8 Cara Berkesan Mangatasi Anak Yang selalu Bertengkar
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca butik sihat comel.
Entri kita hari ini mengenai anak-anak yang selalu bertengkar dan tidak kiralah berapa usianya.Memang susah nak cari yang memang 100% tidak bertengkar kan ? tetapi kita sebagai ibu bapa boleh mengawal pertengkaran anak-anak kita sebelum lebih melarat atau lebih teruk.
Daripada survey saya, zaman sekarang ini anak-anak sering bertengkar sesama mereka untuk main gadget tidak kiralah gadget ibubapa atau memang khas untuk anak-anak.
saksikan video ini tips uruskan anak-anak.
Kita sebagai ibu bapa kadang-kadang ada juga rasa stress kan bila anak-anak asyik bertengkar walaupun perkara yang remeh.Dalam keadaan kita yang stress tu kalau boleh jangan ikut menengking marah-marah anak seperti mahu bergaduh juga.Apabila dalam keadaan ini , kita di sarankan supaya menarik nafas, hembus dan beristigfar supaya kita tenang untuk mengawal pertengkaran anak-anak supaya nanti tidak berlaku perkara yang tidak di ingini.
8 Cara yang boleh kita praktiskan untuk atasi anak-anak ini ialah :-
Atasi Anak Bertengkar :: 1
Jauhkan sementara untuk sementara waktu,supaya anak-anak boleh tenangkan diri masing-masing.
Atasi Anak Bertengkar :: 2
Cuba pujuk dan cakap elok-elok dengan anak-anak supaya hentikan pertengkaran,hentikan kemarahan.Berikan peluang masing-masing bercerita dari mula apa yang berlaku, dengar luahan mereka tetapi jangan terus menyalahkan diantara mereka tetapi berikan dahulu nasihat dan cara penyelesaian.
Atasi Anak Bertengkar :: 3
Buat peraturan dirumah dan pastikan mereka patuhinya. Contoh yang salah tidak boleh menonton upin ipin . haa gitu. Seterusnya jangan lupa berikan pujian bagi anak yang patuhi peraturan itu.anak-anak kecil sebenarnya suka di puji :).
Atasi Anak Bertengkar :: 4