Kebiasaanya yang bergelar ibu untuk pertama kalinya memang buntu juga fikir macam mana nak memandikan bayi baru lahir dan dan dalam pantang, ya lah kan bayi masih kecil perlulah mandi dengan teliti dan betul. Malah tidak ketinggalan juga ibu-ibu yang sudah lama tidak melahirkan bayi dan terlupa cara mandikan bayi.
Jadi kat sini aizah ingin kongsikan beberapa panduan untuk mandikan bayi kita.
.
Sebelum kita teruskan dengan langkah mandian bayi , ketahui dahulu tips tips penting ini :-
Bayi yang baru lahir , tidak perlu terlalu kerap di mandikan ini untuk mencegah kulit bayi menjadi kering. Kita boleh mandikan bayi kita semasa waktu petang dan juga waktu pagi. Selain itu, ayahnya juga perlu bersiap sedia 🙂
Jika baru selepas minum susu atau makan, jangan dimandikan terus bayi kita . Seeloknya tunggu dulu beberapa minit , ini adalah untuk bantu makanan atau susu yang di ambil sampai ke perut untuk dicerna.
Langkah-langkah Mandikan Bayi
1) Keperluan Mandian
Kita perlukan menyediakan siap-siap keperluan mandian dan selepas mandi untuk memudahkan kita nanti. Di antara keperluan itu sperti baju, shampoo, sabun , Tuala dan lain-lain.
2) Air mandian
Sediakan air mandian yang sesuai iaitu suhu air mandian ialah 32 – 37 darjah celcius . kita boleh menggunakan termometer untuk menentukan suhu air mandian bayi kita. Jika tiada alat termometer , kita boleh juga rasa suhu air mandian dengan gunakan siku uji air terlalu sejuk ( jangan terlalu sejuk) , terlalu panas ( jangan terlalu panas) atau sedang elok (suam-suam kuku). Suhu air amat penting kerana kulit bayi masih nipis dan lembut .
Sebelum letak bayi ke dalam tab , Tuangkan dahulu air sejuk ke dalam tab mandian, seterusnya baru tuangkan air panas . Bila suhu air sudah elok , baru masukkan bayi ke dalam tab . Jangan Sesekali letak bayi kita ke dalam tab dan membuka air paip yang sedang mengalir sebab suhu air mudah berubah dengan cepat .
Kedalaman air pula kita boleh letak air sedalam sekitar 7-10 cm , atau sedang elok kita boleh mandikan bayi kita ukuran di lutut bayi, air jangan terlalu tinggi.
3) Persediaan
Boleh membuka baju , seluar di atas tilam , lap dahulu punggung bayi sebelum masukkan ke dalam tab.
4) Cara mandikan , kita lihat video ini .
Maaf video dalam bahasa indonesia , sebab saya tengok video ni sangat bagus dengan langkah demi langkah dan penerangan dari pihak profisional. jom tengok 🙂
Jadi , selepas ini kita sudah ada ilmu untuk madikan bayi kita , ingat tau mandikan bayi juga kena langkah yang betul untuk kebersihan dan keselamatan bayi kita .
Untuk ibu yang masih berpantang dan memandikan bayi sendiri , tab tu boleh sahaja letak dilantai dan bukan di tempat tinggi . Jadi ibu boleh duduk dengan selesa untuk mandikan bayi dan sekaligus elakkan berdiri terlalu lama .
Semoga artikel ini menjadi panduan kita untuk mandikan bayi . In Shaa Allah .
boleh share pada suami kita , mana tahu kan suami juga boleh bantu kita untuk mendikan bayi . Sangat indah mandikan bayi kecil kita ini .
Untuk mengetahui Set Ibu Berpantang yang terbaik dan berkesan, boleh klik di sini