5 Langkah Awal Ibu Bapa Perlu Lakukan Bila Anak Terjatuh
Assalamualaikum semua , semalam anak saya terjatuh semasa bermain-main , terus terhantuk dahi di meja kecil ABC yang ditepi dinding . Allah masa tu berderau darah tengok anak . dahi anak serta merta bengkak , lebam dan ada garisan tapi tidak berdarah . Kami risau sebab kepala kan , kami terus sahaja bawa anak ke klinik berhampiran , Alhamdulillah selepas di cek , doktor kata everything ok puan , nampak dia pun ada tindak balas cepat . Alhamdulillah legakan . syukur pada Allah .
Dan hari ni , saya membuat satu entry , langkah-langkah awal apa yang perlu kita lakukan semasa anak terjatuh . sebagai panduan untuk saya dan semua ibu bapa . semoga bermanfaat , In Shaa Allah.
Kebiasaanya , anak-anak kecil mudah terjatuh , tersadung kerusi , terlanggar meja , terjatuh basikal dan sebagainya . jadi di antara langkah-langkah awal yang boleh kita lakukan ialah :-
1) Segera angkat anak kita , peluk dan tenangkan , kerana kebiasaanya anak-anak kita akan menangis.
2) Buat pemeriksaan di seluruh badan anak , anak kita tercedera atau tidak , ada pendarahan ? bengkak ? benjol ? patah ? dan sebagainya . perhatikan juga anak aktif atau tidak , boleh lakukan ujian pergerakan mata , jika kecedaraannya di kepala , seperti kita minta anak melihat mengikut tangan kita . lihat tindak balasnya.
– jika ada benjol , kita boleh tuam dengan air ais . pesan doktor semalam , bukan ambil ais terus letak tempat benjol, tapi ambil kain , tekapkan di ais dan tuam tempat benjol .
– Jika ada pendarahan , ambil kapas bersih dan tekap di tempat berdarah dalam masa 10 minit , jika pendarahan masih lagi ada , bawa jumpa doktor segera .
semalam dahi anak benjol betul, takut pula saya tangok , tuam dengan kain ais
3) Jika tiada apa-apa yang serius , telah pstikan anak tiada luka dan anak pun dah tenang dari menangis , bolehla kita bagi minum air atau susu .
4) Yang Harus Waspada ! bila anak kita jatuh , anak kita pengsan atau tidur , setelah itu susah di kejutkan ( sukar bangun dari tidur) , muntah, sensitif pada cahaya , kejang pada muka atau sebarang anggota badan .SILA SEGERA BAWA KE KLINIK BERDEKATAN / HOSPITAL . LAGI-LAGI BILA JATUH / TERHANTUK DI BAHAGIAN KEPALA.
Semalam pun memang doktor ada tanya , anak ada pengsan ? anak tertidur terus? anak muntah ? aktif tak ?
Dan saya tanya doktor .. berapa jam yang perlu saya ambil untuk tengok langkah-langkah berwaspada ni ? doktor sarankan dalam masa 24 jam. ok take note ya .
Saya tanya doktor lagi , jika muntah , adakah muntah secara tiba-tiba atau bagaimana ? ya , muntah secara tiba-tiba dan banyak memancut . take note lagi ya .
Step ke 4 ini sangat penting sebab untuk pastikan tiada kecederaan serius pada anak kita seperti gegaran otak .nauzubillah , mintak jauh la kan .
Gegeran otak adalah kecedaraan pada fungsi otak dan tengkorak,
tanda-tanda alami masalah ini pada aktiviti mereka :-
- rasa pening
- tidak memberi tumpuan pada permainan
- mudah lupa
- tidak berjalan dengan betul ,seperti berjalan tidak seimbang , macam mahu jatuh semasa berjalan atau bangun
- sawan
- muka jadi senget .
- darah atau cecair keluar melalui hidung atau telinga
- tidak dapat bercakap dengan betul .
Ok habis mengenai 5 langkah di atas , kat sini saya ingin juga share maklumat penting bila anak-anak kita terjatuh dan terhentak di kepala . maklumat ini saya membuat pembacaan di web .
Bila anak-anak terjatuh dan terdapat hentakan di kepala , tidak semestinya ia terus mengalami pendarahan. lapisan kepala terbahagi kepada kulit , tengkorak dan otak. jadi apabila anak terhentak , kemungkinan ia hanya alami cedera di kulit, mungkin di tengkorak atau otak.
‘Scalp’ = Kulit Kepala ‘Periosteum’ dan ‘Skull bone’ = Tengkorak ‘Dura mater’, ‘Subdural space’, ‘Subarachnoid space’ dan ‘Brain’ = sebahagian dari struktur-struktur Otak ( Kredit : Doktorbudak)
Bila kepala anak kita terhentak , kulit mungkin terkoyak dan boleh berlaku pendarahan , bergantung juga pada salur darah besar atau kecil , jika terkena pada salur darah besar, mungkin pendarahan besar dan kemungkinan akan alami pendarahan yang serius . apa yang perlu lakukan ialah seperti langkah ke 2 di atas ,