Assalamualaikum semua.  Bagaimana dengan gantian puasa, dah habis bayar atau belum ? Mengenai gantian puasa dan kadar fidyah ini, saya kira masih ramai yang keliru.Jadi saya sedia ruangan entri ini untuk panduan kita bersama, semoga membantu. In Shaa Allah . 

Golongan ibu hamil, ada sesetengahnya tidak mampu berpuasa sampai ke akhir waktu. Kadang-kadang awal pagi pun dah rasa mengigil dan pening sebab perut dah masuk angin. Seperti kita sedia maklum ibu hamil ini amat perlu jaga pemakanan untuk hasilkan tenaga dan salurkan kepada bayi dalam kandungan. 

Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni…


Apakah erti puasa ? 

Puasa ini ialah menahan diri daripada makan ,minum dan apa yang boleh membatalkan puasa. Semasa berpuasa kita juga perlu menahan diri daripada membuat perkara-perkara yang tidak bermanfaat seperti bergaduh, cakap yang sia-sia , menipu dan sebagainya. Puasa bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari.

Kebaikan berpuasa :- 

Berpuasa dalam islam adalah medan latihan untuk kita memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. In Shaa Allah.

Puasa Di larang bagi :- 

Wanita yang didatangi haid dan nifas. Diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. ia berkata : “Disaat kami haidh di masa Rasulullah saw, kami dilarang puasa dan diperintahkan mengqadhanya, dan kami tidak diperintah mengqadha Shalat ” ( H.R Bukhary Muslim)

6 Golongan yang Diberi kelonggaran berbuka puasa:-
  • Orang yang musafir yang tiada tenaga dalam musafirnya oleh berbuka dan wajib ia ganti puasa tersebut.
  • Orang yang uzur seperti orang tua yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa.
  • Ibu yang menyusu anaknya, kalau di dapati ibu tersebut lemah disebabkan anaknya menyusu dan lemah disebabkan puasa, maka ibu tersebut boleh berbuka puasanya.
  • Orang Islam yang pergi berperang dan berhadapan dengan musuh Islam, maka dibolehkan mereka berbuka untuk memberikan kekuatan kepada mereka melawan musuh Islam.
  • Orang yang sakit dan dinasihatkan oleh doktor perubatan bahawa beliau tidak perlu puasa dan jika ia puasa sakitnya lebih teruk lagi.
  • Wanita yang hamil dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak berpuasa, kerana dikuatiri dirinya menjadi lemah dan akan membahayakan kandungannya, maka wanita itu tidak wajib berpuasa.

Cara Menganti puasa-puasa yang lepas .

Wajibkan ganti semula kesemua puasa yang ditinggalkannya. Tetapi bagi orang yang memang tidak mampu untuk berpuasa dan memang tidak boleh berpuasa, jika ia puasa akan mendatangkan kemudharatan kepadanya. Maka ia tidak diwajibkan menggantikan puasanya dan ia diwajibkan Fidyah kepada orang miskin.

3 Persoalan yang biasa kita keliru :- 

1) soalan :-
>> Untuk puasa tahun lepas , saya tidak habis / tidak sempat nak ganti puasa, adakah saya perlu ganti double ? dan berapakah kadar fidyah yang perlu saya bayar?

Jawapan :-
<< Wajib ganti puasa tetapi tidak perlu ganti double (2x) , ganti pada jumlah yang sama, wajib bayar fidyah disamping Qada tersebut sebanyak secupak beras untuk sehari yang ditinggalkan, yang bertambah adalah bilangan fidyah beras kepada fakir miskin.
2)Soalan :-
>>secupak beras , bersamaan dengan ???

Jawapan :-
<< Jika susah membayar dalam cupak, ia boleh ditukar kepada gram(zaman sekarang ,dah jarang gune cupak)

yang wajib bayar jumlah fidyah secukupnya, jika berhajat membayar lebih, itu adalah sedekah yg digalakkan dlm islam.

3)Soalan :-
>> Bolehkah saya ganti puasa pada hari jumaat?
Jawapan :-

” عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ” لا يَصُومَنَّ أَحَدَكُمْ يَوْمَ الجُمُعَةِ إلا أَنْ يَصُومَ يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْماً بَعْدَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda, “Janganlah seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. عَنْ عَبْدُ اللهِ ابْنُ عَمْرُو أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلى جُوَيْرِيَّةِ بْنَتِ الحَارِثَ وَهِيَ صَائِمَةٌ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ فَقَالَ لَهَا: “أَصُمْتِ أَمْسِ؟ ” فَقَالَتْ: لا . قَالَ: “أَتُرِيدِينَ أَنْ تَصُومِي غَدًا؟ ” قَالَتْ: لا . قَالَ: “فَأَفْطِرِي إِذَنْ

Daripada Abdullah bin Amru bahawasanya Rasulullah sallalahu alaihi wasallam pergi ke rumah Juwairiyah binti Al-Harith dan mendapati bahawa dia berpuasa pada hari Jumaat. Maka Baginda bertanya, “Adakah engkau berpuasa semalam?” Jawabnya: tidak. Baginda bertanya lagi, “Adakah engkau mahu berpuasa esok?” Jawabnya: tidak. Baginda pun berkata, “Kalau begitu berbukalah.” (Riwayat Bukhari)



Apa Itu fidyah ?

Bayaran denda yang dikenakan terhadap individu islam yang tidak dapat mengantikan puasanya dibulan ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba ramadhan tahun berikutnya,bayaran fidyah boleh dibayar /diserahkan pada fakir miskin atau dimana-mana jabatan Agama Islam Megeri yang menyedikan perkhidmatan bayaran denda fidyah.Hukumnya wajib
Kadar Fidyah :

Pengiraan secara zakat fitrah :-
1 hari dendanya 1 cupak beras
1cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM ____ / 4 = RM ____
1) Fidyah tanpa Gandaan :-
tidak wajib qada puasa tapi wajib bayar fidyah
*org tua yang tidak boleh berpuasa
*org yang berpenyakit mmg tdk mampu berpuasa
Contoh Pengiraan Fidyah :- 

15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan) 
x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa) 
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) 
x 1/4 = 
RM 140.63 
2)Fidyah Gandaan :-
Wajib Qada puasa & wajib bayar fidyah
*kerana uzur syar`ei
*tinggal dengan sengaja
*Hamil atau menyusukan anak

Contoh Pengiraan Fidyah :- 

15 (Jumlah puasa ditinggalkan) 
x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun) 
x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa)
 x 1/4 
= RM 421.90 


Cara Gandaan :- 

Segala Maklumat di atas dirujuk dari  http://www.ustaznoramin.com/2010/08/pengiraan-bayaran-fidyah-puasa-secara.html 

>> Untuk menyenangkan pengiraan , saya sertakan link e-muamalat  jadi tak payah kita pening-pening kira sendiri 🙂 :- 

Ada Yang gastrik tidak boleh berpuasa ? Sampai bila kan kita asyik tinggalkan puasa , nak juga berpuasa penuh di bulan ramadhan kan . apa yang boleh kita lakukan ? Boleh cuba SET BERPUASA SHAKLEE dari saya. In Shaa Allah , untuk yang baru nak ajar anak berpuasa pun boleh cuba ini. 

                                                

Menarik :- 




                                          CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031

FANPAGE : butiksihatcomel
7 comments
  • Unknown
    May 14, 2015 at 1:20 pm

    Thank you..very helpful

    Reply
  • Unknown
    May 14, 2015 at 4:49 pm

    If tak ingt tinggal brape hari mcm mne ye? Boleh x kalo ganti sebyk mne yg kita mampu n bayar fidyah mcm mne ye? Boleh x sedekah@byr mcm satu beg beras misalnya 10kg?

    Reply
  • Unknown
    May 14, 2015 at 4:49 pm

    If tak ingt tinggal brape hari mcm mne ye? Boleh x kalo ganti sebyk mne yg kita mampu n bayar fidyah mcm mne ye? Boleh x sedekah@byr mcm satu beg beras misalnya 10kg?

    Reply
  • Noraizah
    May 14, 2015 at 10:36 pm

    Terima datang berkunjung sis Zahra 🙂 sila dtg lg

    Reply
  • Zack resq
    May 15, 2015 at 8:36 am

    Haram puasa hari jumaat?boleh berikan dalil dan nas puasa hari jumaat sahaja haram?

    Reply
  • Noraizah
    May 15, 2015 at 2:08 pm

    Assalamualaikum saudara :-

    ” عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ” لا يَصُومَنَّ أَحَدَكُمْ يَوْمَ الجُمُعَةِ إلا أَنْ يَصُومَ يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْماً بَعْدَهُ

    Daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi sallalahu alaihi wasallam bersabda, “Janganlah seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    3. عَنْ عَبْدُ اللهِ ابْنُ عَمْرُو أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلى جُوَيْرِيَّةِ بْنَتِ الحَارِثَ وَهِيَ صَائِمَةٌ فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ فَقَالَ لَهَا: “أَصُمْتِ أَمْسِ؟ ” فَقَالَتْ: لا . قَالَ: “أَتُرِيدِينَ أَنْ تَصُومِي غَدًا؟ ” قَالَتْ: لا . قَالَ: “فَأَفْطِرِي إِذَنْ

    Daripada Abdullah bin Amru bahawasanya Rasulullah sallalahu alaihi wasallam pergi ke rumah Juwairiyah binti Al-Harith dan mendapati bahawa dia berpuasa pada hari Jumaat. Maka Baginda bertanya, “Adakah engkau berpuasa semalam?” Jawabnya: tidak. Baginda bertanya lagi, “Adakah engkau mahu berpuasa esok?” Jawabnya: tidak. Baginda pun berkata, “Kalau begitu berbukalah.” (Riwayat Bukhari)

    Jika ingin selanjutnya boleh ke

    https://ustazidrissulaiman.wordpress.com/2013/08/21/hukum-puasa-sunat-hari-jumaat-dan-sabtu/

    Reply
  • Noraizah
    May 15, 2015 at 2:14 pm

    Assalamualaikum Sis Amalina ,
    petikan ini di ambil dari https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/09/14/puasa-qadha/

    "Sekiranya berasa ragu-ragu dengan bilangan puasa yang ditinggalkan, kiralah pada bilangan yang maksima kerana dalam beramal biarlah kita berbuat lebih. Jangan lakukan cukup makan saja, sebab setiap amalan yang kita laksanakan semuanya mendatangkan kebaikan dan manfaat"

    Reply

Leave a Reply to NoraizahCancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *