Tips Menguruskan Kewangan Dengan Bijak Hadapi GST 

Assalamualaikum semua .kita mestilah mahu menguruskan segalanya dengan baik dan teliti bukan sahaja hal rumah tangga malah kewangan juga perlu dititik beratkan.

Kadang-kadang saya tidur pun teringat-ingat pasal GST, macamanalah kewangan saya.bangun pagi pun ingat kesan GST.. aiss parah-parah kalau macamni hari-hari.

Tapi Perasaan saya berubah sedikit dengan tengok video muhasabah diri ini. Sesiapa yang amalkan 3 tips dalam video ini setiap kali muhasabah, mesti korang excited nak bangun pagi esok harinya. Rugi tak tengok ni:- 

Cara Muhasabah Diri Agar Kekal Positif



GST? GST lagi !! Saya rasa tidak perlu saya terangkan lagi,majoriti telah tahu apakah itu GST , bagaimana impaknya kepada kewangan kita dan kehidupan kita, lagi-lagi kita berkeluarga. Saya juga ada membuat survey di FB, 90% memang mengeluh dengan wujudnya GST ini. Jadi Sama-samalah kita menguruskan kewangan kita dengan teliti supaya setiap bulan perbelanjaan akan mencukupi. 



Terdapat beberapa Langkah yang boleh kita amalkan :- 

1) Menerima Gaji Sepatutunya, jika boleh gunakan untuk perbelanjaan kurang daripada pendapatan kita .Contoh paling ringkas : gaji RM 2000, Perbelanjaan RM1900 , jadi RM 100 kita ada duit standby kecemasan.


2) Rancang Dan patuhi Jadual Kewangan. 
Jom Semua ambil pen dan kertas/buku .Kalau boleh bincang suami dan isteri tentang jadual kewangan kita. jangan Buat je tau tapi kena patuhi .supaya kita sistematik dalam perbenlanjaan, tidak kira perbelanjaan dapur , kenderaan ,dan sebagainya. 
Contoh jadual :-


3) Jika ingin pergi berbelanja, sediakan dahulu senarai apa yang wajib kita beli, ini untuk memudahkan kita seterusnya membantu kontrol perbelanjaan . Ambil total belanja daripada barangan keperluan rumah.
  • Pastikan barang adalah halal(jika makanan)
  • Lihat Harga sebelum beli -lagi bagus jika sudah tahu harga setiap 1, jadi kita boleh anggarkan berapa RM kita akan gunakan ketika membeli.
  • Lihat tarikh Luput
Contoh Senarai :- 


Ikut ni .. jangan bawak simpan dalam beg jew..tak menjadilah perbelanjaan yang bijak 🙂

4)Bayar hutang secara sistematik . jangan menangguh  bayaran bulanan, ini kerana jika kita sudah tertanggguh walaupun sebulan, ini akan menjejaskan perbelanjaan untuk bulan seterusnya.

5)Ajar diri kita , suami / isteri dan anak-anak supaya hidup dengan berjimat cermat.
galakkan anak membawa bekal ke sekolah,dengan cara ini bukan sahaja menjimatkan malah makanan yang dimakan lebih selamat( air tangan ibu). kalau isteri nak shoping handbeg mahal contohnya hold dahulu jika bajet tidak mencukupi.dahulukan mana yg wajib.

6) Bayar Zakat / derma jangan lupa tau 🙂 kerana ini adalah satu cabang untuk kita lebih bertambah rezeki

7) Duit lebih daripada perbelanjaan, praktiskan menabung (tabung kecemasan) .Duit syiling yang banyak tu, haa kutip letak dalam tabung. kalau urgent nak gunakan , kita boleh tukar dengan duit kertas atau bank in ke akaun kita.

8) tip ni untuk orang perempuan ni. hehe… elakkan /atau kurangkan window shopping. sebab? dari window shopping akan jadi bershopping 🙂 kalau nak shoping pun cuba kita fikirkan ini dahulu:-

  • Adakah kita mampu membelinya
  • Adakah kita memerlukannya
  • Adakah ada yang murah tetapi kualiti yang sama?
  • Bolehkah kita tangguh pembeliannya- takut bajet terlebih.


9) Hidup mengikut kemampuan,Setiap individu berlainan pendapatan,jadi perbelanjaan pun berlainan. jangan ikut kemampaun orang lain sedangkan kita tidak mampu.


Pening? memang memeningkan dengan kos kehidupan yang makin meningkat tapi gaji? takat sama ataupun naik sedikit sahaja. kadang-kadang rasa nak menangis pun ada kan?
tidak kiralah suami & isteri bekerja ataupun hanya suami yang bekerja.
apa tindakan yang perlu kita lakukan supaya setiap bulan kita tidak terlampau pening? 
Kita perlu naik tarafkan kewangan kita! tapi macam mana? kadang-kadang kita sehari tu pun rasa masa itu terlalu cepat dan tidak mampu nak melakukan kerja-kerja lain? In Shaa Allah kehendak kita, jika ada impian pasti jadi kenyataan. jika ingin melakukan kerja sampingan,jika bersungguh pasti ada jalan. 

Saya sekarang pun pening dengan kos sekarang ini, memang banyak think negetif tetapi kita pun perlu think positif. positifnya, saya cuba dengan bisness sampingan yang tidak membebankan sangat sebab saya bekerja.(surirumah mesti lagi boleh lakukan ,membantu kewangan suami).Alhamdulillah saya dah bertindak mencabar diri Saya sendiri dengan business Shaklee, kenapa saya pilih shaklee? kerana boleh tambah pendapatan dalam masa yang sama kita boleh bantu orang-orang sekeliling untuk hidup lebih sihat dan comel :).  anda bila lagi? jika ingin keterangan langjut di sini . Atau Whassap / mesej saya .


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  
Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang ,







2 comments
  • Faiz Saaid
    March 20, 2015 at 11:40 pm

    tips berjimat cermat yang sangat baik, hoo, tapi kalau ada peluang tambah pendapatan lagi mantop

    Jemput baca TIPS WANITA CANTIK

    Reply
  • Noraizah
    March 21, 2015 at 12:39 am

    Terima Kasih Tuan faiz..dtang menjenguk page saya. In ShaaAllah saya update ket lg.. 🙂 baca doh tips tu.. memang mantop 🙂 boleh amalkan nti..thnkz 4 sharing.

    Reply

Leave a Reply to Faiz SaaidCancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *