Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ibu-ibu , semoga sihat dan ceria di samping anak-anak. Seperti sedia maklum , susu ibu adalah paling terbaik untuk anak-anak kita kerana terlalu banyak khasiat untuk tumbesaran bayi. Mengikut saranan dalam agama islam, maximum penyusuan anak sehingga umur 2 tahun setengah.
Menyusukan bayi bukan sahaja bermanfaat pada bayi itu sendiri malah banyak juga kebaikan kepada si ibu seperti boleh mengurangkan berat badan. Kuantiti pengeluaran susu badan tidak sama dengan setiap ibu. Ada sesetengah ibu , amat bertuah kerana pengeluaran susu dalam kuantiti yang amat melimpah ruah, Manakala ada juga ibu, pengeluarannya hanya biasa-biasa, tidak ketinggalan juga , ada sesetengah ibu memang tiada susu badan langsung mungkin di sebabkan faktor-faktor tertentu seperti keturunan.
Setiap ibu, sudah tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak dari penyusuan sehinggalah tumbesaran setiap peringkat umur. bagi ibu-ibu yang mungkin mempunyai masalah dengan kuantiti susu, pasti teramat mengambil berat mengenai pengambilan pemakanan setiap hari supaya susu ibu tidak berkurangan dan juga berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan pengeluaran kuantiti susu.
Jadi di antara senarai koleksi yang boleh kita amalkan ialah :-
Maklumat lanjut lagi mengenai alfalfa , alfalfa ini memang terkenal dengan penggalak pengeluaran susu , Kini tidak susah-susah mencari pokok alfalfa , kerana sudah ada vitamin alfalfa .
Dalam proses menambah susu ibu juga sebenarnya , amat penting sifat disiplin dan rajin. ibu perlu berdisiplin dalam mengepam susu atau memberi susu pada bayi sekerap yang mungkin dan fahami konsep supply and demand. Ini juga salah satu tips untuk merangsang susu ibu semakin bertambah. Tetapi jika tiada disiplin dan kerajinan , pengambilan milkbooster ini juga tidak menjaminkan kesan yang positif . Jadi kita perlu mengambil milkbooster seiring dengan disiplin dan kerajinan untuk membantu susu lebih melimpah ruah.
makanan dan minumana milk booster ini mengikut keserasian setiap ibu-ibu juga, ada sesetengah mengambilnya tidak menjadi tetapi di cuba makanan lain menjadi pula . Oleh itu ibu-ibu perlu try and error.Memang menyusukan bayi mencabar tetapi jika kena pada gayanya , ia amat menyeronokan.
Saksikan video ibu ini yang semangat kental berusaha menyusui bayi pramatangnya .
Sangat teruja dan memotivasikan kita ibu-ibu.
Di zaman moden serba mudah ini , Ada juga ibu-ibu yang mengamalkan vitamin-vitamin atau
Set Milk booster untuk menambah kuantiti susu. hal ini , ibu-ibu lebih senang mengamalkan di mana-mana sahaja.
Dalam membincangkan makanan dan minuman milk booster, jangan abaikan makanan-makanan yang boleh menurunkan kuantiti atau pengeluaran susu ibu selain sentiasa berdoa pada Allah supaya susu kita sentiasa mencukupi untuk anak kesayangan kita. In Shaa Allah.
Mungkin anda meminati :> 5 Makanan yang perlukan elakkan ketika menyusu .
>>. Jika ibu-ibu ada milk booster yang berbeza , sudilah kiranya meninggalkan komen di bawah 🙂 terima kasih ..
boleh membuat pembelian dengan dua cara iaitu terus hubungi saya atau pun hanya dengan satu klik di bawah ini :-
Semoga bermanfaat.