Gadget Boleh Akibatkan Saraf Anak Rosak . 

Assalamualaikum , Semua Ibu Bapa . 
untuk Entri kali ini sebenarnya saya nak tulis tentang tips didik anak 0-3 tahun tapi saya lebih tekankan tajuk lebih pada keburukan gadjet.. sebab apa ? majoriti kot kita bagi anak-anak gadjet(termasuk saya)

Sekarang teknologi dah canggih , macam mana nk didik anak-anak kita cara terbaik kita dah boleh tanya pak cik intenet ni.. heheh .. samalah kan dengan saya . cari dan cari .. step by step.. bagaimana nk ubah cara didik anak dengan lebih bagus. Sama-sama kita belajar dan praktis . 




Ok back to cerita kita , 

1) Dedahkan anak-anak kita dengan bende yang boleh meransang motor skills dan sensory skills kanak-kanak , Seperti ajar anak dengan bermain plastesin (ingat balik patutlah masa saya 5 tahun dulu Cikgu bagi main plastesin) , selain itu boleh bawa ke pantai main-main pasir pantai.main-main atas rumput kat taman-taman tu penting jugak sebanrnya…

2) Jangan Dedahkan terlebih-lebih dengan gadjet terkini ni , Ipad , Telepon , tab , Tv , tablet dan sewaktu dengan nya lah ..  sehari kita boleh bagi tapi just dalam 10 minit je sehari .. 10 minit je tau …
dan yang membuatkan saya lebih takut , saya terbaca di blog ” Ini Cerita tentang kami ” rasa takut n gelisah terus ok .. terus ingat anak saya Nuha Amanda … sebb kami sering bagi telephon samsung khas untuk dia je ,, Umur anak ? 2 tahun 3 Bulan kini, kalau ikut tahun 3 tahun la .. Ahh nak tau apa dia blog tu tulis ? meh saya copy,, tak nak olah2 yew.. sebba biar apa penulis itu sampai sama dengan saya baca .  

Inilah saya tekan dengan tajuk Entri saya :  Gadjet Akibatkan Saraf Anak Rosak ?
baca Betol-betol biar faham :-

“Things in a box” tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
“No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!”

Gitu.
Takut aku. 😀

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,
“Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time.”
Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching.”
“It’s a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn’t want anyone to disturb or join him while he’s watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching.”

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:
Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan “rolling” oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada “rolling” eyes movement.
 So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik. 
So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Gitu.
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T


3. Kebolehan Mengikut , Stimulate Their Imitation Skills Dimana anak-anak boleh ikut atau tiru apa sahaja apa yang dia lihat . seperti clap hand. ok 1 kaedah ni boleh kita praktik , 

        * Ibu bapa cakap , suruh anak ikut ulang-ulang , contoh Flower for Bunga , 
        * Ibu Bapa Tulis atau lukis something , dan mintak anak-anak tiru sama. 
        * Ibu Bapa 1 kerja , dan suruh anak juga ikut sama contoh menyapu sampah. ok ini mmg saya praktikkan untuk nuha.. ajar menyapu, lap-lap tv kalau berdebu. contoh lain lagi ? kemas tilam n lipat-lipat baju . 
         * Nyanyi lagu dan anak ikut.. ok ini pun kami praktikkan lagu my mother dan dengarkan mp3 mengaji dan dia sebut sikit2 blajar – Alhamdulillah
         * Ibubapa Ajar anak melompat, merangkak, berlari supaya anak-anak ikut sama . 

4. Banyakkan beli Mainan yang berkonsepkan mainan + pembelajaran. seperti ABC , 123 yang blok. so dalam kita ajar dia main susun tu kita boleh ajar sekali ABC , 123 . Lego pon boleh kot kan .. dlm masa sama boleh ajar bentuk2 … 

5. Macam Mana Nak ajar anak Bercakap ? Ajar Word dulu , avoid sentence. ok contoh camni :-

Kita pergi kedai bunga : 
kita nak tunjuklah bunga kan kan … Better cakap camni : Flower !! Bukan This is flower .. haaa gituhh… 

Lainlah kalau anak dah boleh tau atau hafal pasal bunga, kita bolehla ajar sentence dengan adjective. contohnya :- Big tiger. Beautiful bird.”

kalau nak bagi arahan pon sama tau contoh :- 
 “Eat.”
bukan
“Come and eat.”
atau
“U must eat.”
“Sit.”
bukan
“Come and sit beside Mama”
atau,
“Sit and keep quiet.”
Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.

Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6. Kalau anak Buat salah, explain bukan marah – Haaa yang ni kadang2 termarah pon haddooo ni haa…  contoh conteng dinding .. mau x hangin kannn … ikut kata dr blog kat atas td , dr sherine kata , dari kita duk marah-marah , better explain kat anak kenapa bende tu salah dia buat… 
Ingat, anak tu tengah exploring world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.
 ok … take noted.

7 . communication skill , bila kita tanya anak-anak ” kenapa nuha nangis?” bila diam .. kita tanye dia nuha sakit kew? nuha lapar kew? nuha nak susu? haa gitu .. kalau dia angguk pon dah ok .. camne ? ok kalau kita taye nuha lapar? dia ngeleng or diam .. tye lah lain .. nuha nak susu ?  haaaa gituwww … 

Ok semoga kita menjadi ibu abah yang cemerlang.. kita nak jadi yang cemerlang bukan terus je jadi .. kene belajar n belajar .. erhmmm …. In Shaa Allah … 
Sedang Cari Vitamin Untuk Anak ?


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa

hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *