Assalamualaikum semua , apakabar hati kita , apakabar jiwa kita , apakabar rohani kita ?
semoga kita sentiasa berzikir untuk menyucikan hati . In shaa Allah
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)
Al-Mawardi mentafsirkan “zikrullah” dengan maksud ketaatan, balasan dan janji Allah SWT.
Sementara Ibn Asyur mengatakan “zikrullah” bermaksud perasaan takut dan menjaga diri dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan. Ia juga bermaksud al-Quran dan zikir dengan lidah.
Ringkasnya, “zikrullah” bermaksud kita menguatkan hubungan dengan Allah SWT dengan tunduk dan patuh kepada agamaNya dan pengertiannya tidak tertumpu hanya kepada maksud zikir dengan lidah sahaja.
Kita diajar utk tidak sesekali meninggalkan berzikir kepada Allah kerana zikir dapat mengubat penyakit hati yang terdapat dalam diri manusia seperti riak,takbur,ujub,bangga diri dan sebagainya..jangan sesekali kite tidak berzikir dalam masa 1 jam,1 hari bahkan sepanjang masa walaupun kite hanya menyebut nama Allah tnpa mengingati-Nya atau tanpa menghadirkan Allah dalam hati kita
Zikir dalam 7 keadaan
Seorang ahli zikir, Asy-syaikh Al-Faqiih Al-Laithi pernah berkata : ‘sesiapa yg memelihara (selalu mempergunakan) tujuh aneka kalimah berikut yang digunakan dalam 7 keadaan , maka InsyaAllah akan tergolong kalangan mulia menurut pandangan Allah dan para malaikatNya, dan Allah akan terus mengampuni dosanya sekalipun bak buih lautan luas, seterusnya dia akan termasuk orang yg memperoleh kemanisan iman InsyaAllah juga mendapat keredhaan pada hidup dan matinya.
7 kalimah itu adalah :
- Bismillahhirrahmannirahim – Ketika memulai sesuatu perkara yang baik.
- Alhamdulillahhirabbila’lamin – Ketika sudah selesai sesuatu perkara yang baik.
- Astghfirullahhala’zin – Ketika melakukan perbuatan yang dosa dan sia-sia.
- InsyaAllah – Ketika hendak berjanji atau melakukan sesuatu kerja.
- LahaulawalaQuwwatailbilah – Ketika mengahadapi sesuatu kerja yg agk sukar,
- Innalillahiwainnalillahirajiu’n – Ketika ditimpa sesuatu dugaan.
- Lailahaillah, muhammadurrasullah – Setiap masa.. siang dan malam.. susah dan senang…
Jom kita tengok zikir harian yang boleh kita amalkan .
JUMAAT : YA ALLAH – 1,000 KALI, ALLAH HAMPIR KEPADA KITA, ALLAH BERI KITA SOLAT, ISLAM, RAJIN, SUKA, LAZAT, BERAMAL IBADAH, TIDAK MALU TUTUP AURAT BAGI PEREMPUAN.
SABTU : LAA ILAHA ILLA ALLAH – 1,000 KALI,
SENANG HATI, AMAN DAN TENTERAM.
AHAD : YA HAYYU YA QAYYUM – 1,000 KALI,
ALLAH HIDUPKAN KITA DAN BERI PELIHARAANNYA.
ISNIN : LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM – 1,000 KALI,
SATU KALIMAT UMPAMA SATU BUKIT UHUD. BANYAK KALI SEBUT HILANGLAH SIFAT MENUNJUK-NUNJUK, KEJI, RIAK, TAKABBUR, SAYANGKAN DUNIA DAN SEBAGAINYA.
SELASA : ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSANYA SATU TAHUN (KALAU NAK PENDEK SELAWAT KE ATAS NABI)
RABU : ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM – 1,000 KALI,
SATU KALI SEBUT HILANG SATU TITIK HITAM DALAM HATI KITA. SATU TITIK HITAM ADALAH DARI SATU DOSA, JIKA TIDAK MEMINTA MAAF (MENGHILANGKANNYA) WALAUPUN SEMBAHYANG,KITA AKAN MASUK NERAKA SELAMA MANA TITIK HITAM TERSEBUT BERADA DALAM HATI KITA.
KHAMIS : SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH – 1,000 KALI,
ALLAH AMPUNKAN DOSA SEBANYAK BUIH DILAUT, DAN SATU KALI SEBUT TUMBUH SATU POHON SYURGA UNTUK KITA DI TAMAN SYURGA.
Tinggal zikir bererti MATI..
hidupkan zikir bererti HIDUP.
rujukan :-http://syafaonline.blogspot.my/2012/09/zikir-selawat.html