 hari tu lama.tapi jika di bandingkan 44 hari itu adalah masa yang terlalu singkat untuk kita berpantang ais. 
Berapa lama yang paling bagus? Saya pernah terbaca, makin lama kita berpantang ais, makin baguslah untuk badan kita yang banyak urat putus-putus selepas bersalin. ada juga feedback dekat forum yang cadangkan berpantanglah selama 100 hari atau 6 bulan jika bayi kita menyusu, susu badan kita. Terbaru saya membuat survey di FB , saya memang terkejut sebab ada yang komen sanggup berpantang ais selama 1 tahun!. jadi tepuk dada tanyalah selera. Tapi saya juga tergoda dan tak mampu tahan dah dengan ais ini, 4 bulan setengah sahaja saya berpantang ais.




Kenapa kita perlu sangat berpantang ais?
 Ini salah satu saya ambil dari forum :-
” memang tak boleh lari dari temptation nak minum air yg berais, kan?seeloknya masa pantang, jgn minum ais masa pantang…nanti kembang urat2 tu…orang kata nanti peranak kembang..
.susah nanti dik…kalau ikut orang tua2, pegang barang dlm fridge pun tak boleh…basuh pinggan lepas makan, cuci baju masa dlm pantang..itu semua tak boleh…kalau breastfeeding, nanti takut baby kena kembung perut…sebab tu tak digalakkan minum ais…
kalau baby dah besar sikit, sekali sekala nak minum ais, boleh…dipersilakan…akak kalau minum berais, kaki rasa macam lemah jerr…  “


Kesan Pengambilan ais :-
Kesan pada Ibu
  1. Akan mengembangkan urat-urat ,selain itu boleh mengembangkan rahim kita, rahim lambat mengecut dengan betul.
  2. Badan akan rasa lenguh-lenguh , rasa lemau (masuk angin orang tua kata)
  3. Badan akan mudah demam / imun badan yang tidak kuat
  4. menganggu proses pencernaan , haa inilah yang menyebabkan kita mudah gemuk .
  5. kulit mudah berkedut- gari-garisan tua 
  6. Perut buncit
 Kesan pada Anak yang masih menyusu badan
  1. Anak mudah kembung perut
  2. anak mudah alami selsema dan batuk
  3. Anak mudah tidak sihat
ini terbukti , betapa pentingnya kita berpantang secara yang betul supaya badan kita rasa bertenaga , selesa, tenang , yang paling penting badan kita kembali cantik begitu juga dengan kulit wajah kita.Memang bukan senang tapi kita mampu melakukan perubahan untuk kita lebih tampil cantik di hadapan suami.


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  
Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang ,




6 comments
  • wan norasiah
    March 14, 2015 at 5:28 pm

    Sayang badan jgn minum ais…nnt berat xturun2

    Reply
  • wan norasiah
    March 14, 2015 at 5:28 pm

    Sayang badan jgn minum ais…nnt berat xturun2

    Reply
  • Noraizah
    March 14, 2015 at 6:13 pm

    Kak wan betul tu … kene usaha ni , jangan kerap minum ais kan …

    Reply
  • Amylia Ilyana
    April 21, 2017 at 9:04 pm

    kalau sekali sekala minum ais bole tak?

    Reply
  • Amylia Ilyana
    April 21, 2017 at 9:04 pm

    kalau sekali sekala minum ais bole tak?

    Reply
  • Unknown
    October 26, 2018 at 3:09 pm

    Baru baca artikel dari doktor….doc kata ngarut je org² dlu ckp kena pantang air dan ais….mnum ikut mulut cmne leb kembang urat n becak bagai..tu yg sy baca..betul gak apa doc kata tu dr segi sains…kita ni dr kata2 n petua² org² dlu yg tah betul tah tidak

    Reply

Leave a Reply to UnknownCancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *