Teknik Menyusu Dengan Betul Supaya Tidak Sakit

Assalamualaikum semua ibu-ibu yang terhebat. 
Apakabar semua semoga dalam keadaan yang baik .In Shaa Allah . 

Setiap ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kitakan.. termasuklah cara penyusuan yang terbaik juga untuk pastikan susu itu disampaikan dengan keadaan baik dan kita pun dalam keadaan yang cukup selesa. 

Ramai Ibu-ibu yang mengalami luka dan juga mungkin akan rasa sakit-sakit badan setelah menyusu membuatkan rasa serik ingin teruskan. Jangan macam tu ya ibu-ibu. teruskan.dan belajar cara menyusu yang betul.In Shaa Allah akan membantu ibu-ibu untuk lebih yakin menyusu direct. 



Cara atau teknik penyusuan ini amat penting kerana membantu kita dan bayi dalam keadaan selesa dan pengaliran susu yang bagus. Kebanyakkan sekarang hospital-hospital sudah ada sediakan rakan bayi,Hospital rakan bayi ini kita boleh belajar cara penyusuan dengan petugas yang telah di sediakan.( boleh lihat senarai Hospital rakan bayi disini) . Erhmm Jadi nampakkan pentingnya teknik yang betul kerana teknik dan kedudukan semasa menyusu amat membantu menjayakan kempen penyusuan untuk anak. 

Kenapa Kita sakit Bila menyusu ( Rasa Pedih / Luka ) 

Tentang sakit / luka puting ketika menyusu ramai yang alami.Adakah hal ini normal atau sebaliknya? mengikut bacaan saya, pada permulaan pertama menyusu akan ada rasa sakit atau pedih tetapi ia tidak berpanjangan cuma sehari atau pun dua hari,jika ia berlarutan ia tidak normal.kita perlu ubah cara penyusuan kita kepada lebih selesa.

Ada beberapa punca kenapa sakit / pedih/luka ketika menyusu ini , punca utama ialah cara bayi menyusu kerana teknik salah dan bayi tidak melekap dengan betul.

4 Teknik Menyusu dengan Betul

1) Posisi Badan :- Posisi badan amat penting juga kerana jika tersalah posisi kita akan rasa sakit-sakit badan. Pastikan ibu berada dalam keadaan selesa dimana ibu boleh bersandar dan kepala bayi di atas lengan ibu.Jangan bersandar jauh dari bayi kerana risau bayi susah untuk mencapai puting dan si ibu pula jangan terlebih bongkok nanti sakit belakang.boleh juga gunakan bantal jika anda selesa untuk melapik atau menyokong ibu dan bayi semasa proses menyusu. 

2) Cara Mendukung atau meriba bayi:- Pastikan bayi badan , kepala bayi dalam keadaan selari,muka bayi mengadap payu dara ibu,manakala hidung bayi bertentangan dengan puting ibu.Ibu pula mengampu kepala,punggung dan bahu bayi.

3) Cara memegang payu dara semasa menyusu :- ini penting tau ibu-ibu , cara yang betul adalah dalam cari seperti bentuk C, dimana Ibu jari di atas dan jari lain di bawah.Awas m cara yang salah seperti cara pegangan seperti bukaan gunting iaitu jari telunjuk di atas dan jari lain dibawah.

4) Cara Penyusuan :- Ibu-ibu perlu sentuh mulut bayi , tunggu mulut bayi terbuka luas,setelah itu gerakan bayi ke arah payu dara, ibu-ibu ini penting ye supaya puting tidak luka,pastikan bayi ambil lebih kawasan hitam payudara (areola),pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu bayi dengan betul.

Posisi Semasa Menyusu :- 

1) Mendakap : GUnakan lengan untuk menyokong badan bayi dan kaki bayi pula dibalut longgar(peluk longgar ) , dalam masa sama memangku kepala bayi.pastikan bayi dan ibu dalam keadaan selesa – ibu jangan terlalu membongkok dan bayi pula tidak terlalu jauh (lihat gambarajah)

2) Football Hold :- Muka dan kepala bayi mengadap ibu dimana ibu memangku bayi, boleh alaskan bantal dibawah bayi.

3) Beralih Payudara :- Bayi dipangku sepanjang lengan sambil ibu kawal kepala bayi.

4) Dalam Keadaan Baring : Bayi baring mengiring mengadap ibu.ibu juga perlu baring mengiring ye . tapi satu perlu alert jangan leka sehingga anda tertidur lena dan lupa bayi sedang menyusu.






Susu Ibu Adalah Yang Terbaik

Susu ibu menyediakan kesemua khasiat, protien,lemak,gula dan vitamin yang diperlukan oleh bayi sebab itu bayi-bayi 100% dapat bekalan susu dari ibu jarang dijangkitan penyakit.Satu kajian menyatakan Bayi yang disusui ibu jarang diserang masalah seperti :-

*Jangkitan Dalam Telinga
*Alahan
*Muntah
*Cirit Birit
*Pneumonia,
*Meningitis

Kajian Juga menunjukkan penyusuan dengan susu ibu dapat melindungi bayi dari serangan sindrom kematian bayi mengejut(SIDS)

Jadi amatlah digalakkan kita memberi susu ibu selama mungkin sehingga umur anak-anak 2 tahun setengah. banyak manfaat untuk ibu dan anak selain itu pahala yang di beri amatlah banyak.. bestkan..Syukur Alhamdulillah. 

Susu kita dah nak kering sebelum sampai 2 tahun setengah ? ini amat merunsingkan kita.runsing anak tidak cukup zat yang bagus.dan terasa rugi pahala yang ditawarkan pada ibu-ibu menyusu. kita perlu bertindak segera . saya Alhamdulillah amalkan SET MENYUSU SHAKLEE . bukan sahaja bantu banyakkan susu tapi pakej untuk lebih sihat , kulit cantik, dan bantu kurangkan berat badan jika ingin turunkan berat badan kita .saya amat berpuas hati dengan set menyusu shaklee. 

saya amat cadangkan set menyusu shaklee pada semua . 
jika berminat boleh join saya dan klik di sini  SET MENYUSU SHAKLEE  

atau boleh terus hubungi aizah di :- 

This image has an empty alt attribute; its file name is whatsap.png

Mungkin Anda juga meminati :- 

5 Makanan Yang Perlu Dielakkan ketika Menyusu
Pentingnya Tahu Jangka Hayat Botol Susu Anak Anda
Cara Penyimpanan dan Pemanasan Susu Ibu
Tips Banyakkan Susu Badan
Tips : AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU 

Anda Boleh : 

1) Klik Share artikel ini 
2) Klik Like Artikel Ini
3) Komen artikel ini

CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
 
Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa
 
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂




Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *