” Eyh Dah lama kahwin belum ada anak lagi?” .  Soalan ni memang biasa orang tanyakan pada setiap pasangan kan. Tanpa tahu kita pernah keguguran waktu yang lepas. Setiap pasangan memang akan rasa sedih dan tertekan dengan persoalan sebegini lagi jika pernah menghadapi keguguran kandungan.

Meskipun kita masih bersedih dan tertekan dengan keguguran tempoh hari , kita perlu juga memikirkan cara terbaik untuk membantu kita hamil kembali dengan sihat dan selamat. Tidak dinafikan setiap pasangan sudah tentu tidak sabar untuk memiliki zuriat sendiri.

Harapan dan peluang untuk hamil sentiasa ada yang penting diri kita yang tidak pernah putus asa dan sentiasa berusaha untuk kembali hamil setelah keguguran. kita perlu bersyukur kerana kita pernah hamil dan membuktikan kita tiada masalah dengan kesuburan berbanding dengan yang memang ada masalah kesuburan dan sukar hamil.

Apa yang perlu, kita perlu ada cara yang bagus untuk berusaha kembali hamil dengan selamat dan sihat. In Shaa Allah saya ingin kongsikan 5 cara ini untuk manfaat semua pasangan yang ingin hamil selepas keguguran.

1) Kebersihan Rahim 
Pastikan rahim kita sudah betul-betul bersih selepas keguguran tempoh hari. Ada sesetengah orang , sisa-sisa daripada keguguran belum keluar / bersih sepenuhnya. Jadi kita perlu sangat pastikan kebersihan rahim selepas keguguran ini.

Ramai yang tanya saya , “perlukah berpantang selepas keguguran?” . jawapannya ” YA”. penting berpantang ini untuk pastikan rahim kita kuat untuk persedian kembali hamil selepas keguguran. Ada sesetengah orang kurang ambil peduli dengan berpantang, ini boleh menyebabkan rahim kita lemah dan kemungkinan keguguran akan kembali berlaku.

Bilakah waktu sesuai hamil selepas keguguran? 
Menurut saranan doktor, waktu paling selepas 3 bulan atau 3 kali kiataran haid. Ini adalah untuk memastikan rahim kita dalam keadaan sihat , hormon kita mulai stabil dan luka juga kembali sembuh.

2) Jauhi Rasa Tertekan / Stress 

Nak cepat hamil, wajib jauhi stress yang terlampu, ini kerana stress akan menyebabkan hormon tidak stabil. Bila hormon tidak stabil akan menganggu proses ovulasi dan waktu kesuburan isteri. Jadi untuk cepat hamil wajib kiranya kita hindari daripada memikirkan sesuatu yang mungkin menjadi punca stress yang teruk.

3) Hindari Minuman Berkafien Tinggi 

Satu kajian mendapati, jika seorang wanita minum minuman berkafien lebih dari satu cawan kopi atau minuman berkafien tinggi , akan mengalami ketidaksuburan sebanyak 50%. erhmm banyakkan ia mempengaruhi kesuburan kita .

Banyak kajian yang menunjukkan kafien meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan berlaku.

jadi kesimpulannya, jika ingin cepat hamil selepas keguguran , tinggalkanlah dahulu minuman berkafien ini demi kebaikan .

4) Waktu Subur

Kenal pasti waktu subur isteri dan waktu subur suami juga sangat penting untuk cepat hamil. Tetapi bukan bermaksud jika waktu itu bukan waktu subur maka tidak sesuai untuk bersama. Keberangkalian bersama di waktu subur lebih tinggi peluang untuk hamil . Kebiasaanya waktu subur isteri sangat penting untuk mudah hamil .

5) Pemakanan 

Pilih dan ambil makanan yang boleh membantu tahap kesuburan kita terutama yang mempunyai asid folik tinggi . Pemilihan makanan ini membantu kita menghasilkan telur yang berkualiti selain ia membantu kita dalam kesihatan dan kesuburan. Alhamdulillah ramai juga yang mengambil Set kesuburan shaklee untuk membantu cepat hamil, kerana set kesuburan shaklee mempunyai nutrisi dan vitamin lengkap untuk membantu kesuburan suami isteri .

Seorang sahabat saya juga mengalami kisah hampir sama berusaha sedaya upaya untuk mendapat zuriat . Alhamdulillah setelah 6 tahun berusaha akhirnya berhasil hamil .

ikuti kisah beliau…….

