Cara Atasi Tapak Tangan Mengelupas Dan Pedih Dengan Mudah
Assalamualaikum semua , Tapak tangan dan jari mengelupas dan pedih memang amat menyakitkan lagi-lagi jika terkena air , malah apabila makan pula terpaksa menggunakan Sudu dan garfu, Teringat pula pada salah seorang kawan saya ketika di Kolej dahulu, tangannya menjadi merah, melecet dan pedih dan terpaksa memakai sudu ketika makan, manakala ketika membasuh pula perlu ada sarung tangan untuk elakkan pedih dan sakit kadang-kadang sehingga terluka. kadang-kadang nampak kawan saya menitiskan air mata menahannya.
Masalah kulit ini juga diantara masalah ekzema.
Di antara pantang larang yang perlu kita elakkan ialah :-
1) Pantang larang Pemakanan
Alahan terhadap pemakanan yang tertentu boleh membuatkan tangan kita mengelupas dan gatal, Jadi kita perlu mengenalpasti makanan apa yang kita ambil dan boleh menyebabkan terus terkesan pada kulit kita, contohnya makanan laut.
2) Pantang Larang Cuaca
Mencuci memang aktiviti harian kita , tidak kiralah mencuci pakaian ataupun pinggan mangkuk, malah ketika mandi juga kita mencuci badan kita. saya pernah pergi ke klinik pakar untuk masalah ekzema saya ketika dahulu. Apa yang Doktor cadangakan pada saya , titik beratkan pemilihan membeli pencuci, perhatikan pada kandungan yang digunakan didalam pencuci itu, walaupun pencuci atau sabun itu adalah untuk pesakit ekzema tetapi kadang-kadang ada bahan yang tidak sesuai dengan kulit kita. Selepas itu , saya memang mencari sabun atau pencuci yang natural bebas bahan kimia.Alhamdulillah saya jumpa Basic H , Memang sesuai untuk semua kulit dan peringkat usia.
Saksikan Akak ni menjaga Tangannya ketika mencuci Pinggan Mangkuk
4) Pantang Larang Memegang Barang
Bila Tapak tangan dan jari kita sensitif , nak pegang apa-apa barang perlu berhati-hati , jika barang yang kasar dan boleh mencederakan tangan kita , pastikan kita memakai sarung tangan atau pengalas terlebih dahulu, ini untuk elakkan tapak tangan kita tercedera dengan lebih teruk. Kebiasaanya , apabila tapak tangan terkena benda yang kasar seperti geseran pun sudah cukup kita rasa kepedihan dan sakit, Biasanya bila tergores itu cepat-cepat kita sapu dengan herbal blend untuk elakkan lebih teruk dan bantu untuk pulihkan ia.
5) Pantang Larang Semasa Makan.
Semasa makan, untuk sementara boleh menggunakan sudu, jika ingin menggunakan tangan pastikan makanan kita makan tiada unsur-unsur pedas ,ada belacan dan seangkatan dengannya. sebab tangan akan cepat rasa pedih dan gatal .
Diantara Tips Yang boleh kita amalkan pula :-
1) Minum Air kosong.
minum air masak yang cukup setiap hari,sekurangnya 8 gelas sehari.bagi yang sukar minum air kosong, boleh ikut tips dibawah.
2) Rendaman Susu.
Dengar pun dah macam menarikkan , haa kita boleh rendam tangan kita yang mengelupas itu dengan air susu. Seperti yang kita sedia maklum, susu banyak khasiat diantaranya menjadikan kulit lembut dan halus.
3) Sapu tangan dengan minyak
Untuk kes masalah kulit bermasalah , dicadangkan menggunakan minyak yang bersifat melembutkan kulit seperti minyak zaitun, minyak jojoba dan minyak cendana.
Setelah kita ketahui apa yang sesuai untuk masalah tapak tangan mengelupas dan pedih ini, usah tunggu sehingga ia semakin melarat dan teruk , pilihan ditangan kita untuk memulihkannya dengan bahan-bahan semulajadi dan tanpa bahan kimia dan steroid. Tidak salah mencuba demi kebaikan kita dan bebas daripada rasa pedih dan sakit.Kembalikan Kelembutan pada tangan kita.
Semoga bermanfaat :).
– See more at: http://www.tipsibuhamil.com/2015/10/5-punca-khasiat-susu-ibu-tidak-lagi_3.html#comment-form
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
fuzy
October 6, 2015 at 8:54 amtips minum air kosong tu best, ramai yang susah nak minum 3L: sehari… cara ni nmpk memudahkan
Rahsia kulit gebu seperti bayi
Noraizah
October 6, 2015 at 9:35 ambetul tu fuzy , ramai yang susah nak konsisiten minum air kosong setiap hari 🙂
maz jamal
October 6, 2015 at 9:48 amTerbaekkkk…firstly sy suka & tertarik dengan poster…then tips yang menarik..tp memang susah nk konsisten minum air yg banyak..
Benarkah Tangan Kasar Disayangi Mertua?
Farah
October 6, 2015 at 9:49 amFirst time ni tau…boleh rendam dalam susu…bagusnya tips ni…
boleh cuba…:)
Fahmy
October 12, 2015 at 11:41 pmBoleh cuba nih. Menarik terutamanya yang rendam dalam susu tu.
Noraizah
October 22, 2015 at 4:41 pmterima kasih maziah
Noraizah
October 22, 2015 at 4:42 pmjom cuba farah
Noraizah
October 22, 2015 at 4:42 pmjom kita cuba 🙂
Unknown
January 10, 2017 at 2:05 pmrendam dlm susu ape?
Noraizah
January 10, 2017 at 3:49 pmboleh cuba rendam dalam air susu fresh 🙂