Ramai yang masih tidak tahu , pengambilan makanan berbuka dan sahur kita adalah penentu ketahanan kita berpuasa pada keesokkan harinya . Jadi penting kita memilih makanan dan cara pengambilan yang betul untuk cegah 4 kesan bahaya ini jika kita berbuka puasa dengan terlalu kenyang.
Surah Al Araf ayat 31
۞ يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
” janganlah berlebih-lebihan” . dari ayat di atas juga kita dah tahukan , jika boleh usah ambil secara berlebihan. larangan tersebut kerana bersebab dan bukan sia-sia. Ini kerana memang ada kesan bahaya pada diri kita jika kita makan, minum berlebihan ni .
Jadi kat sini aizah nak share apa kesan bahaya itu supaya kita semua berjaga-jaga sebelum bahaya itu datang pada kita .
4 Kesan Bahaya berbuka terlampau kenyang
1) Berat badan bertambah
walaupun berpuasa berat badan kita semakin bertambah , bila kita makan secara berlebihan dan terlalu kenyang pada waktu berbuka puasa selepas itu kita tiada dah aktiviti berat yang boleh bantu pecahkan kalori yang kita ambil tadi , dalam beberapa jam selepas itu kita masuk tidur . jadi hal ini boleh tambahkan berat badan kita nanti.
2) Mengantuk, rasa tak larat dan rasa malas
Bila dah Terlalu kenyang , kesan mengantuk , rasa malas lah kemungkinan pula rasa malas mahu pergi terawih dan melakukan ibadat yang lain . Bukan itu sahaja badan kita akan rasa lemau dan lemah .
3) Penyakit lain datang
bila kita sudah makan secara berlebihan dengan pelbagai makanan tanpa kawalan , Kemungkinan kita akan diserang pelbagai masalah kesihatan seperti kolestrol tinggi dan obesiti
4) Perut sebu dan gastrik
Bila makan terlalu banyak dan bermacam-macam jenis , ada yang perut tak tahan ni akan mula rasa sebu atau naik angin dan kembung, tak kurang yang akan muntah-muntah . Ini di sebabkan banyak enzim pencernaan yang keluar sehingga makanan yang kita makan tidak dapat dicerna dengan elok dan sempurna.
Aizah sebagai salah seorang yang ada masalah gastrik juga, ingin kongsi serba sedikit tips berbuka puasa yang boleh membantu kita menjalankan puasa dengan bertenaga tanpa masalah gastrik.