Assalamualaikum ibu-ibu terhebat.terima kasih datang berkunjung ke Butik Sihat Comel. semoga kita dapat manfaat di sini.
Anak kembung perut? Amat merunsingkan. Menangis Lama, kita pun macam jadi zombi sebab tak cukup waktu tidurkan. Samalah macam saya.anak saya selalu juga kembung perut,kadang-kadang dah bermacam-macam cara saya usahakan.
Jika anak masih menyusu badan ibu, ibu juga perlu titik beratkan pemakanan yang di ambil , kadang-kadang pemakanan ibu yang menyebabkan anak selalu kembung perut.
sebelum kita teruskan pembacaan tentang cara atasi kembung perut bayi, jom ketahui dahulu punca kembung perut yang sering berlaku ke atas anak-anak kita.
Punca Kembung Perut :-
1- Cara Penyusuan dengan botol yang tidak betul iaitu cara kita pegang terlalu condong, selainnya lubang puting botol yang tidak sesuai, mungkin lubangnya terlalu besar menyebabkan bayi lebih menyedut angin daripada susu.
2- Sendawakan bayi – sendawakan bayi kita amat penting,selain dari elakan daripada tersedak susu, cara ini juga sebenarnya boleh membantu kurangkan risiko kembung perut bayi.
3-Terlampau banyak menangis, ini sering terjadi pada bayi kita, bila dah kembung perut lagi banyak menangis.tahukah kita bila banyak dia menangis lagi banyak angin memasuki perut,ini boleh akibatkan perut makin kembung.jadi perlu kawal tangisan bayi kita.kawal macammana? jika bayi menangis jangan biarkan terlampau lama.
4- Penghadaman susu yang tidak bagus, ini menyebabkan gas banyak terkumpul. itu sebabnya bila kembung perut kita berusaha urut perut bayi dengan minyak telon supaya banyak sendawa ataupun kentut.
5-Pemakanan ibu – Jika ibu-ibu masih menyusukan bayi, pemakanan seharian perlu dititik beratkan.seperti jangan terlalu ambil makanan berangin/berais.
6- Jika ibu-ibu mengunakan susu EBM(susu perahan) perlu perhatikan cara pemanasan susu yang betul supaya anak tidak kembung dan anak mendapat zat yang sempurna.
7- Ada kemungkinan juga bayi tidak sesuai dengan susu tepung yang diberi.
Cuba renung-renungkan ada tak punca-punca di atas yang buatkan anak kita kembung ?
Cara Atasi Kembung Perut Bayi:-
1- Jika bayi masih dalam pantang atau 2 bulan, boleh barut perut bayi kita, saya barut perut bayi sehingga 3 bulan.
2- Mengunakan urutan I LOVE U. Macam mana tu ?
ini gambar cara urutan i love u untuk babyi kembung perut, bolehla kita cubakan.
ini pula video urutan:-
3- Sendawakan bayi kita , tidak kira breastfeeding ataupun minum dengan botol.
4- Sapu Minyak telon pada perut, tapak kaki, betis dan belakang bayi.boleh juga lakukan apabila setiap tukarkan lampin bayi kita.
5- Jangan biarkan bayi kita menangis terlalu lama , ini takut angin banyak masuk.
6- Bagi minum sedikit grape water.
7- Cara urutan lain yang boleh kita cuba ( petua dari kawan saya)
sapukan minyak telun di pusat dengan pusingan lawan arah jam 3 kali sambil selawat. sapukan juga dibelakang bayi secara menurun iaitu dari atas ke bawah-sampai atas punggung sambil selawat. dan lakukan juga di betis anak kita.
8- ibu-ibu yang menyusu. perlu pastikan makanan yang dimakan tidak terlalu berangin.
Selamat mencuba 🙂
mungkin anda juga meminati :-
5 Makanan Yang Perlu Dielakkan ketika Menyusu
5 Makanan Yang Perlu Dielakkan ketika Menyusu.
5 Makanan Yang Perlu Dielakkan ketika Menyusu
Teknik Menyusu Dengan Betul Supaya Tidak Sakit
Jika anda Sedang mencari vitamin untuk memperbanyakkan susu boleh klik disini
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