Assalamualaikum semua , Ramadhan semakin penghujungnya, Raya semakin hampir tiba . apa perasaan ye nanti beraya dengan bayi kita ? untuk anak pertama pasti terasa tak sabar dah nak raya . Persiapan untuk anak melebihi kita ibu dan ayah. yelah tiada pengalaman lagi ni kan.

Dalam Masa mempersiapkan persiapan tu , kita pun perlu juga fikir apa yang akan berlaku semasa raya nanti supaya kita lebih bersedia dari fizikal hinggalah mental.ahh dengar macam berat sangat je kan? heheh.

1) Perjalanan
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kelengkapan untuk anak mencukupi, jika perjalanan memakan masa yang lama, boleh membawa bekal anak juga, membawa bekal untuk anak kecil ini amat penting , kerana kebanyakkan kedai tidak menjual makanan yang sesuai.Selain itu, semasa perjalanan , anak kita mungkin akan meragam kerana tidak selesa dan bebas, jadi kita boleh membawa sedikit mainan supaya mereka leka dan mengisi masa sebelum sampai ke destinasi. Untuk tips perjalanan bersama anak kecil boleh ke halaman ini

2) Nursing cover
Jangan lupa bawa nursing cover untuk memudahkan kita menyusu anak ketika beraya nanti.Anak-anak ini kadang-kadang tidak boleh dijangka bila dia mahukan susu.

3)Waktu Tidur
Mungkin waktu tidur anak kita akan terganggu dan sedikit berubah kerana seperti biasa di hari raya ramai sanak saudara berkumpul dan bersembang gembira, ada sesetengah bayi, tidak boleh orang bising terus sahaj terjaga dan tida mahu lagi tidur . Jadi pastikan jika tiba waktu tidur bayi kita, kita akan ke ruang yang lebih selesa dan tiada keriuhan .

4) Pakaian
Pada Musim Panas ini, lebih elok kita memilih pakaian kain berjenis sejuk, selain itu warna juga memainkan peranan, kalau boleh elakan pakaian yang berwarna gelap seperti hitam.bila musim panas ini, anak-anak mudah terkena ruam panas , bintik-bintik merah tu. design pakaian juga perlu di ambil kisah , kadang-kadang pakaian yang terlampau heavy atau banyak aksesori ini boleh merimaskan bayi kita dan boleh menyebabkan anak meragam, jadi cuba kurangkan beli baju yang berenda-renda dan manik yang banyak 

5) Membuang Air
Anak-anak berak ? buang air kecil yang banyak? memang tak terjangka pun . mungkin kita sedang beraya ria tiba-tiba anak kita berak pula, aduhaii. jadi untuk elakan kita kelam kabut , sediakan beg kecil untuk di bawa kemana sahaja, yang di isi , pempers , baju gantian, kain tuala , sabun kecil . Bedak atau losyen.

6) Makanan
kalau ikutkan pengalaman , memang ada sesetengah orang, mungkin sanak saudara , jiran tetangga atau sesiapa sahaja sesenang hati nak menyuap apa sahaja pada bayi kita, haa ini kene alert , lagi-lagi bawah 6 bulan, pastikan bayi kita tidak di suap dengan makanan yang tidak sepatutnya di beri mengikut usia.dan orang pun sebenarnya perlu hormati ibubapa bayi tersebut, sebelum menyuap apa-apa, sila la ringankan mulut bertanya terlebih dahulu.

7) Menjadi Tumpuan
Kebiasaanya , bayi kecil akan menjadi tumpuan sesiapa sahaja, dari dewasa hinggalah kanak-kanak, Ibubapa perlu awasi jika bayi kita bermain bersama kanak-akank kecil yang lain , bukan apa , kadang-kadang mereka tidak tahu bagaimana ingin bermain dan berinteraksi dengan bayi kecil. sekadar peringatan sahaja.

8) Demam , Selsema , Di gigit Nyamuk
Pastikan juga kita membawa bekal ubat-ubatan , demam, selsema datangnya tidak di jangka , lagi-lagi bila musim panas ni. selain itu , bum seperti vicks , losyen , herbal blend shaklee wajib bawa, jika bayi kita terkena nyamuk atau tumbuh ruam terus je sapu. saya memang bawa ke mana sahaja saya travel. pernah anak saya terkena gigitan nyamuk di kampung , sapu terus , Alhamdulillah hasilnya kesan merah tu cepat je hilang.

9)Duit raya
Pastikan Duit raya anak tidak bercampur dengan duit personel kita , lebih elok jika sediakan 1 beg kecil untuk mengisinya.

10) Meragam
Meragam , memang sinonim dengan bayi, cuba kita periksa terlebih dahulu apa punca dia meragam, lapar? pempers penuh? nak tidur ?. kitajuga boleh membuat jadual ziarah . contohnya anak kecil kita waktu tidur nya adalah jam 11 pagi . jadi kita pulang ke rumah jam 11 pagi untuk bagi masa bayi kita berehat , mungkin selepas zuhor boleh kita keluar berjalan semula.

Hakikat travel/outstation sangat memenatkan, walaupun nampak best syiok habis

Tips-tips di atas , adalah cadangan semata-mata, anda mungkin boleh guna jika mahu dan bermanfaat. semoga raya kali ini kita semua ceria , gembira di samping orang -orang tersayang.

                                          CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031

FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

                       

1 comment
  • Farah
    July 9, 2015 at 5:33 pm

    Bismillah,

    Seronok bila dapat raya dengan ibu ayah, suami dan anak-anak.
    Sape ada anak kecil memang tumpuan utama…segam geram dengan pipi gebu…:)

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *