Jika Sebelum hamil, kita tiada sejarah pun ada kencing manis tetapi apabila hamil tiba-tiba sahaja kita disahkan kencing manis atau diabetis ketika hamil. Kencing manis semasa hamil ini dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM). Kencing manis semasa hamil ini berpunca apabila paras gula dalam darah melebihi paras normal seorang ibu hamil. Kencing Manis Semasa hamil atau diabetis semasa mengandung ini memang merunsingkan apatah lagi jika hampir saat-saat melahirkan. Tapi in shaa Allah pasti ada ikhtiar.

Kencing manis ketika hamil ini berlaku apabila badan ibu hamil hasilkan lebih insulin untuk penuhi keperluan bayi dalam kandungan kita. Jika badan ibu hamil tidak boleh sediakan insulin tambahan ini, ibu hamil akan punyai banyak gula dalam darah, inilah yang menyebabkan ibu hamil menghidapi kencing manis ketika hamil atau GDM.

Kencing manis ketika hamil ini boleh memberi kesan kepada ibu dan juga bayi dalam kandungan. Sebab itu doktor dan nurse akan memantau berapa bacaan paras gula .

Di antara risiko kencing manis semasa mengandung ialah :-
1) Mudah dapat jangkitan di sekitar faraj
2) Luka jahitan bersalin lambat sembuh
3) Risiko bersalin secara czer atau pembedahan
4) Kemungkinan akan mendapat kencing manis sepanjang hidup
5) Diabetis ketika hamil boleh tingkatkan darah tinggi ibu hamil.
Manakala risiko pada bayi pula :-
1) Risiko bayi meninggal dalam kandungan
2) Kelahiran bayi pra-matang
3) Risiko bayi besar dari dalam kandungan
4) Risiko menjadi obesiti
Jika anda alami masalah kencing manis ketika mengandung saat ini , Usah risau dahulu . In shaa Allah masih ada cara untuk mengawal bacaan paras gula dan seterusnya mencegah segala risiko di atas .

Untuk pastikan gula dalam darah kita tidak meningkat atau turun secara mendadak , kita perlu berhati-hati. Salah satunya kita hadkan pengambilan kalori harian dan membuat senaman ringan.
Oleh sebab itu , pakar pemakanan mencadangkan amalkan diet yang betul untuk mengawal kencing manis semasa mengandung, antara panduan yang boleh kita buat ialah :-

1) Berapa banyak kita perlu makan
2) Berapa kerap kita perlu makan
3) Makanan mana yang perlu ambil dan tak perlu ambil

7 Diet Penting Untuk Kawal Kencing Manis Semasa Mengandung

1) Sarapan 
Kita boleh ambil sarapan yang berkhasiat untuk bantu kawal paras gula dalam darah sepanjang waktu pagi. Sebagai contoh kita boleh ambil makanan yang rendah GI (glycaemic index ). Makanan rendah GI merupakan bahagian yang penting dalam diet sihat dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Diantara makanan rendah GI ialah bubur, roti bijirin penuh dan yogurt
2) Makanan waktu siang
Kita boleh makan 3 kali sehari dengan setiap hidangan saiz sederhana, boleh juga ambil 2 hingga 4 snek untuk mengekalkan paras gula dalam darah.
3) Makanan Berserat Tinggi 
Untuk mengelakkan paras gula dalam darah kita terlalu tinggi selepas makan, kita perlu ambil makanan yang bersifat berserat tinggi, kebiasaanya ialah makanan yang GI rendah. Contohnya sayuran segar, buah-buahan segar , kekacang yang dikeringkan dan makanan bijirin penuh .

 
4) 5 Hidangan segar 
5 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari . mungkin juga jika makan begitu sahaja akan rasa bosan. Jadi kita boleh pelbagaikan seperti campurkan buah-buahan ke dalam yugourt sebagai sarapan pagi , waktu makan tengahari boleh buat sandwich letak salad .
5) Berlemak
Kurangkan makanan yang berminyak dan berlemak tepu , contohnya kalau ayam kita buang lemak lemak ayam , kita boleh guna minyak matahari atau minyak zaitun, kalau boleh makanan di panggang berbanding goreng.

6) Waktu makan

Untuk mendapat paras gula dalam darah stabil dan sama , kita boleh makan pada waktu yang sama setiap hari dan juga jumlah makanan yang sama .

7) Manisan 
Kurangkan makanan, minuman yang manis contohnya gula-gula , minuman karbohidrat ia mempunyai gula ringkas yang mudah di serap seterusnya gula dalam darah cepat meningkat.

8) Supplement
Kita boleh ambil supplement yang selamat untuk mengawal paras gula dalam darah semasa hamil, In shaa Allah kita boleh ikhtiardengancara ini, sudah ramai ibu hamil yang mencubanya dan sangat berpuas hati malah ibu hamil semakin sihat, cergas semasa hamil .

ikuti sharing puan Eqin ini mengenai set kehamilan shaklee 

Terbaik kan ? Alhamdulillah aizah jugasalah seorang yang amalkan shaklee sahaja semasa hamil. Tiada masalah diabetis , HB aizah tidak lagi merah sebab low seperti kandungan pertama , berat badan pun ok dan boleh berpuasa di bulan ramadhan.
Di antara Set Diabetis semasa hamil shaklee ialah :-
1) ESP
Pengambilan glycaemic index yang rendah boleh gantikan karbohidrat dalam diet kita.Selain membantu memecahkan makanan secara perlahan-lahan dan kawal peningkatan gula dalam darah kita.
2) Bcomplex
Bcomplex ini membantu glukosa yang lebih kepada bentuk tenaga.
3) Vitalea
Kandugan chromium bantu untuk mengekalkan tahap glukosa dalam darah kita. Manakala kandungan zinc dalam vitalea pula membantu menurunkan paras glukosa dalam darah untuk bantu membentuk insulin yang baru.
4) Ostematrix
Kandungan magnesium , kalsium dan vitamin d dapat membantu aktifkan pankreas mengatasi kencing manis. Jika kita kekurangan magnesium ketika hamil, ia menjadi salah satu punca kita terkena kencing manis .
5) Vitamin C
baiki kadar tolenransi glukosa didalam darah kita dan kadar vitamin c yang tinggi dalam darah akan merendahkan kadar sorbitol. sorbitol ini ialah sejenis glukosa yang bahaya jika banyak terkumpul.
Oleh itu, ambillah langkah yang terbaik untuk pastikan kita dan bayi kita sihat dan dilindungi dari sebarang risiko kesan daripada kencing manis semasa mengandung ini. Usaha kita sekarang adalah yang terbaik untuk kebaikan masa depan . In shaa Allah saya ingin membantu anda . 
Hubungi saya segera di :-
Noraizah Mohd 
pengedar shaklee anda 
017 3053031 
Atau anda boleh membuat pembelian secara online dengan mudah di :-
Disclaimer  :  Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
15 comments
  • Intan
    August 9, 2017 at 9:55 am

    Info menarik

    Reply
  • wan norasiah
    August 9, 2017 at 10:16 am

    Memang susah hati sape yang ada kencing manis ni..

    Reply
  • Ayu
    August 9, 2017 at 10:50 am

    Menarik info ni.terima kasih

    Reply
  • Idayu Irdina
    August 9, 2017 at 2:05 pm

    bila fikir balik…rasa takut pulak jika ada kencing manis sewaktu hamil…

    jom kak…visit blog ayu…ada entri pasal menu detoks yang ohsem untuk 7 hari…��

    Reply
  • notavitamin
    August 9, 2017 at 7:09 pm

    Kena jaga pemakanan masa hamil, info yang menarik thanks sis

    Risiko Kurang Nutrisi Semasa Hamil

    Reply
  • notavitamin
    August 9, 2017 at 7:10 pm

    Kena jaga pemakanan masa hamil, info yang menarik thanks sis

    Risiko Kurang Nutrisi Semasa Hamil

    Reply
  • Shikin Azly
    August 10, 2017 at 7:06 am

    Bahaya kencing manis ketika hamil kan..sangat penting untuk ibu jaga pemakanan.

    Tq atas perkongsian bermanfaat ini..

    Cara Semulajadi Kurangkan Sakit Gout

    Reply
  • Noraizah
    August 10, 2017 at 8:09 am

    Terima kasih sis intan

    Reply
  • Noraizah
    August 10, 2017 at 8:10 am

    betul ia boleh jadi satu punca stress . perlu atasi segera kan 🙂

    Reply
  • Noraizah
    August 10, 2017 at 8:10 am

    sama sama sis ayu . terima kasih dtg berkunjung

    Reply
  • Noraizah
    August 10, 2017 at 8:11 am

    betul tu ayu , takut juga sebab tu doktor dan nurse akan pantau . baik ayu in shaa ALLah

    Reply
  • Noraizah
    August 10, 2017 at 8:12 am

    sama sama . terima kasih sudi membaca nya

    Reply
  • Noraizah
    August 10, 2017 at 8:12 am

    betul tu ibu sangat penting menjaga pemakanan ketika hamil . terima kasih sis shikin

    Reply
  • Unknown
    August 11, 2017 at 4:18 pm

    Mesti risau kan kalau kena kencing manis masa pregnant ni…sebaiknya jaga mkn dan amalkan suplemen shaklee

    Reply
  • Unknown
    August 18, 2017 at 6:07 am

    Saya pernah minum air gula kak. Next prgnt nak ambil fully set shaklee nilah. Hehe.btq kak aizah. Info best ni.

    Reply

Leave a Reply to wan norasiahCancel Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *