Punca Dan Cara Atasi Masalah Mulut Berbau .
Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi.
Masalah mulut atau nafas berbau busuk walaupun telah diberus dan dicuci di awal pagi adalah masalah yang sangat berat kerana teman atau rakan-rakan kerap mengelak untuk berada berdekatan ketika sedang menjalani aktiviti mahupun ketika berbual. Tambah tidak menyenangkan jika profession pekerjaan anda banyak bercakap dan berurusan dengan orang ramai. orang sekeliling pasti mengelak dan menjarakkan diri bagi menghindarkan perasaan tidak selesa kerana bau mulut yang memalukan itu.
Punca Masalah Mulut berbau :-
1. Bakteria
Punca utama mulut berbau adalah dari bakteria yang membiak di dalam mulut. Bakteria ini hidup dan membiak dengan menggunakan lebihan makanan yang tidak dibersihkan dari gigi.Bakteria bertahan hidup dan berkembang biak di rongga mulut tanpa oksigen yang menghasilkan asid amino dan bakteria ini kemudiannya merembeskan hasil perkumuhan yang terdiri daripada asid dan juga sulfur (Volatile Sulfur Compounds – VSCs) yang menyebabkan bau kurang enak.
Kebanyakkan bakteria ini bersifat ‘anaerob’ (hidup tanpa oksigen). Oleh sebab itulah kebanyakkan bakteria ini hidup di kawasan yang susah dibersihkan seperti celah-celah gigi, celah-celah poket gusi, di bawah plak yang melekat pada gigi, pada karang-karang yang melekat di poket gusi dan juga di celah-celah rekahan lidah. Kawasan-kawasan terlindung ini juga susah mendapat bekalan oksigen.
Apabila antum mendapat selsema, alahan, ubatan atau perubahan hormon, hingus akan menjadi likat. Hingus yang pekat ini akan meleleh ke bahagian belakang lidah atau di tonsil dan melekat di situ (post-nasal drip). Ia juga menjadi tempat persembunyian yang ideal untuk bakteria bersembunyi.
Jika antum mempunyai masalah gusi dan tulang gigi yang kronik (periodontal disease), ia juga menyebabkan mulut antum berbau. Penyakit ini menyebabkan tulang gigi menurun dan mengakibatkan poket gusi menjadi dalam dan susah dibersihkan jika tanpa bantuan doktor gigi. Poket yang dalam ini juga memang tempat bagi bakteria anaerob membiak.
2. Kekurangan Air Liur
Sekiranya mulut antum kering atau ‘xerostomia’ kerana kekurangan air liur, selain menimbulkan bau busuk, ia juga menyebabkan pembiakan bakteria di dalam mulut. Maka itu, pastikan mulut antum selalu basah. Air liur adalah bahan pembilas mulut semulajadi. Ia mencuci mulut antum sepanjang masa dan dengan ini secara tidak langsung membuang cebisan kecil makanan (food debris) dari permukaan licin gigi.
Kekurangan rembesan air liur menyebabkan air liur menjadi likat, susah untuk membilas mulut, menjadikannya kurang oksigen dan menyebabkan pembiakan bakteria anaerob di dalam mulut.
Cuba bayangkan sepanjang hari air liur di dalam mulut adalah kurang. Sudah tentulah mulut kita berbau sepanjang masa. Semasa tidur juga prembesan air liur adalah kurang. Sebab itulah kita mendapat bau mulut yang kurang enak apabila bangun dari tidur.
Punca Kekurangan Air Liur
Antara sebab mengurangkan pengaliran air liur:
Ø Tekanan perasaan (stress)
Ø Pengambilan minuman alkohol
Ø Kekurangan air dalam badan (dehydration)
Ø Berpuasa, mengurangkan perembesan air liur
Ø Penggunaan ubat kumur yang mengandungi alkohol
Ø Mereka yang bernafas melalui mulut (mouth breather): angin yang dihasilkan akan mengeringkan mulut.
Ø Bercakap terlalu banyak (contohnya mereka yang bekerja sebagai cikgu, jurujual dll): ini akan mengurangkan pengaliran/perembesan air liur.
Ø Penyakit pada pencernaan, pernafasan, usus, buah pinggang serta jangkitan tekak dan paru-paru.
Ø Kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit darah tinggi, antihistamine, penghalang selera makan dll.
Cara Mengatasi Mulut berbau :-
1. Membersih Dan Memberus Gigi
Menjaga kebersihan mulut. Hal ini boleh antum lakukan dengan cara rajin memberus gigi secara teratur, baik dan menyeluruh serta menggunakan benang flos atau flos pakai-buang dengan betul.
2. Membersihkan Lidah
Ramai yang terlupa untuk membersihkan lidah ketika menggosok gigi atau bersiwak. Antum bukan sahaja perlu menggosok gigi, tetapi perlu juga untuk menggosok bahagian lidah paling tidak 2 kali setiap hari untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Hal ini dapat membantu mengurangkan bakteria biofilm.
3. Meminum Banyak Air
Minum lebih banyak air dapat membantu antum menghilangkan ‘bakteria jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan meminum teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi ‘poleypehnols’, iaitu sejenis bahan kimia tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau
4. Susu Dapat Mengatasi Nafas Berbau
Jika antum meminum segelas susu, ianya dipercayai mampu mengatasi masalah nafas berbau busuk. Dalam satu ujian menggunakan bawang putih yang dimasak dengan susu, didapati tahap sulfur dalam bawang putih tersebut menurun sekaligus mengurangkan bau busuk.
5. Pemakanan
Masalah nafas berbau adalah kesan sampingan jika antum mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan. Selain daripada itu, makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.
6. Elak Menggunakan Pencuci Mulut Beralkohol
Ramai yang menyangka bahawa dengan menggunakan pencuci mulut, bau nafas akan menjadi segar dan tidak berbau tetapi mereka tidak merawat punca sebenar mulut mereka berbau jadi cara ini hanya bersifat sementara. Dan jika menggunakan ubat kumur yang mempunyai alkohol, ia boleh menyebabkan kekeringan di dalam mulut yang menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan bau mulut.
7. Mengunyah Gula-Gula Getah
Jika antum tidak dapat memberus gigi selepas makan (terutamanya makan tengah hari ataupun snek), antum boleh mengunyah gula getah tanpa gula yang halal. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan di rangsang
8. Perihatin Pada Gigi Sendiri
Memeriksa gigi antum jika terdapat tanda-tanda penyakit gusi dan tulang (gingivitis, periodontal problem)
Dan Jom saya kenalkan yang membantu selesaikan masalah mulut berbau …
bukan dengan ubatan tapi dengan vitamin semulajadi terbaik dari shaklee .
Membantu Masalah Mulut Berbau
- Herblax – Untuk pembersihan usus
- Chewable Vitamin C – Menyembuhkan penyakit gusi dan detoksifikasi yang bagus
- Garlic Complex – Merupakan antibiotik semulajadi yang berfungsi memusnahkan bakteria
- Alfalfa Complex – Membantu menyegarkan nafas dan mendetoksifikasikan bau
- Peppermint Ginger Plus – Berkesan membunuh bakteria penyebab bau mulut
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
Pakej :
Tips-tips menarik
konsuktasi sepanjang masa
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂
Kawasan COD
Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang , KTM Batang Benar , KTM Nilai
Post Views: 413