Pentingnya Tahu Jangka Hayat Botol Susu Anak Anda

Assalamualaikum Ibu Bapa yang di hormati sekalian , terima kasih kerana kunjungi Butik Sihat Comel. 

Entri Saya Kali Ini mengenai Botol susu anak-anak kita gunakan setiap hari, adakah selamat ? atau sebaliknya? Jom kita rungkaikan , semoga entri kali ini amat membantu kita kearah lebih baik.

Sebelum itu, cuba perhatikan setiap kali kita beli susu kan, mesti ada pesanan di paket susu. pesanan apa ?

Begitu pentingnya susu ibu kan, kadang-kadang kita ini bila anak semakin berubah bulan, susu kita semakin berkurang.stress kan. tapi ibu dalam video ini dia nekad untuk usaha memberi penyusuan yang ekslusif untuk anaknya, jeles sangat. saya pun nak jadi macam ibu ini :-


Pentingnya Tahu Jangka Hayat Botol Susu Anak kita

Sebelum ini saya tidak pernah tahu sebenarnya Botol susu anak ada jangka hayat yang tertentu. Sebelum ini saya guna botol susu sehingga kelihatan kabur dalam jangkaan setahun.lamanya? saya guna banyak botol, sentiasa bertukar-tukar tapi yang lama masih digunakan. Ehmm. 




Di Pasaran terdapat Botol susu yang mengandungi BPA dan Free BPA.

Apa BPA ni ?
BPA ni sebenarnya singkatan daripada Bisphenol A. Bisphenol A ini adalah bahan kimia industri ditambah ke dalam botol susu  polikarbonat anak-anak kita. Kenapa ? Kerana untuk menjadikan botol lebih keras dan kelihatan cantik lutsinar. polikarbonat  pula sejenis plastik diproses untuk pembuatan botol-botol susu.

Kenapa Botol Mengandungi BPA bahaya untuk anak-anak ?
Apabila kita masukkan air panas ke dalam botol, BPA akan bertindak balas dan meresap masuk ke dalam susu anak-anak kita, ini akan menyebabkan gangguan sistem hormon.

Di antara label yang ada dibawah botol jika ia ada BPA :-


Jangka Hayat Susu Botol :- 

Jika Botol susu yang ada BPA jangka Hayatnya hanya 3 ke 6 bulan , Manakala Free BPA jangka hayatnya lebih panjang. 

Faktor Botol Anak Perlu Di tukar segera :- 

Kesan Calar Pada Botol : 

Kesan calar dalam botol anak juga perlu diperhatikan,jika mempunyai banyak kesan calar, kita wajib dah tukarkan botol anak tau sebab dah ada defect, bila dah ada defect mungkin botol itu tidak selamat di gunakan sebab ada pembebasan toksik atau chemical. haaa apalagi bangun pergi cek botol anak-anak kita 🙂 





Sterilized : 

Pengunaan Sterilized ini sebenarnya mengurangkan jangka hayat botol ,contohnya jika botol boleh digunakan 6 bulan mungkin boleh guna 4 bulan. Salah satu sebab yang lain kerana ia melibatkan haba yang tinggi.




Warna Botol : 

Jika Botol anak dah kelihatan kekuningan. colornya sangat berbeza dah awal kita beli dulu dan dah pudar , wajib tukar .

Bau : 

Jika Botol sudah berbau tidak nyaman walaupun dah basuh. juga perlu ditukar baru ye ibu2 🙂 . contoh bila kita bau botol ni , rasanya sampai buat kita rasa pening dan loya. haa kesian kat anak kita.



Pengunaan Sabun : 

jenis cucian juga perlu di ambil kira, kenapa ? cucian sabun sebenarnya juga mempunyai chemical.kecuali cucian yang berasal dari organic.Saya guna pencuci dish wash shaklee 🙂
In shaa Allah ia selamat kerana bahannya dari organik , rasa yakin dan bestnya dia senang mencuci botol susu anak kita . 



Baca : 6 kesilapan mencuci botol susu anak


Penggunaan botol tamat tempoh mungkin boleh menyebabkan jangkitan kuman dan masalah kesihatan pada anak kita . 

jadi pentingnya kita pastikan sama ada botol anak kita guna sudah tamat tempoh ataupun belum . 


semoga artikel saya ini membantu kita . In Shaa Allah .


oh ya , Ibu-ibu mesti nak menyusukan anak kita ni dengan susu badan dari kitakan kalau boleh sampai 2 tahun setengah tetapi kadang-kadang susu kita ni tak mencukupi, jenuhla duk sedeh.macam saya ni. tapi Alhamdulillah sejak amalkan set penyusuan shaklee. susu saya kembali meriah .. sapa nak cuba jomlah join saya. 

Set Penyusuan Shaklee ini , kita boleh bahagikan mengikut bajet anda. baguskan. 🙂 

Baca :  SET MENYUSU SHAKLEE

Mungkin Anda juga meminati :- 
SET MENYUSU SHAKLEE
10 Tips permulaan mengajar Anak
Tips Merawat Demam Anak Secara Alami
Anak Bijak Cerdik
10 Kaedah Mudah Untuk Anak lebih Jenius

                                                      

CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *