Assalamuaikum semua . bila tiba hujung minggu je kadang buntu juga kan nak bawa anak jalan-jalan . Selain tu nak rasa nyaman dan jauh dari kesibukan kota walaupun seketika. Taman Wetland Putrajaya adalah salah satu tempat yang boleh kita kunjungi di hujung minggu. Kami rasa sesuai untuk bawa anak-anak bersiar-siar. Taman Wetland Putrajaya bukan sahaja taman biasa tetapi taman wetland putrajaya menyediakan Tempat penghayatan alam semulajadi.

Memula kami bawa anak-anak ke taman yang ada pokok buluh tu . suka sangatlah anak-anak kan tempat cantik . Hiasan pokok pokok buluh di padang ni sangat cantik untuk bergambar .

 

sebelah pokok buluh-buluh tu ada pokok-pokok lain juga . ya Allah sejuk je dengan angin sepoinya. haaa ada kerusi-kerusi boleh bawa makanan untuk makan, tong sampah banyak disediakan untuk kita senang membuang . toilet pun ada kat sebalah tu. bersih je.

happy anak-anak siap melompat-lompat dekat padang ni . padang dia cantik, kemas dan terjaga je .

lepas habis aktiviti kat taman ni , kami terus ke pusat penghayatan alam kat sebelah tu je . jalan kaki dibawah pokok pokok nan indah dan nyaman . kat sini pun di kenali sebagai taman flamingo putrajaya.

kat dalam ni bunyian bunyian burung flamingo berkicauan. rasa dalam hutan pun ada.

 

cantikkan kat dalam dia. anak-anak teruja . asyik tanya ibu , abah ini apa . Alhamdulillah .

 

gambar in ada bumi ni dekat tingkat atas sekali.

gambar kat atas ni pula kat luar , kalau kita bernasib baik adalah burung-burung kat situ yang boleh kita tengok

anak-anak suka main atas ni .

dalam ni pula ada menerangkan aktiviti di sungai , di hutan belantara .

oh ya , ada algi satu tempat sebelah dia tu , menara . boleh bawa anak-anak naik menara ni cantik sangat lagi kalau matahari terbenam. tetapi hati-hati yang bawa anak kecil sebab tempat ni tinggi . 

aizah bergambar dengan anak-anak dekat tingkat paling atas hari tu

orait kawan-kawan , yang nak berkunjung kesini boleh la datang kan . waze je taman wetland putrajaya pasti jumpa punya .

selamat berhujung minggu kawan-kawan semua .

 

4 comments
  • idayu irdina
    October 7, 2017 at 8:29 am

    dah macam jalan2 kat china…banyak pokok buluh…cantik

    Reply
    • Aizah Azlem
      October 21, 2017 at 8:02 am

      cantik sangat ayu.. nanti mai sekali lagi boleh la jalan jalan sini

      Reply
  • Faiz
    October 8, 2017 at 4:37 am

    wah menarik tempat nih

    Reply
    • Aizah Azlem
      October 21, 2017 at 8:01 am

      menarik sangat .. boleh bawak anak anak

      Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *