Pada pandang pertama lihat tajuk artikel ini, apa perasaan kita? tidak percaya ? rasa ini semua penipuan ? hanya karut ? atau ada yang memarahi saya ? sebab apa yang kita tersedia maklum , susu ibu adalah paling terbaik dan bernutrisi . Pada zaman Rasulluah sehingga mencari ibu susuan untuk memastikan anak mendapat susu terbaik itu.
Susu Ibu amat bernutrisi untuk bayi untuk membekalkan khasiat keseseluruh badan bayi kita .Ketika saya menulis entri ini, banyak juga rujukan saya baca, supaya apa yang saya sampaikan adalah betul, bukan rekaan dan terdapat bukti-bukti.
Sebelum kita meneruskan pembacaan lebih mendalam , ketahui dahulu fakta tentang susu ibu :-
‘Foremilk’
‘foremilk’ ialah susu di awal penyusuan, ia kelihatan lebih cair . ini untuk memastikan hilangkan dahaga bayi kita .
‘Hindmilk’
‘Hindmilk’ pula susu di Akhir penyusuan , Hindmilk lebih pekat, berlemak, berkhasiat tinggi dan betujuan untuk mengenyangkan bayi kita.
Mesti ada yang tertanya, payudara sebelah mana yang menghasilkan foremilk dan hindmilk ? Sebenarnya , Kedua-dua payu dara menghasilkan foremilk dan hindmilk, bezanya komposisi yang dihasilkan setiap payu dara. Ia dihasilkan sesuai mengikut keperluan bayi.Contohnya, lemak dalam susu ibu pada waktu siang dan malam juga berbeza. Dimana Lemak dalam susu ibu pada waktu siang adalah kurang pekat kerana bayi memerlukan banyak protein dan laktosa untuk aktivitinya dan air untuk menghilangkan rasa dahaga.Sementara pada waktu malam pula, susu ibu lebih tinggi kandungan lemaknya kerana berfungsi memberikan rasa kenyang kepada bayi hingga boleh tidur lena.
Kaitan susu foremilk dan hindmilk ini lagi mengenai berat badan bayi kita, jika bayi kita tidak mencapai kenaikan berat yang sepatutnya, cuba pastikan bayi kita mendapat hindmilk . Hindmilk inilah yang membantu bayi kita membesar dan berat badannya bertambah. Bayi yang tidak naik berat badan mengikut pola yang sepatutnya , besar kemungkinan bayi kita tidak mendapat hindmilk dan nutrisi dari susu badan kita .
Kenali Punca Susu tidak hasilkan Hindmilk berkhasiat tinggi
1) Pengambilan Air yang tidak mencukupi
2) Sesi Pam Susu yang tidak konsisten , ini akan memberi kesan kuantiti susu yang akan terhasil
3)Tidak Kosongkan Payudara selepas mengepam atau memberi minum pada anak.
4) Pemakanan di ambil kurang berkhasiat dan kurang mengandungi zat-zat yang penting seperti iron.
5) Diet yang salah, ramai yang tersalah panduan untuk berdiet ketika menyusukan bayi .
Bukti Salah seorang ibu yang mengalami masalah ini, sehingga doktor mencadangkan susu formula.
Bagi ibu-ibu yang hadapi masalah yang sama . usah putus asa . teruskan memberi susu ibu yang ekslusif untuk bayi kita.Apa yang kita perlu lakukan, pastikan bayi kita mendapat hindmilk untuk memastikan bayi kita mendapat zat , nutrisi yang secukupnya demi tumbesaran yang baik dan sejajar dengan pola umur mereka.
Tips untuk menghasilkan susu hindmilk yang berkhasiat tinggi
1) Pengambilan Air yang mencukupi amat penting untuk menghasilkan banyak susu. Normal jika kita semasa menyusu atau mengepam kita akan rasa dahaga ataupun selepas itu. Jadi pentin tau ambil air masak / kosong semasa proses penyusuan ini .
2) Sesi Mengepam susu yang konsisten juga amat penting , Buat jadual seakan-akan kita menyusui bayi , contohnya 3 jam sekali. ini penting untuk penghasilan susu ibu.
Fahami Konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kosongkan payudara selepas penyusuan atau pam . payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?
3) Pemakanan Ibu Menyusu , ibu menyusu amat perlu menitik beratkan pemakanan yang di ambil. perlu ada khasiat dan zat-zat yang baik untuk membekalkan susu yang hindmilk. jom kita lihat makanan yang penting untuk di ambil :-
Ikan Salmon kaya dengan kandungan lemak yang penting iaitu DHA, sejenis asid lemak pada omega-3. DHA adalah zat makanan yang paling penting untuk, perkembangan , pertumbuhan dan penyelenggaraan tisu otak. Hasilnya, bayi kita akan dapat berkonsentrasi dengan lebih baik dan cerdas.tapi ikan salmon macam mahal lah pulak kan. jadi saya cuma amalkan omega guard.
- Produk tenusu rendah lemak
Susu rendah lemak, yoghurt, dan keju sangat bagus untuk ibu yang menyusukan, sebab terdapat sumber kalsium, protein dan
vitamin B dan D. Dengan mengambil kalsium yang secukupnya untuk tubuh anda sendiri, susu yang dihasilkan juga akan melimpah dengan kalsium untuk bayi kita.macam saya tak berapa suka minum susu, jadi saya ambil
kapsul kalsium.
- Sayur-sayuran hijau / Buah-buahan
Sayuran
yang mengandungi zat besi atau zink seperti bayam dan kangkung. Setiap 100g sayuran hijau mengandungi sekitar 2.7mg zat besi dan 204mg kalsium. Sayuran segar juga harus ada dalam menu makanan anda setiap hari, untuk s
uplemen vitamin A, C, B1, B2,B12, niasin dan asid folik yang sangat diperlukan pada masa menyusukan. Susah juga nak konsisten ambil sayuran ni, jadi saya ambil jalan mudah je, makan
multivitamin vitalea yang lengkap dengan semuanya. Senang.
- Beras merah (Brown rice) dan Roti wholemeal
Asid Folik adalah sumber nutrien penting untuk susu ibu, dan sumber ini boleh didapati dari roti bijirin, beras, biji-bijian seperti gandum, jagung, oats, pasta dan lain lain yang kaya dengan serat dan zat besi
buat si kecil, selain memberi lebih tenaga untuk ibu.
Kekacang adalah sumber protein yang baik bagi menggantikan daging. Ia juga membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, mengimbangkan tindak balas elektrolit dalam tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak. Biasanya saya ambil
ESP je .sebba dah lengkap apa yang ada dalam senarai kat atas tu .
- Khasiat Telur juga penting untuk ibu menyusu tau.
- Selain itu , daging juga penting 🙂
4) Diet Yang Betul
Sebenarnya untuk ibu-ibu yang menyusu ada panduan diet yang khas dan tidak sama dengan orang biasa.
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi kita sebab mungkin ini membebaskan toksin – yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan kita. Hati-hati semua.
Jangan abaikan pengambilan zat-zat yang penting seperti kita bincangkan di atas.
Kesimpulannya amat penting si ibu makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi lengkap demi tumbesaran bayi kita yang baik dan sihat . Jom Sama-sama kia berusaha untuk pastikan anak-anak kita mendapat hindmilk yang bermutu tinggi.
Saya amalkan set penyusuan shaklee , Alhamdulillah bagus sangat . jom la rasainya sendiri :-
Set Penyusuan Shaklee ini , kita boleh bahagikan mengikut bajet anda. baguskan. 🙂
Jom Tingkatkan susu ibu anda, demi anak-anak membesar dengan sihat.
SET A
SET B
SET C
SET D
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
Post Views: 436
syuhada
October 4, 2015 at 5:11 pmMmg perlu pun semua ibu makan mknn yg berkhasiat kan utk dpt susu yg cukup nutrisi utk bayi kita…
Set menyusu shaklee mmg best…cukup segala nutrisi utk mak dan anak..