[PENANTIAN 6 TAHUN UNTUK ZURIAT PERTAMA BERAKHIR DENGAN BANTUAN SUPLEMEN SHAKLEE].

Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami..

Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan..
Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa.Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap..

Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian.

Set Kesuburan Shaklee Yang Di amalkan ialah :-
Vivix 
Membantu kesihatan menyeluruh sehingga keperingkat Sel dan DNA.
Vita Lea
Vitalea penting untuk membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. DIsebabkan kerana gaya hidup kita yang sibuk, pemakanan kita yang kurang sihat. Semua ini disebabkan kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting setiap hari. Untuk badan akan lebih cekap berfungsi, badan kita memerlukan nutrisi yang lengkap dengan mineral dan vitamin
B-Complex
Untuk suami, B Complex penting untuk menbekalkan tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa ‘bersama’.
Untuk isteri pula, amat penting mengambil B Complex bagi rancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna).
Vitamin C
Mempunyai tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Membantu menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi suami yang mengalami masalah mati pucuk.
Bagi suami yang merokok, wajib ambil vitamin C
Alfalfa
Ini paling penting untuk isteri atau wanita. Bertindak bagai kacip fatimah.  Alfalfa Juga merawat masalah-masalah ‘Miss V’ (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.
Vitamin E
Untuk meningkatkan kualiti sperma. Vitamin E sangat membantu. Membantu tingkatkan kiraan atau bilangan sperma. Juga membantu kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa ‘bersemangat’ untuk bersama pasangan masing-masing.
GLA Complex
Sangat penting untuk isteri bagi menghasilkan ‘cecair kesuburan’. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Seterusnya, GLA juga berfungsi membantu keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan bantu mengurangkan kesakitan ketika period.
ESP
ESP membantu menguatkan rahim isteri , berfungsi mengantikan sel-sel rosak kepada sel -sel sihat .
Dengan keizinan Allah , ramai lagi yang telah mencuba set kesuburan shaklee ini dan berjaya hamil. Gembira sangat mereka dengan berita gembira ini. Saya juga gembira sehingga menumpahkan air mata kesyukuran kerana orang yang kita bantu berjaya mencapai impian .
Alhamdulillah selagi kita usaha , selagi itu peluang ada bersama kita. Jadi usah menunggu sehingga waktu yang lama untuk memiliki set kesuburan shaklee ini demi melihat zuriat kita sendiri sedikit waktu nanti.
Hubungi saya untuk dapatkan set kesuburan shaklee dan pakej tips cepat hamil hanya dengan saya . Tips ini jugalah yang saya berikan pada yang sudah berjaya hamil dengan keizinan Allah . 
Usah lengahkan masa untuk berusaha . saya ingin membantu anda . jika berminat boleh membuat pembelian secara online ataupun terus hubungi saya seperti di bawah :-
 
 
Pembelian secara online :-
 
www.wasap.my/60173053031
 
Jika pembelian online , sila hubungi saya untuk dapatkan pakej konsultasi dan tips menarik.
Atau terus call dan whatsap Saya :- 
7 comments
  • Vitamin Awet Muda
    April 3, 2017 at 9:37 pm

    Terima kasih. Info yang sangat berguna utk orang nak dapatkan zuriat.

    Reply
  • Unknown
    April 3, 2017 at 11:22 pm

    bab makan kene jaga sungguh2 kan..kalau dapat eat clean bagus ni

    Kulit Kering & Bersisik?

    Reply
  • nadim89
    April 3, 2017 at 11:46 pm

    Dr sangat sarankan ambik folic acid utk cepat pregnant.

    Reply
  • Unknown
    April 4, 2017 at 4:09 pm

    Saya pernah keguguran, alhamdulillah slps 3 bln pregnant balik, masa tu mmg sungguh2 jaga pemakanan. Bagus info ni untuk mereka yg berusaha nak dptkan zuriat

    Reply
  • Shikin Azly
    April 4, 2017 at 4:29 pm

    Info yang menarik..boleh membantu pasangan di luar sana yang ingin hamil semula lepas gugur.

    Reply
  • Wan norasiah
    April 4, 2017 at 7:08 pm

    Memang perlu ikhtiar bg mereks yg lambat dpt ank

    Reply
  • LoveMrVitamin
    April 5, 2017 at 4:23 pm

    Betul2 sape yg belum.hamil blh cuba set hamil ni.kan..

    Reply

Leave a Reply to Shikin AzlyCancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *