5 Impian Yang Saya Mesti Capai Sebelum Menutup Mata Jika Dengan Keizinan Allah. 

Assalamualaikum semua, Entri saya kali ini mengenai 5 Impian Yang Saya Mesti Capai Sebelum meninggalkan dunia yang fana ini. Entri ini bukan untuk menunjukkan kita ini sudah bersedia tetapi bagi saya kadang-kadang bila kita buat entri dan bercerita ini akan menjadi satu semangat untuk mencapainya sebelum ajal menjemput pergi.

Anda pun jom sama-sama senaraikan apa yang perlu kita lakukan dan capai, Semoga cara ini juga akan memotivasikan diri kita Supaya lebih menitik beratkan keagamaan, mengumpul bekalan untuk kita bawa ke alam barzakh. 

Ada orang takut nak berimpian, sebab takut tak tercapai.Takut nak berusaha,takut tak berbaloi.Takut nak membuat keputusan ,takut tersilap. Adakala takut untuk memulakan sesuatu ,takut tak habis.  Jika kita ada di antara golongan ini, wajib saksikan video di bawah.video ini yang buatkan saya rasa bangkit dari perasaan negetif itu !!
Just DO it !!




Ketika saya menulis entry ini, Air mata tidak tertahan rasanya. Bila kita buat senarai begini, Allahuakbar sebenarnya masih banyak lopong-lopong.

Impian Sebelum Menutup Mata 1 :: 

Mengisi ruang-ruang lopong dalam agama supaya bekalan ku tidak berat ke sebelah kiri. Allahuakbar, bila mengingati perkara ini, terus diri saya menjadi seriau dan takut. kita bukan tahu bila ajal maut datang menjemput, kadang-kadang semasa berbual pun jika itu masanya tiada bernganjak walaupun seminit. Tertanya pada diri ini banyak mana dah bekalan sehingga hari ini.aku tertunduk lesu.air mata mula membasahi pipi. 

Apa yang basic yang saya terfikir ? auditkan diri menutup Aurat dan perbetulkan dalam solat. In Shaa Allah. 

kata-kata dari zonkuliah :-

“Sebenarnya orang yang meninggal dunia setelah didahului oleh sakit, dia telah diberi kesempatan untuk bertaubat untuk membersihkan segala dosanya sebelum menghadap AllahSWT, sehingga dia menghadap Allah SWT dalam keadaan bersih tanpa dosa sama sekali. Saat sakit itulah saat untuk bertaubat.
Sakit umpama lampu kuning yg bersifat sementara. Boleh jadi ia bertukar hijau yakni sihat dan meneruskan hidup atau bertukar merah yakni mati meninggalkan dunia ini.”


Ya Allah Kau berikanlah peluang untukku teruskan mencari bekalanku. 

Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
Ya Allah Ya Allah
Ampunilah dosa-dosaku yang lalu,
Ya Allah Ya Allah

Maha Pengasih,Penyayang, Maha Mengerti.



Impian Sebelum Menutup Mata 2 :: 

Mahu Membahagiakan orang-orang tersayang paling utamanya dan seterusnya orang-orang terdekat dan taulan. Mak Ayah . Suami dan Anak-anak . TIka ini kurasakan masih tidak puas lagi untuk menyayangi dan di sayangi oleh mereka . 

Mak Ayah ku, kalau boleh biarlah aku menjaganya tika mereka sihat dan sakit sebagaimana mereka menjaga aku sewaktu dulu, walau nyamuk seekor pun tidak boleh di gigit. Allahukabar. 

Suamiku, Aku insan biasa yang amat menyayangimu dengan ikhlas kerana Allah.Aku ingin menjadi isterimu yang solehah di dunia dan di syurga nanti. Amen. Maafkan diri isteri ini jika masih ada kekurangan. dan tahuilah suami, isteri ini sedang berusaha untuk lebih menjadi lebih terbaik. In Shaa Allah. 

Anak-anak syurgaku sekalian , ibumu ini sampai waktu akan pergi, jagalah perilakumu jadilah soleh dan solehah. jangan lupa sentiasa sedekahkan Al-fatihah untuk ibu. 

Saat ini, ketika ini , saya masih berusaha untuk lebih membahagiakan kalian wahai mak ayah, suamiku tercinta dan anak-anak syurga ibu.  

(Rasa tak boleh teruskan dah coretan ini, sebab sebak datang,air mata mengalir tidak terhalang,jiwa menangis jua , hati seorang anak, isteri dan seorang ibu )

Kadang-kadang terfikir , Masa yang di luangkan bersama anak-anak hanya beberapa jam sahaja dalam sehari. balik kerja sudah jam 7.30 malam, anak-anak tidur jam 12.30 malam.di antara waktu itu, kita tak tumpukan pada anak-anak dan suami sepenuhnya kan, kita akan buat kerja-kerja lain juga seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya.

Kadang-kadang bila kita penat, anak-anak perlukan perhatian kita, tapi kita marah pula. Ya Allah menyesalnya.bila mereka tidur cuba kita renung muka mereka, Ya Allah..Allahuakbar.menitis air mata ni.

Dan waktu inilah terfikir ingin menjadi surirumah dalam masa yang sama membantu kewangan keluarga. In Shaa Allah.


Noted: Sama-samalah hargai 



Impian Sebelum Menutup Mata 3 :: 

Ingin Membayar Hutang Piutang jika masih tetinggal. In Shaa Allah walau macam mana akan langsaikannya. Kadang-kadang terfikir juga ye bagaimana mahu langsaikan. Tapi In Shaa Allah yakinlah dan berusahalah untuk membayarnya.hutang ini tidak semestinya hutang duit kan.. macam-macam kategori. Sekarang ini pun segala barang telah naik dengan mendadak dan dikenakan GST pula kan? Pening memang pening. dah kalau hutang mesti kita kene bayar contoh pinjaman belajar, jangan buat-buat lupa.Allahuakbar . Inilah salah 1 sebabnya saya terjerumus dalam shaklee.Kumpul duit sedikit demi sedikit.In Shaa Allah lama-lama habislah bayarkan. 


Impian Sebelum Menutup Mata 4 :: 

Setelah hutang terbayar . Impian seterusnya ingin ke mekah menunaikan haji atau umrah bersama suami, kalau ada rezeki lebih mahu sahaja bawa anak-anak dan mak ayah.In Shaa Allah.nak bawak satu keluarga pastilah perlu prepare duit yang banyak kan. tapi saya nekad serius dalam shaklee ini lagi adalah sebab, bila tiba 1 peringkat kita boleh memilih  akan di hantar menunaikan umrah atau pun bercuti.Mestilah Berangan nak pergi umrah kan. Ya Allah , Kau Permudahkanlah Ya Allah. Ameen. 

Impian Sebelum Menutup Mata 5 :: 

Ingin membeli sebuah rumah ! bagaimana ye harga rumah sekarang makin naik cam tak turun-turun pun. In Shaa Allah. Dengan buat business Shaklee ni dengan ikhlas. In Shaa Allah suatu hari aku akan mampu membelinya. 


5 Impianku Sebelum Menutup Mata :-

Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,

Susun sepuluh jari memohon diampuni,

Impian Anda Bagaimana pula ?

Jemput dengar lagu ni :-


http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/04/6-langkah-mudah-memulakan-perniagaan.html#at_pco=smlre-1.0&at_si=55253e00f1dbe7da&at_ab=per-2&at_pos=2&at_tot=4

  CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel   FACEBOOK : Aizah Azlem



2 comments
  • Faiz Saaid
    April 9, 2015 at 12:19 pm

    teruskan berusaha untuk mencapai cita cita anda yang sangat murni lagi suci berseri seri mengadap ilahi

    Reply
  • Noraizah
    April 9, 2015 at 2:33 pm

    Ameen In Shaa Allah ..
    Terima Kasih Sudi berkunjung dan komen :

    Reply

Leave a Reply to Faiz SaaidCancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *