Assalamualaikum semua , siapa sangka tempat yang sangat cantik seperti pulau ini sebenarnya terletak di kampung saya iaitu Chendering, kuala terengganu sahaja . tak payah dah pergi ke pulau untuk pemandangan yang cantik seperti ini .

Di hiasi dengan buai dan tempat duduk yang sangat cantik ini sebenarnya di bina oleh anak -anak muda sekampung . salah seorangnya adalah kawan sekolah saya sendiri . memang respect mereka bersungguh-sungguh membina tempat secantik ini .

Mereka ialah  Azmizi ( adikme) , hafiz ( peng) , khalil (kolil), farid (parid) , rohaizad(pok jat) dan wahad . Anak-anak muda ini memang berasal dari pantai chendering .

dan dipersisiran pantai pula kan mereka dirikan warong pata tok kita . jadi sambil-sambil menikmati pemandangan yang tenang dan damai bolehla kita minum-minum dan makan at warong pata tok kita.
kalau hari minggu jumaat dan sabtu tu memang ramai sangat orang datang . datang dari jauh pun ada tau.

jom kita selongkar gambar-gambar kat pata tok kita .

 Ramai betul yang datang . rasa tak puas la datang sekejap .

gambar ni cantikkan time air pasang ni memang tenang sangat . 
bila air surut juga cantik , nampak tenang dan mendamaikan .
burung yang berkicauan juga menumpang teduh di pantai nan indah ini
Indah sungguh alam ciptaan Allah . damai hati menikmati  matahari terbenam 
kat sebelah tu ada yang bola pantai 
haa ni pula warong tok kita . yang diperkatakan tu
 tenangkan …. sambil minum air kelapa sambil tengok pantai yang damai , memang winnn 
macam macam air ada boleh order 
satay ikan …

haaa jom kita tengok semasa proses usaha -usaha membuat tempat yang cantik ini oleh group azmizi . gigih kan .. tahniah pada korang semua . 

inilah antara orang orang kuat yang membina buaian , tempat duduk dan sebagainya di  pata tok kita ini 
jadi pada sesiapa datang ke kuala terengganu rugi sangat lah kalau tak singgah pata tok kita ni . datangla singgah bergambar dan pekena celup tepung Sotong ,ikan pari, udang selain itu ada keropok cekodok, mee goreng, mee kari, bakso, laksa penang, lempeng nyor, roti canai, sosej, sate ikan bakor, loching, ayam goreng, jagung bakor, air pula abc, abj, air nyor, coconut shake, air panas/sejuk. oish banyak betul menu dia kan . 
ohhh lokasi kat mana ? 
kalau nak senang boleh je waze sekolah rendah chendering , kuala terengganu . sebab pantai ni depan sekolah rendah chendering . sekolah rendah saya tu . 

Atau , kalau dari bandar kuala terengganu terus je ke kuala ibai , terus lagi akan jumpa masjid terapung kan , terus lagi naik jambatan . turun jambatan boleh slow kan kereta akan jumpa masjid warna putih selepas masjid ada jalan pusing ke kiri , dan terus je sampai hujung jalan dan ada jumpa sekolah rendah , ambil ke kanan dan yeayyyy dah sampai ..

SELAMAT DATANG SEMAU KE KAMPUNG SAYA CHENDERING , KUALA TERENGGANU

ini sahaja dulu perkongsian kampung saya .

9 comments
  • Zaleha Awaluddin
    October 21, 2017 at 11:00 am

    Subhanallah lawanya..

    Reply
  • Unknown
    October 21, 2017 at 11:50 am

    InshaAllah dlm perancangan nak ke terengganu…boleh la singgah nanti

    Reply
  • Noraizah
    October 23, 2017 at 10:19 am

    lawa..nanti jemputla singgah 🙂

    Reply
  • Noraizah
    October 23, 2017 at 10:22 am

    in shaa ALlah boleh singgah nanti kan 🙂

    Reply
  • mrhanafi
    October 24, 2017 at 10:00 am

    saya sangat suka berada di pantai kalau bersama orang yang dicintai..

    kalau solo tak best…

    sunyi sungguh rasanya.

    Reply
  • Unknown
    November 4, 2017 at 11:39 am

    This comment has been removed by the author.

    Reply
  • Unknown
    November 4, 2017 at 11:40 am

    Salam sis….boleh rekemen chalet atau shaley berhampiran buaian ni…

    Reply
  • Asyraf
    August 28, 2019 at 2:32 pm

    Nice info, thanks for the location guide!

    Reply
  • Asyraf
    August 28, 2019 at 2:33 pm

    Kann..

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *