Tips Mengemas Rumah Bagi Wanita Bekerja Supaya Tidak Terlalu Letih.
Assalamualaikum semua .
Entri saya kali ini mengenai mengemas rumah. Macam saya kadang-kadang tidak cukup masa nak mengemas rumah lagi-lagi kalau hari bekerja yelahkan sampai rumah dah jam 8 malam.
Bila rumah kelihatan bersepah dan tidak terurus, kita lebih terasa tertekan/ stress. Kadang-kadang mengemas rumah, kemas 5 minit je.dah bersepah balik dengan barang mainan anak-anak kita. Yelah kan umur anak dalam lingkungan 2 ke atas , dunia mereka semua nak explore.bak kata-kata iklan tu sel-sel otaknya sedang berhubung .
jadi apa kata kita mencuba cara mengemas rumah untuk lebih jimatkan masa kita yang sentiasa rasa tidak cukup masa dan sentiasa rasa penat tapi nak lihat rumah sentiasa cantik.
Diantara yang boleh kita amalkan adalah :-
1- Tetapkan rutin Mengemas rumah mengikut arah jam. ahhh ikut arah jam ? ya . jika kita mahu mengemas rumah, pastikan kita mengemas mengikut arah jam .contohnya, tetapkan titik permulaan ialah dapur dan seterusnya mengikut putaran arah jam kerana mengikut kajian cara ini lebih sistematik . Saya Terpikir, kalau saya balik kerja jam 8 malam.sudah tentu kita terus ke dapur untuk masak makan malamkan sambil memasak kita boleh mengemas dapur. erhmm .. jika ruang membasuh baju berhampiran dapur, sambil2 itu boleh jugak hidupkan mesin membasuh baju, seterusnya selepas masak kita makan dan mengemas meja dan membasuh pinggan n menjemur kain.stop didapur ngemas sikit2 diruang tamu.seterusnya ke bilik dan last ke bilik air sekali dengan mandi (jika belum mandi).- cara ini membuat banyak keje dalam satu masa.
2- Kurangkan pergerakan. kurangkan pergerakan bermaksud . contohnya membasuh pinggan/gelas/mangkuk yang kotor, kumpulkan kesemuanya baru kita basuh.dan rak pula kita setup letak berdekatan dengan sinki.jika ruang dapur anda terhad.cuci-cuci letak dalam bakul contohnya,bila selesai segala baru move ke rak pinggan.begitu juga dengan kain baju, kumpulkan semua masukkan dalam mesin, daripada kutip sehelai masukkn dalam mesin lepas tu cari lagi baju kotor kat mana-mana jika ada tertinggal.
3- Basuh baju setiap hari, jadi kita pun tak gunakan banyak masa untuk menjemur,melipat pakaian.heheh lagi-lagi kalau jenis susah nak lipat baju ni.kata-kata selalu tak cukup masa nak lipat baju. ok kita try cara ini .
4- Gunakan vacum untuk mencuci habuk-habuk dan sampah-sampah kecil malah dekat-dekat dinding pun kita boleh sedut. cara ini lebih jimat masa dari mengunakan penyapu. Jika ada carpet lagilah kan..
5- Mengemas dengan cara dari atas kebawah. sapu dulu habuk-habuk.sawang-sawang dari atas dan lastnya baru kita sapu/vacum. kalau tak nanti kita akan mengemas 2 kali buang masa kan…
Amalkan 5S :-
1- Sisih – Sisihkan atau asingkan barang yang masih boleh digunakan dan sudah tidak digunakan. Ataupun asingkan barang yang kurang digunakan dan sentiasa digunakan.
2- Susun – Untuk rumah kelihatan tersusun,kemas dan selesa, cara susunan perabot dan aksesori rumah amat penting.jadi perhatikan balik susunan perabot kita nanti.
3- Sapu – Sapu sampah amalkan setiap hari,usah tunggu dihujung minggu sahaja.mesti kita terfikir,balik keje dah penat tak sempat nak menyapu.apakata selepas makan malam kita ambil ruang untuk menyapu rumah sekali harung semasa mengemas meja makan.
