Projek Memikat Suami Paling Dot Dot Yang Isteri Wajib Tahu.
Assalamualaikum semua isteri -isteri, tak lupa juga suami-suami , Semoga sentiada dalam kebahagian.
Setiap pasangan pasti inginkan cinta itu sentiasa mekar walaupun sudah lama berkahwin,Kerana cinta itu adalah asas rumah tangga yang bahagia (mawaddah).Isteri-isteri sekalian , jangan hanya goyang kaki dan sentiasa ingat ” Dia suami saya,Pasti dia mencintai saya!” ( ini cinta biasa-biasa saja mungkin).Berhentilah bersikap pragmatis, bermula hari ini berusahalah membuatkan suami selalu cinta kita dan cinta itu makin power Bak kata-kata macam kene gam tok gajah, suami melekat saje dengan kita :).
Bagaimana kita nak suami melekat dengan kita sahaja macam guna gam tok gajah tu ? haruslah ada langkah-langkah yang berkualiti supaya Projek Memikat Suami Paling Dot Dot ini berhasil.
# Projek Pikat suami 1 :
Yang ini paling asas, memikat suami dengan masakan kita. Air tangan isteri menambahkan kasih sayang suami.Pesan orang tua-tua, pikat perut suami tu, biar sentiasa kenyang dengan yang kita masak. haaa gitu. Ahh tak tahu masak? jangan susah blog resepi banyak boleh kita rujukkan.Lama-lama mesti pandai masak.
Masak masakan kegemaran suami, tanya mak mertua apa suami suka makan,nak senang belajar resepi dengannya.haa kan katanya “Masakan mak paling terbaik”. Jom ubah ” masakan isteri saya paling sedap”. Jangan masak masakan yang sama setiap hari,jemu pulak nanti kan.jadi masaklah yang berlainan dengan bertanya dahulu pada suami ” Abang nak sayang masak apa hari ni?”. Jangan lupa amalkan 5 perkara : Sarapan , Makan tengahari , minum petang , makan malam , makan tengah malam(kadang-kadang perut lapar balik).haa baru perut kenyang sentiasa.
#Projek Pikat suami 2 :
Berusaha untuk sentiasa sabar dalam apa jua situasi, nak marah sangat-sangat? tarik nafas dahulu.diam seketika.kadang-kadang kata-kata kita yang tengah marah akan menguris hati suami,lepas tu barulah kita menyesal bukan main lagi. Pesan orang tua lagi : “Bila suami marah,diam dahulu jangan terus melawan”.haa petua tu.
Memanglah kadang-kadang kita kene marah,rasa sedih, tidak puas hati sangat-sangat tapi cuba tahan dulu sekejap,lepas reda baru kita bersuara dengan cara yang berhemah.suami-suami ini amat tidak suka isteri melawan dan tidak suka isteri tinggikan suara.jangan jadi isteri derhaka. Kita wajib hormati suami, kan ” syurga isteri ada dengan suami” . hormatilah ,jagalah maruah kita suami isteri .Jom ubah diri jadi isteri solehah.
#Projek Pikat suami 3 :
“Rumahku syurgaku”, pastikan keadaan rumah yang sentiasa selesa,kemas dan sejuk mata memandang supaya sentiasa rasa nak duduk rumah saje. saya tidak nafikan ada yang bkerja dan ada surirumah, ada rasa penat yang tidak terhingga sehingga kita abaikan untuk mengemas rumah lagi-lagi jika kita ada anak-anak kecil,jangan dimarahi anak-anak kita ye tapi belajarlah cara mengemas rumah yang cepat dan mudah untuk elakkan kita lagi letih. banyak cara yang boleh kita praktiskan contohnya simpan barang-barang dalam 1 kotak yang nampak kemas.
#Projek Pikat suami 4 :
Yang ini memang perlu tuntut ilmu ni, Ilmu urutan. Badan yang penat-penat bekerja membanting tulang tu perlu dibelai dengna urutan supaya lebih rasa segar.Jadi kita isteri yang paling rapat dengan suami tahu segalanya tentang suami,rugi kalau tak tahu teknik urutan badan untuk suami.Cara ini akan mengeratkan lagi rasa kehangatan cinta kita. macam-macam cara urutan ada, tapi yang paling saya rasa senang adalah teknik urutan cakar harimau. Ingat tak dulu kata-kata seorang artis ” saya nak isteri yang pandai urut”!.wahh tercabar kan. ahh apa lagi jomla belajar teknik urutan cakar harimau:
#Projek Pikat suami 5 :
Pastikan kita menjadi pasangan yang terbaik di tempat tidur, ini yang paling penting yer.Ramai isteri yang malu untuk sifat agresif, tahukah anda kebanyakan suami mahukan sifat agresif isteri di kamar tidur? ahh apa lagi sama-sama ubah lagi diri kita.jangan malu nak pakai seksi dikamar tidur.Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur, nak suami melekat cam gam tok gajah kan ? Tetapi kalau agresif sahaja pun tak jadi juga kalau kita tidak jaga penampilan dalaman kita.bukan kita sahaja, suami pun perlu jaga barulah power!.makin hari makin power dan bertambah sayang.setiap hari amalkan pelukkan sekurangnya 3x sehari.haaa barulah projek pikat suami paling dot dot ni berjaya .anda pun tersenyum sentiasa.
#Projek Pikat suami 6 :
Datuk nenek kita dulu makan maajun untuk jaga penampilan dalaman supaya power,sekarang ni dah macam-macam jamu dan ubat kuat pun ada.tapi dinasihatkan jangan tersalah langkah memilih kerana ada yang dicampur bahan-bahan terlarang.kita ini isteri (wanita) dan tentu senang saje nak menyuap vitamin/jamu ini kan .yelah punya nak jaga penampilan. tapi ada yang komplain suami pula yang liat nak makan vitamin / ubat. kalau sakit dah tak boleh bangun barulah ” ayang , mana ubat abang? “.alaaaaa macam mana nak jaya kan projek pikat kita ?
Jangan tak tahu, ramai lelaki yang perasan kuat & sihat sampai tak nak makan vitamin /ubat ,sampai dah nak lumpuh pun masih suami degil!. dah tak boleh angkat kaki kat tempat kerja dah pun. Bukti ? tengok sini :-
Jadi moralnya janganlah jadi macamni, gelap dunia rasanya jika suami kita tidak sihat, Ubah diri kita hari ini ,rajin pujuk suami makan vitamin/ubat, kan kita nak suami sentiasa sihat luar dan dalaman,Belikan vitamin-vitamin yang bagus untuk suami, jelaskan padanya kenapa, “Abang , ayang dan anak-anak amat sayang abang, kami perlukan abang,kalau abag tak sihat,macamna? ayang belikan vitamin ni utk abang. suapaya abg sihat. lagi2 nak tambah power ehem ehem “. haaa amacam ? pujuk pujuk.
#Projek Pikat suami 7 :
Penampilan kita juga perlu dijaga, diluar rumah dan didalam rumah.di luar rumah tidak digalakan la pakai yang seksi-seksi ini kan. apakata kita ubah dirumah boleh la pakai seksi sikit nak pikat suami kan .Janganlah pakai terlampau selekeh di rumah ye.perlu juga ada nampak seri di wajahmu. kadang-kadang ada suami yang suka isteri pakai kain batik je pun kat rumah macam perempuan melayu terakhir,jadi ikut selera suami kita. tanya dia “abg suka sayang pakai macam mana kat rumah ?” ( ahh berani tanya tak?”). kadang-kadang hari minggu walaupun di rumah pakailah cantik-cantik sikit macam nak keluar berjalan tu.baju ketat-ketat yang kita rasa dah tak muat , sendat tapi masih boleh dipakai.boleh saje kita pakai.hehehe.. apa salahnya pakai baju kebaya ke. Selain it, pakai wangian sikit , lipstik sikit .ahh cun dah tu.. Tapi perlu tahu , kene cantik luar dan dalam ye.
#Projek Pikat suami 8 :
Puji Memuji, projek ke 6 ini penting tau, sentiasalah puji pasangan kita. sekurang-kurangnya sehari sekali ” wahh abg handsomenya,terpikat ayang”. suami pun perlu jugak puji isteri tau ” ayang,sedap ayang masak,kenyang abg”. konsep memuji ini, suami akan rasa kita sentiasa cintakan dirinya.mesti ketempat keje pun suami masih teringat pujian kita tu.dan jangan lupa kata-kata ” I LOVE U”.
#Projek Pikat suami 9 :
Pastikan kita menjadi pasangan yang terbaik di tempat tidur, ini yang paling penting yer.Ramai isteri yang malu untuk sifat agresif, tahukah anda kebanyakan suami mahukan sifat agresif isteri di kamar tidur? ahh apa lagi sama-sama ubah lagi diri kita.jangan malu nak pakai seksi dikamar tidur.Belajarlah cara dan teknik menyenangkan suami di tempat tidur, nak suami melekat cam gam tok gajah kan ? Tetapi kalau agresif sahaja pun tak jadi juga kalau kita tidak jaga penampilan dalaman kita.bukan kita sahaja, suami pun perlu jaga barulah power!.makin hari makin power dan bertambah sayang.setiap hari amalkan pelukkan sekurangnya 3x sehari.haaa barulah projek pikat suami paling dot dot ni berjaya .anda pun tersenyum sentiasa.
Selain itu , yang teramat penting , kita mendoakan kebahagian rumahtangga kita di dunia hingga ke syurga.
Semoga kita bahagia sehingga syurga.. Ameen.
Mungkin Anda juga meminati :-
Set Penganti Baru Shaklee
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
Pakej :
Tips-tips menarik
konsuktasi sepanjang masa
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂
Post Views: 544