Buat penjawat awam, saat menjelangnya Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan hadapan akan menjadi waktu paling gembira kerana mengikut kalendar yang dikeluarkan RHS Media Resources, gaji bakal dilepaskan ke akaun masing-masing pada tanggal 9 Julai, kurang seminggu sebelum 1 Syawal.
Amboi, sampai ke telinga senyum, kan? Mana taknya, ruang antara pembayaran gaji pada 25 hari bulan Jun hingga tanggal 9 Julai cuma berbeza 14 hari!
PM Umum Bayaran Bantuan Khas RM500 Kepada Penjawat Awam
Sayang seribu kali sayang,
Jangan terlalu seronok dengan perkhabaran tersebut kerana yang pastinya, detik-detik yang perlu diharungi selepas tarikh tersebut amatlah perit lagi memedihkan.
Boleh tak anda bayangkan, kehidupan anda perlu bergantung kepada gaji tersebut selama 56 hari sebelum akaun anda kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya iaitu pada penghujung Ogos?
Nah, telan air liur, kan? Tapi itulah realiti yang harus dihadam semua penjawat awam.
Mungkin bagi kebanyakan individu akan merasa lega kerana persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang dapat dibuat lebih lengkap; nak beli persalinan serba baru, pelbagai juadah dan duit raya untuk ahli keluarga.
Namun, dalam bergembira, anda seharusnya lebih mengutamakan cara berbelanja dengan bijak bagi mengelakkan kewangan anda terumbang-ambing selepas itu.
Nak tahu apa yang patut dilakukan? Mudah sahaja, mulai sekarang, penjawat awam boleh mula membuat simpanan dan menjimatkan perbelanjaan harian, sementelah tugas itu menjadi mudah kerana mulai esok, umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.
Apa yang penting, anda harus mengawal nafsu untuk membeli makanan ketika berada di bazar Ramadan mahupun ketika mahu memasak.
Gaji yang bakal masuk pada 25 Jun depan haruslah digunakan sebijaksana dan secermat mungkin manakala gaji pada 9 Julai pula bukan tiket untuk penjawat awam berjoli sakan.
Ingat, kalau anda tak mahu makan mi segera mahupun senario lebih teruk, anda terpaksa meminjam duit dari teman-teman, maka mulailah berjimat dalam berbelanja dari momen sekarang.
Percayalah, ruang hampir dua bulan tanpa gaji bukan perkara yang mudah untuk dihadapi, silap hari bulan, boleh jadi mental!
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
JANGAN RISAU LAGI JOM KUMPUL DUIT RAYA DENGAN YES !
JANGAN RISAU , KELAS BIMBINGAN KAMI SEDIAKAN , SECARA ONLINE DAN OFFLINE.
IN SHAA ALLAH.
AKhir Kata , Kejayaan adalah hak milik setiap insan, kita juga mampu berjaya seperti barisan-barisan jutawan dalam video kat bawah ni. yang penting kita berusaha. In Shaa Allah.
JOM KAMI PIMPIN TANGAN ANDA SEKARANG !
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
Pakej :
Tips-tips menarik
konsuktasi sepanjang masa