4- Seragam – Bila mengemas ni, mesti akan bersepah balikkan, lagi-lagi kalau ada anak-anak kecil.jadi kita boleh amalkan sisih,susun dan sapu ini pada keesokan harinya.jadi kalau orang tetiba nak datang rumah takdelah kita mengelabah sebab rumah yang tidak tersusun.
5- Sentiasa Amal – sentiasa amalkan 5s ini sehingga menjadi rutin kita dalam masa yang sama kita turut latih anak-anak kita.
Cara menyimpan Barang mainan anak-anak :-
Sedikit idea untuk kita menyimpan mainan anak-anak supaya tidak kelihatan terlalu bersepah,kalau ada bilik lebih boleh kita convert bilik itu jadikan bilik mainan anak-anak , so senang bersepahnya tidak keseluruh ruang. dan jika tiada bilik lebih, diruang tamu mesti itu port paling best anak-anak kita main-main kan.hehehe.
1 – Kita sediakan satu bakul khas untuk menyimpan mainan anak-anak.kalau nak cantik cari bakul yang cantik-cantik sikit dan cari bakul yang sesuai diletakkan diruang tamu supaya kelihatan kemas. kalau balik keje pun kalau barang anak bersepah kaut je masukkan dalam bakul ni.saya suka cari yang ada penutup untuk lebih nampak kemas.
2- Jika ada ruang khas(bilik), banyakkan bakul/storage untuk asingkan setiap kategori contoh storage untuk buku, mainan kecil,mainan besar,
Memasak ;-
Biasanya dah balik kerja mesti perut pun dah laparkan , asik nak cepat jelah.hehehe
1- Perencah memasak :-
Gunakan perencah masakan, sebab mudah dan memang cepat.tapi saya lebih suka masak sendiri je. i mean tidak gunakan perencah.kadang-kadang je saya gunakan kalau saya memang tidak tahu betul untuk masakan tu.
2- Sediakan bahan lebih awal.
Jika ingin mengunakan ramuan sendiri,sediakan lebih awal.supaya lebih cepat.contohnya bawang, chili blend sudah disediakan pada malam hari, manakala ayam/daging pula turunkan ke 1 step beku(alah yang bawah beku tu, yang ada penutup tu) jangan letak bahagian bawah biasa tu yew.rosak nanti.sayur-sayur juga boleh dipotong pada mlama hari dan simpan dalam peti ais.
In Shaa Allah dengan adanya perancangan yang teratur akan membantu kita sedikit sebanyak. dan titipkan zikir dalam setiap apa kita lakukan ..
Jom Kita tengok Video ni :-
Siapa kata kita wanita bekerja isteri longlai ? sampai nak lipat kain pun sendi berbunyi kriut kriut.nak layan anak-anak dan suami pun tak larat ? . ohhh nooooo !!!
jika kita rasa nak lebih cergas je.saya cadangan kita ambil vitamin-vitamin yang boleh bantu kita ,yelah kan seharian kita bekerja dari office sampailah kerumah.badan pun dah kekurangan nutrisi.kadang-kadang sebab itulah kita rasa teramat letih ,malah kulit kita pun kelihatan lebih tua dari usia sebenar kita. arrr perlu usahakan ni untuk sentiasa cergas dan kulit mulus-mulus gituh … jadi saya gunakan Set Sendi daripada shaklee. anda boleh klik disini untuk ketahui set sendi shaklee yang amat membantu saya DI SINI
minuman ESP pula sebagai minuman harian saya.Alhamdulillah. kulit beransur cantik, badan pun rasa cergas.banyak khasiat esp ni. nak tahu? jom Klik Disini ESP MINUMAN TERBAIK
– See more at: http://butiksihatcomel.blogspot.com/search/label/set%20sendi%20%20shaklee#sthash.z9QrCgbG.dpuf
– See more at: http://butiksihatcomel.blogspot.com/#sthash.GnxL0jnK.dpuf
Unknown
February 17, 2015 at 8:43 pmWahhh…tips yang menarik…mmg klu hujung mggu buat kerja rmh smpi x boleh keluar…thanks, nice sharing…
Noraizah
February 18, 2015 at 12:00 amnanti boleh la kluar maziah .. heheh. .saya dah try..memang sistematik.kira semua ruang kita sempat ngemas..