Assalamualaikum semua , bersalin, memang mencabar, setiap orang lain pengalamannya.ada yang kata senang dan tak lebih juga kata yang sakit sangat . ada yang bersalin normal dan ada yang bersalin czer.
Pengalaman bersalin ke dua-dua anak saya pun berbeza cerita. Alhamdulillah walaupun berbeza cerita dan berbeza cabaran , apabila lahir sahaja meraka, segala sakit terbang ke awan. memeluk, mencium bau syurga . waa rindu saat-saat itu kan .
Pengalaman anak pertama :-
Anak pertama ni banyak cabaran semasa hamil sebenarnya . Semasa hamil 5 week , cerita ngeri berlaku , jam 1 pagi , dalam perjalanan bangi ke Terengganu , kami kemalangan jalan raya selepas tol gombak, kereta mazda-2 langgar kami dari belakang dengan laju, saya duduk di seat belakang , memandangkan kawan suami tumpang dan duduk di seat hadapan. nenek di sebelah saya . saya memang tidur waktu tu sebab pening sangat . tetiba terasa kepala terhantuk. bila buka mata saya di luar kereta di atas rumput . Allahuakbar, saya tercampak keluar kereta ikut tingkap cermin tepi kereta, saya tak fikir lain sewaktu itu , saya panggil suami saya sekuat hati. kereta kami terpelosok dalam longkang besar tepi highway , kat mana suami saya ? saya panggil sambil menangis. Alhamdulillah saya ternampak susuk badan suami saya keluar kereta dengan kawannya. datang ke arah saya. Allah sahaja tahu waktu itu . saya dan suami cek takut bleeding . tapi Alhamdulillah tak de . suami saya luka di kepala akibat hentakan kuat .
Dalam kekalutan dan kegelapan malam tu , kami tertanya keadaan nenek . Alhamdulillah nenek sedar tetapi kecederaan nenek teruk. Sampai di Hospital Selayang dengan ambulans, mereka berlari menolak saya, dan mereka kecoh , ” wanita hamil 5 week eksiden, tercampak keluar kereta” kedengaran doktor , nurse cemas masa tu ” sebab saya terdengar “Oh my god” dengar jejak-jejak mereka berlari-lari cari scan. scan baby, masa tu say hanya mampu berdoa , “Ya Allah Kau selamatkan lah anak ku” . Doktor cuba sedarkan saya . tepuk-tepuk muka. ajak bersembang tanya pasal kandungan. mereka scan mencari kantung dan denyutan bayi . Alhamdulillah jantung anak masih ada. Segala Kesyukuran ku limpahkan pada Allah, kedengaran juga doktor dan nurse luahkan rasa syukur. masa tu saya dah tak larat dan bermaya . sakit di tulang belakang membuatkan badan saya kaku, tidak boleh bergerak sama sekali. dan masalah lagi , oleh kerana 1 badan tidak boleh bergerak , saya perlu membuat sinaran X-ray . tetapi saya hamil ! doktor memberi 2 pilihan , sama ada saya x-ray atau pun tidak. jika saya x-ray memang sinaran x itu amat bahaya pada kandungan, boleh menjejaskan bayi. tetapi menurut mereka, jika saya hamil, ada satu benda akan di lapik untuk halang 100% sinar terkena pada kandungan saya . Dan Jika saya tidak membuat sinar X , jika tulang belakang saya patah , saya akan lumpuh ! Ya Allah. keadaan saya buntu. keluarga tiada masa tu , semua jauh di terengganu dan johor, Alhamdulillah ada kawan rapat yang dekat datang.
Doktor pakar sakit puan , pakar kanak- kanak , pakar saraf , pakar tulang , pakar x-ray datang berkumpul serta-merta. Akhir kata , saya dan suami membuat keputusan X-Ray . Berdoa pada Allah semoga anak selamat . 5 Hari terlantar di hospital tidak boleh bergerak. hari ke 6 ku cuba sedaya bergerak. Seminggu after eksiden , saya bleeding , terus pergi ke emergency , cek-cek Alhamdulillah denyutan Jantung Masih ada , Ya Allah syukur , kuatnya anak ibu. Ibu Sayang anak ibu , semoga anak ibu kuat nanti kita jumpa yer sayang ” . Sepanjang kehamilan ini, saya alami sakit tulang belakang yang kronik. Tetapi ibu akan kuat demi mu wahai anak ku sayang.
Tiba hari untuk melahirkan anak yang kuat ini , Pagi khamis 20.12.2012 , 38 week , seperti ada tanda bleeding , sakit pula memulas-memulas seperti nak buang air besar. saya hubungi suami berpatah balik hendak pergi kerja, sedikit kalut juga, saya dan suami sahaja yang ada, ibu tiada di sisi, masih tiada pengalaman. kami pergi ke dewan bersalin hospital serdang , cek jalan sudah 3 cm waktu itu, terus di tempatkan di wad menunggu labor room. Sakit yang amat Allah sahaja yang tahu , orang kata berjalan banyak cepat bersalin . jadi kesempatan itu, sewaktu sakit berkurang saya berjalan. jam 9 Malam Sakit semakin cepat dan tersangat sakit. orang kata boleh ambil ubat tahan sakit , tapi saya cuba bertahan . dengan sakit tulang belakang haritu lagi . sakit kedua-dua ini bergabung . rasa tak terdaya dan tak mampu . jam 11 malam cek jalan baru 4 cm , air anugerah dalam botol cuma tinggal 2 inci. saya baca ayatul qursi , alfatihah , 3 qul , 3 kali selawat dan berdoa ” Ya Allah , aku dah tak berdaya , Kau percepatkan lah bukaan ini ” Alhamdulillah setelah minum . jam 11.45 saya menjerit panggil doktor , sebab terasa ada air panas keluar . ingat anak dah keluar!! hohohohoho…
doktor cek ” nurse fully . 10 cm ” cepat ! labor room please. berlari la nurse tolak .
Bila lihat suami ada , rasa dihembus sejuta semangat , rasa selamat ,rasa di sayangi dan rasa kuat untuk push . Alhamdulillah 21.12.2012 , 12.20 saya selamat lahir anak perempuan seberat 2.3 kg . masa tu anak tak menangis pun , saya dah mula cuak, takut kesan eksiden dulu, bila di tepuk -tepuk bunyi sikit je. ek ek gitu je .. terus nurse bawak keluar, punya hati tidak keruan .Ya Allah , kenapa dengan anak saya.. saya mesej berpuluh kali suami, tanya anak kita ok ke? suami kata ok.. jangan risau. setelah keluarkan uri dan urutan perut untuk keluarkan darah-darah . dan jahit . saya berehat . jam 3 pagi, nurse bawa anak saya , Ya Allah , kupanjatkan kesyukuran dengan air mata, anak inilah bertarung nyawa seketika dahulu untuk bertemu ibu dan abah. anak inilah yang kuatkan diri walaupun ibu tercampak jauh keluar kereta. anak inilah anugerah Allah seperti menyelamat nyawa ibu juga dengan keizinan Allah. comel anak ibu . wajahnya 100% seperti suami saya.
Selepas keluar hospital, saya terus travel balik ke terengganu , kuatkan hati . untuk duduk tu saya lapik tilam baby, sebab tak nak bagi hentakan kuat terkena jahitan bersalin .
Pengalaman Anak ke 2
Pengalaman anak ke dua ini , banyak sewaktu sudah hampir bersalin sebenarnya , sewaktu 38 week , dah memboyot sarat tu , si kakak nuha terpaksa masuk wad kerana demam. waktu tu, nurse dekat wad pun tak kasi saya jaga anak saya takut nanti bersalin . jadi kami buat jadual , suami saya jaga malam dan saya jaga waktu siang . nasib baik ibu dari kampung datang dan anak buah belajar dekat uniten datang tolong juga.
Dah seminggu juga akak nuha di wad, dan saya 39 week dah masa tu . nuha dah boleh balik . jadi saya pula menunggu hari nak bersalin. punyalah menunggu , teroverdue la pula. overdue 4 hari . masa tu dah la nak raya haji . plan nak bersalin hospital serdang lagi tapi terbelah bahagi pula , tak kan nak raya kat sini ( bangi) . kesian dekat mak , nak balik. jadi keputusannya , keputusan berani dan sekuat hati , kami balik kampung dalam keadaan saya yang sarat dan overdua 4 hari tu . dari bangi ke terengganu, jauh tau . siapa cakap tak berdebar ? oishhh berdebar kot takut bersalin kat tepi highway . hahaha. doktor dah bagi tips-tips penting dah, siap keluarkan surat bagai . Kata doktor , jangan bawa kereta lahu sangat , jangan hentakan kua sangat ,nanti akan membantu bukaan jalan nak bersalin, jadi saya lapik tilam baby semasa duduk, kurang la sikit kene hentakan kuat tu.
tiba hari nak balik, bangun seawal 4 pagi sempat minum ESP , makan vitalea dan b complex bekal nak rasa bertenaga , jam 5 pagi bertolak dari bangi, perjalanan yang mencabar sungguh. dah berhenti di hentian tol gombak solat subuh, aduh rasa sakit mencucuk cucuk , rasa dah kebawah sangat dah ni. ok . teruskan aje perjalanan, pesan sepupu , nanti banyakkan tidur, tapi rasa sakit tu buatkan berdebar-debar dah. Alhamdulillah sampai juga di terengganu dengan selamat .
Sampai je terengganu terus ke pasar kedai payang , aduhaii mengidam mee hun sup atas pasar kedai no 9 tu , kena pulak dengan tea ais. perhh .. dah sampai tampung perut nak berjalan sampai ada orang tegur dah nak beranak ke? aishhh .. nak makan mi hun sup dulu ..
Magrib tu dah rasa lain macam je , tapi belum ada keluar tanda Air ketuban ataupun bleeding, jadi hold la dulu. tapi abg aizah dah membebel suruh pegi hospital takut terberanak kat rumah. ok lepas isyak pergi hospital , ku gagah berjalan naik tangga tingkat 1 . huwaa… kol 10 cek jalan oish dah 3cm dah ? cerita la serba sedikit pasal preggy ni dekat doktor, doktor tanya bila balik sini ( trg) , cakapla baru je sampai petang tadi. doktor bulatkan mata terkejut.. ” berani awak ni, kalau saya tobatla , tak travel jauh dah. satu hal lagi memang tak larat dah saya” , tetiba teringat , aku pagi tadi amik ESP, sebab tu kot bertenaga je da ndengan keizinan Allah . heeee diam je lew… kol 12.00 malam masuk wad dan minta suami belikan nasi goreng , lapar. dari pagi belum makan nasi, makin kuat pulak sakit tu haa.. 12.30 buat CTG , petua yang aizah sempat buat masa CTG tu , mengiring ke kiri dan zikir Ya fattah , oishh makin kuat sakit , rasa nak putus pinggang wehh .. doktor datang tengok . ” eh sakit sangat ke ? ” di cek jalan dah 5cm .. dalam hati cepat pulak bukaan ni .. kol 1.30 doktor pakar datang cek. sambil cek , doktor membebel kat doktor kat situ, kenapa tak hantar ke labor room ni? dah 7 cm ni. dalam hati .. sian doktor tu, tadi dia cek 5 cm je.. dah gagah nak berjalan lagi sebenarnya nak ke laboor room tapi nurse tak bagi,, karang terburai karang.. haaa … Otw nak masuk labor room , suami bawak nasi goreng . alahai suamiku tak sempat dah ni ha.
Masuk Labor Room, wehh ramai gila doktor lelaki ! dah sakit macam ni , tak terkata dah ni ha.. merayu minta air kat doktor , doktor tak bagi minum dah . tapi memang betul, memang tak boleh masuk makanan dah takut kene czer atau ada kompilasi lain katanya. dah aku dahaga yang amat. dengna tahan sakit lagi. bila tengok suami masuk . terus rasa selamat dan lega sangat. dah nak bersalin anak kedua sakit dia lain macam betul. dan ! teknik yang di buat kat hospital ni lain dengan teknik hospital serdang, hospital serdang amat senang dan mesra tekniknya. ini lain sikit , memaksa kita pegang buku lali dan katilnya just lentang biasa , tak naikkan sedikit.. dah la badan saya besar , mana lah saya mampu !! ahh ,, dah nangis bagai dah masa nak meneran tu.. pegang tangan suami. tengok muka suami. Ya Allah . Ya Allah. CTG baby pun makin lemah . dah 4 orang dokto berkerumun , nurse lagi.. rasanya lebih 15 kali cuba meneran. dan yang last tu , suami kata , boleh boleh boleh .. Allahuakbar.. sekuat hati meneran rasa dah nak pecah sakitnya , Allahuakbar! Alhamdulillah keluar anak syurga ibu. menangis lagi time ni. beza dengan yang sulong tak meenangis pulak. Dan Alhamdulillah bayi perempuan . 3.1 kg . dan paling sakit dan ngeri lagi , nak keluarkan darah beku tu! doktor masukkan tangan hokkey !! nak pengsan tahan sakit !! menangis lagi . suami tetap disisi. sambil pegang tangan. seingat dulu kat serdang just urut atas perut je , tak masukkan tangan. ngeri hokey . masuk tangan tanpa bius. dah koyak makin lew banyaknya. jahit ? sejam lebih tu.. sampai kaki naik krem .. nurse datang picitkan. lepas tu doktor pangil nurse, kak bawakkan milo nge roti, akak ni dari tadi lapar ni ” haa terima kasih dokto..
Dah jahitan banyak , nak jaga punyalah lagi satu hal, apa lagi bantai makan ostematrix la, tak nak sembelit. pastu duk makan ESP, Zink , Vitamin C . haa nak cepat baik.. aduhaii .. Alhamdulillah 20 hari dah baik jahitan saya.
Tetapi kesakitan itu, di bawa pergi selepas melihat wajah anak, mendengar tangisan anak dan melihat muka suami yang gembira. Allahuakbar.
Inilah hebatnya wanita yang dianugerahan kekuatan. berbanggalah kita menjadi wanita dan ibu.
Ibu Sayang semua ..
Nuha Amanda
Hana Khadeeja
JOM LA IBU-IBU SHARE PENGALAMAN KAT SINI ..
mesti ramai ni tengah cari cerita pengalaman bersalin ni.
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
– See more at: http://butiksihatcomel.blogspot.com/2015/07/8-benda-yang-mungkin-akan-berlaku-bila.html#sthash.JwebuRUA.dpuf
Vitamin penyubur kandungan agar cepat hamil
May 2, 2017 at 12:26 pmPengalaman yang sangat berharga dan akan selalu dikenang, terimakasih sudah berbagi