Assalamualaikum semua , bila anak-anak tidak sihat , kita ibubapa amatlah risau . Apa-apa usaha pun nak lakukan supaya anak-anak kita sihat seperti sedia kala dan lebih cergas dari dulu. In Shaa Allah . Kata-kata yang sering kita gunakan ” Ibubapa mana sanggup lihat anak tak sihat” . 

Berbalik kita pada masalah ekzema pada anak-anak. Majoriti di kalangan anak-anak terkena masalah ekzema ini sikit mahupun yang kronik. 



Anak saya sendiri, yang sulong  mengalami ekzema yang kronik selepas usia 40 hari, Memang tak sangup dah lihat anak sekecil itu menanggung kesakitan ekzema. 

sebelum itu , kenali dahulu apa itu ekzema :- 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Purata 15 ke 20 % kanak-kanak yang mengalami ekzema. Ekzema ialah kondisi kulit yang gatal dan kering yang di sesuatu masa. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi kita boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Menurut satu kajian, eczema akan berkurangkan apabila umur mencecah belasan tahun.



Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya “meradang” atau “bersemarak”. Kulit bayi kita mungkin akan timbul bertompok-tompok merah dan gatal sentiasa tidak kira waktu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.



Apa penyebab berlakunya ekzema bayi kita :- 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Oleh sebab itu saya lebih suka menggunakan sabun tanpa bahan kimia, demi kesihatan anak-anak. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga berlaku. Ini selalunya adalah tindak balas kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. pengalamn diri sendiri sehingga sekarang saya alergi dengan bahan-bahan seperti ini , apa yang sangat membantu saya bila terjadi saya gunakan cream herbal blend. Alhamdulillah.


Tips bayi ekzema :– 

1) Menyusu bayi sekurang-kurangnya 4 bulan 

2) Jika menggunakan susu formula , cuba tukar jenama susu atau tukar susu lembu kepada susu berunsurkan susu soya.

3)Jika ibu menyusu badan , pemakanan ibu juga perlu di titikberatkan supaya anak tidak terkena ekzema. 

4) Pemilihan pakaian , Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.

5)Habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh. kita boleh cuba mengurangkan jumlah habuk rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi kita sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu.

6)Catat makanan yang tidak boleh di ambil, contoh bila anak kita makan ,timbul merah-merah . sila catatkan supaya tidak berulang. 


 Pengalaman saya sendiri anak ekzema. memang siang malam saya menangis masa tu. 

DISEMBER 2015
TESTIMONI 54 : NORAIZAH MOHD
KEPALA DAN TANGAN ANAK DIBELAH, IBU MERAUNG TAK SANGGUP TENGOK
.

Assalamualaikum,

Meskipun sudah terlambat mengikuti peraduan ini, sempena hari lahir anak saya Nuha Amanda (21.12), sungguh menggamit memori suka dan duka lantas terpanggil untuk berkongsikan cerita.

Semoga bermanfaat pada pembaca.
.
Sejak lepas umur anak saya 40 hari, bermula episode yang mampu membuat hati ibu dan abah tak terkeruan. Nuha alami masalah kulit yang serius. Jika di kampong Terengganu di panggilnya kenan. Semakin hari masalah Nuha semakin teruk. Klinik pakar, hospital, klinik biasa sudah tidak terkira kami bawa, demi nak sembuhkannya.
.
Tibalah umur Nuha 7 bulan, di kepala Nuha ada ketulan seperti bisul, Ya Allah besar sangat bernanah sedikit. Ya Allah masa tu, hati ibu dah tak senang dan bimbang. Air mata ibu dah tak tertahan nak.. Nuha lagilah asyik menangis. Pasti sakit ye anak kusayang, tika itu Nuha juga demam suhu mencecah hampir 40.
.
Kami bawa ke klinik berdekatan, doktor tersebut kata, ini tidak boleh dibiarkan kerana nanti kuman lagi merebak. Kami terpaksa belah sedikit untuk keluarkan kuman-kuman ini puan encik. Ya Allah, kepala anak ku dibelah macam tu je tanpa dibius sepenuhnya. Masih ku ingat raungan Nuha.. sama dengan ibu yang dah tahan tengok.
.
Selepas dibelah di kepala, dalam beberapa bulan selepas itu jadi pula ditangan. Ya Allah, sakit sangat ibu tengok, bengkak teruk tangan Nuha, sudah keluar darah juga. Allah sahaja yang tahu hati ini. Kami bergegas bawa Nuha ke hospital Serdang.
.
Sehinggalah saya mencari ubat apa terbaik untuk eczema, saya terjumpa testimoni Herbal Blend ramai sangat pakai dan kata ok. Saya cuba beli Herbal Blend dan sapu. Alhamdulillah beransur ok. Bila anak saya berumur 1 tahun, saya sudah mula bagi Meal Shakes, risau takut sejarah lama berulang, dibelah-belah.
Selepas itu saya berikan Vitamin C Chewable. Alhamdulillah syukur , Nuha semakin pulih dari eczema kroniknya. sekarang Nuha sudah 3 tahun. Masih ambil Meal Shake, Vitamin Chewable dan Herbal Blend untuk sapu di buat seperti losyen.
.
Alhamdulillah Allah menemukan saya dengan Shaklee, kita ikhtiar untuk sembuh, Allah menentukan setiap penyembuhan itu.
In Shaa Allah.



Jadi jangan berlengah lagi ibu ayah , jom bantu anak-anak kita pulih daripada ekzema yang menyakitkan itu . In Shaa Allah Kita ikhtiar . boleh hubungi saya untuk dapatkan set ekzema bayi . in Shaa Allah . 

Boleh juga order online . 


                                                https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f381234611baddc30e89d25b3bfe6d6e


 Jika pembelian online , sila hubungi saya untuk dapatkan pakej konsultasi dan tips menarik.


Atau Terus hubungi Saya :- 



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *