Masalah gout akan menyerang tidak mengenal usia, ada usia remaja sudah di serang penyakit gout. Sakit gout ini kesakitan dan bengkak di bahagian sendi. Ini di sebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi dalam badan. Sakit gout memang sakit , ada yang sehingga tidak boleh berjalan dan ada yang sehingga demam untuk menahan kesakitan . Saya harap perkongsian tips untuk mengatasi masalah gout ini bermanfaat .
Penjagaan pemakanan bagi pesakit gout sangat penting supaya gout tidak datang menyerang . Diet untuk pesakit gout ini boleh bantu penurunan asid urik dalam darah.Diet atau penjagaan makanan untuk pesakit gout ini tidak boleh menyembuhkan tetapi ia sangat membantu menurunkan risiko diserang gout berterusan. pesakit gout masih memerlukan ubatan dan juga supplement untuk mengawal kesakitan dan juga penurunan asid urik .
Tips Pemakanan pesakit gout
1) Penurunan berat badan : Bila kita mempunyai berat berlebihan , risiko untuk mendapat masalah gout adalah tinggi. Ada kajian cadangkan menurunkan berat badan kerana ia boleh bantu penurunan asid urik dan menurunkan tekanan pada sendi .
2) Pengambilan air – Pesakit gout wajib mengambil air yang cukup setiap hari
3) Pengambilan lemak – Elakkan pengambilan lemak tepu daripada daging , daging proses , lemak ayam / itik dan produk tenusu tinggi lemak.
4) Pengambilan protien – Pilih bahagian ayam atau daging tanpa lemak dan produk tenusu tanpa lemak .
5) Makanan laut – elakan makanan laut yang mempunyai purin yang tinggi .
6) Pemilihan Sayur-sayuran – Jaga- Jaga tau ada juga sayuran yang tinggi purin, bila tinggi purin ia boleh tingkatkan risiko di serang gout . Seperti Bayam , asparagus dan bunga kobis.
7) pengambilan supplement – untuk pesakit gout , aizah syorkan juga pengambilan supplement sebagai penambahan untuk mengurangkan kesakitan gout dan akan merendahkan risiko di serang gout .
Antara Supplement yang di syorkan ialah :-
1) Vivix – bantu untuk turunkan asid urik
2) Alfalfa – Menyingkirkan toksin dalam badan
3) Omega – EPA dan DHA yang tinggi bantu untuk mengurangkan keradangan bahagian gout.
4) Performace Drink – Elakkan dehidrasi
Alhamdulillah antara testimoni berkesan :-
Assalamualaikum wbt
Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee.
Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.
Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.
Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.
Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan
Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut.
Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan
Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.
Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang
Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.
Jangan tunggu lama untuk hubungi saya , mana tahu dengan ikhtiar ambil supplement ini bantu saudara / saudari bebas dari kesakitan gout yang teramat sangat .
hubungi aizah untuk dapatkan set gout shaklee di :-