Sesiapa pun tidak mahu masalah meroyan ini terjadi, Kenapa ? Sebab Gila meroyan ni adalah sejenis penyakit yang biasa akan di alami oleh ibu semasa ataupun selepas proses berpantang. Apa yang membimbangkan sakit meroyan ini , ibu kadang-kadang tidak sedarkan diri dan mampu mencederakan diri sendiri ataupun orang lain.
Kenali dahulu simptom awal terkena meroyan :-
* Ibu rasa Gelisah Sepanjang masa
* Ibu ada perasaan putus asa
* Ibu sering rasa sayu, nak menangis , menangis.
* Rasa diri terperangkap
* Rasa orang-orang sekeliling mengganggu – serabut atau tertekan
* Muram , asik termenung .
Haa Sebab tu ibu dalam pantang perlu di jaga bebetul dari segala aspek , dalaman hinggalah luaran.bukan remeh temeh gitu sahaja 🙂 .
Saksikan video Amalan berpantang wanita ni :-
Meroyan ni sebenarnya banyak jenis , haa jom kita tengok
1. Jenis Meroyan 1 :: Gila Meroyan
Orang tua-tua kata gila meroyan ni berpunca dari Darah nifas semasa berpantang. Bila darah tidak keluar dengan sempurna akan menyebabkan berbau busuk seperti hanyir sangat.Jika berlarutan inilah yang menyebabkan sakit kepala, kemurungan seterusnya angin meroyan akan datang. haa tu sebab orang tua-tua sangat pentingkan bertungku ni. supaya melancarkan darah keluar dan cepat mengecutkan peranakan. Selain itu boleh juga mengambil Alfalfa sebagai vitamin untuk mengecutkan rahim kita.
2. Jenis Meroyan 2 :: Meroyan Api ( Dengar pun dah takut ni kan)
Meroyan jenis macam suka sangat marah, pantang tidak kene sikit , jadi bengis , garang.Kadang-kadang boleh menjerit-jerit dan lupa.Jika keadaan ini semakin parah, si ibu tanpa sedar boleh mencederakan baby atau orang lain . Macamgambar kat bawah ni . Haaa Takutkan. Jadi Kawallah emosi kita, suami amat memainkan peranan penting untuk bagi semangat pada isteri.
3. Jenis Meroyan 3 :: Meroyan Kentung
Si Ibu akan berubah menjadi murung ,Sayu , Hiba, asyik nak menangis,kadang-kadang jadi binggung .ada sesetengah kes tidak kenal mana anak dan bantal.. aaa parah ni ..
4. Jenis Meroyan 4 :: Meroyan Tinggal
Meroyan tinggal ni pun menakutkan juga , Ibu bertukar suka berleter , bercakap sorang-sorang , ada sesetengahya ingin lari daripada rumah.Ada Kes yang suka mengilai dan tidak kenal suami sendiri..ohh mintak di jauhkan .. Ingat dulu semasa sekolah , isteri cikgu terkena meroyan.Kesian sangat.
Haaa Takutkan , mintak dijauhkan lah dari meroyan ni . macammana tak kene meroyan ? jom baca tips-tips kat bawah ni :–
1. Saya Tak nak Meroyan 1 :: Bersedia Fizikal dan Mental
Sebelum bersalin tu, kita dah bersedia fizikal dan mental kita. banyak perubahan akan berlaku secara drastik selepas bersalin. Jadi banyakkan membaca tips, panduan melalui buku ataupun internet. di blog saya ini pun banyak lagi tips-tips mengenai hamil, bersalin ,menyusu dan cara berpantang.
2. Saya Tak nak Meroyan 2 :: Rehat yang secukupnya
Semasa berpantang amat penting rehat yang cukup,Jangan buat kerja-kerja yang amat meletihkan badan kita.salah satu lagi rehat secukupnya juga membantu luka-luka cepat sembuh. saya haritu ambil zink Complex dan vitamin C untuk membantu peyembuhan. macamana cari waktu rehat? kalau boleh jika anak tidur, gunakan waktu itu untuk kita rehat sepenuhnya. tapi jika kelahiran ini bukan yang pertama , untuk rehat sepenuhnya itu agak terbatas.masa inilah peranan suami amat penting.
Suami insan yang paling rapat dengan kitakan , jadi bantuan daripada suami amat perlu ketika ini.Kita boleh berbincang dengan suami juga dalam hal ini, contohnya ” nanti dalam pantang saya amat perlukan bantuan abg , ….” Suami jangan sesekali abaikan perasaan isteri.
4. Saya Tak nak Meroyan 4 :: Mengambil pembantu rumah
Jika suami berjauhan dan jika berkemampuan , apasalahnya mengambil pembantu rumah sementara. bagi saya salah 1 sebab boleh jadi murung juga kerana suami berjauhan dan tertekan kerana dalam kesakitan segala hal dari A – Z terpaksa dilakukan sendiri. Jika suami bekerja berjauhan dan tiada pembantu, seeloknya biar isteri kita ada peneman dan ada orang boleh membantu serba sedikit. kebanyaknnya ramai yang pilih berpantang di kampungkan :). Macam saya pun pilih berpantang di kampung untuk anak ke dua haritu dan suami berjauhan. Untuk elakan letih yang amat saya memang tidak pernah tinggal ambil ESP.
5 Saya Tak nak Meroyan 5 :: Senaman ringan
Kita boleh lakukan senaman ringan, supaya badan sedikit cergas dan bertenaga. Senaman macammana pula? cukup jika ada berjalan walapun didalam rumah.jangan laju-laju nanti taut bentan pula.
6. Saya Tak nak Meroyan 6 :: Terlampau inginkan kesempurnaan
kesempurnaan macammana saya maksudkan? Jangan terlalu inginkn kesempurnaan yang kita tidak mampu lakukan. bila keadaan begini, kita akan tertekan. jadi buat apa yang termampu dan terbaik yang boleh kita lakukan.bersikap positif amat penting. Biasanya saya ambil B-Complex untuk elakan emosi terlebih ni .. maklumlahkan bila hormon kita ni berubah..haa emosi turutlah berubah.
7. Saya Tak nak Meroyan 7 ::Banyakkan berzikir
banyakkan mengigati Allah dengan zikir-zikir. Asma ul Husna pon elok sangat baca.
Kebiasaanya, bila berpantang ni , makanan pun banyak perlu pantang. daripada survey saya di media sosial, lauk-lauk berpantang ni dipengaruhi dari segi keluarga dan negeri.Kadang-kadang ada yang dalam pantang tidak boleh sentuh langsung daging.Ada setengahnya daging di bolehkan. Tetapi walau apapun yang perlu dipantang, perlulah makanan itu berkhasiat. selain berkhasiat perluyang bernutrisi lengkap.Sebab daripada makan kita makan nila yang akan bekalkan tenaga padakita. dan yang penting nutrisi lengkap disalurkan pada bayi melalui susu badan kita.
Ikhlas dari naluri saya, berpantang anak pertama dan anak kedua amat berbeza rasa.
Sedikit perkongsian saya , semasa anak pertama , saya ambil set berpantang daripada klinik setiap minggu RM 150( setaip minggu kene beli) kira kalau 2 bulan, 8 minggu dah RM 1200, tetapi kesannya amat menyedihkan.badan still rasa tak bermaya, berat badan lagila, bertambah naik. Dan Semasa anak kedua, saya sepenuhnya ambil SET Berpantang Shaklee, Alhamdulillah, amat berpuas hati, Rasa badan pun bertenaga dengan handle anak sulong yang berumur 2 tahun 3 bulan. strech mark semakin berkurang dan yang penting berat turun 15 kg.. haaa meloncat happy. selain tu yang penting lagi harganya tak sampai pun RM 500 tetapi memuaskan. Alhamdulillah ….
Semoga membantu dan bermanfaat …
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang
Post Views: 551