Gastrik Kronik Punca Ulser Perut.
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding situasi pertama).
Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama
Ketahui Tanda-tanda gastrik :-
- Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
- Rasa senak, berangin atau pedih
- Rasa tidak selesa
- Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
- Rasa mual (loya) dan muntah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan, macam mana nak tahu?
- Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
- Najis menjadi hitam seperti tar
Bagaimana Ulser terjadi ?
Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Siapa Berisiko ?
- Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
- Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini
- Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa).
- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
- Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
- Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
- Yang kerap minuman bergas (berasid) , berkafien .
- Diet yang salah dan cara pengambilan makanan yang salah.
- Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
- Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
- Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
- Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
- Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
- Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
- Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
- Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing
Tak mahu ambil yang set ? boleh ambil ESP shaklee Sahaja pon In Shaa Allah Boleh 🙂
Apakata Mereka ?
Jom Dapatkan dari saya 🙂