11 Alahan Ibu Hamil Yang Wajib Suami Tahu

Assalamualaikum semua . topik menarik kita harini ingin membincangkan mengenai Alahan ibu mengandung yang wajib suami tahu.Suami mestilah kena tahu walaupun sedikit agar nanti dia tidak rasa pelik kenapa isteri berubah dan sebagainya. Jadi suami amat penting memahami si isteri ketika ini . Tetapi ada juga kes di mana, suami yang terkena alahan , isteri sihat walafiat . 🙂 haa ini kes-kes special kot ye:). 

Jom kita bincangkan :- 

Kenali dahulu apa itu alahan ketika hamil :- 

Alahan ini sebenarnya perubahan yang akan ibu alami semasa atau ketika mengandung tidak kira untuk yang keberapa kalinya.Mengikut pembacaan saya , alahan ini juga sebenarnya berkait rapat dengan perubahan hormon ibu. Selain itu, alahan ini kaitannya dengan peningkatan sselepas persenyawaan dan ianya penting untuk menampung janin semasa peringkat awal  pertumbuhan mereka.


Bilakah kita akan alami alahan?

Alahan ini sebenarnya berbeza setiap individu tetapi majoritinya alahan akan muncul ketika usia kandungan seawal 6 minggu sehingga 16 minggu. ini majoritinyalah, tetapi ada sesetengah ibu-ibu yang alami alahan sehingga hampir bersalin . Ada juga ibu-ibu yang tiada langsung alahan ini .




Alahan yang mungkin kita alami :- 

  1. Morning Sikness , iaitu alahan di waktu pagi. kadang-kadang kita akan rasa pening dan muntah yang teruk.
  2. Keletihan,kurang bermaya,lesu,tidak bertenaga dan pedih di ulu hati adalah perkara-perkara yang selalu berlaku. Ini semua akan menyebabkan keresahan dan kebimbangan terhadap bayi dan kerja di pejabat mereka.
  3. Alahan yang teruk menyebabkan ibu mengalami dihidrasi,gangguan elektrolit,ketosis dan juga penurunan berat badan.Akibat dari muntah yang tiada penghujungnya dan tidak makan dan minum, menyebabkan badan akan menggunakan sumber-sumber lain seperti glikogen dalam hati,protin dari otot-otot dan lemak dari bawah kulit dan usus sebagai alternatif sumber tenaga. risaukan? Tapi seperti seorang ibu ini, ketika puasa pun dia masih kuat. apa rahsia dia ? jom tonton video ni.. saya pun nak tahu. 

    Puasa Semasa Hamil Tak Semestinya Lembik Lunyai. Tengok Betapa Cergas Makcik ni…


  4. Alahan pada Makanan. Alahan pada makanan ini sering terjadi , contohnya kita tidak boleh makanan nasi.bila makan nasi kita akan bertambah pening dan muntah lagi teruk.selain itu ada juga yang alami alahan pada susu.jadi kita ini tidak boleh sentuh susu langsung.macam saya 🙂
  5. Alahan pada Masakan. Alahan ini , kita tidak boleh bau masakan.saya pernah juga alami, memang bau orang masak memang pening dan tak tahan dah nak keluarkan isi perut.
  6. Alahan Pada bau. Tidak boleh bau pada sesuatu yang menusuk hidung yang rasa pening .ini kita akan rasa mual yang teramat.contoh minyak wangi.
  7. Alahan Pada suami : ini yang merunsingkan kita ni kalau tetiba je datang alahan pada suami, contohnya tidak boleh tengok muka suami kita dah jadi pening , tidak boleh bau suami kita nak muntah.. jadi suami-suami kenalah banyak sabar ye. siapa pernah alami ini ? ini hasil dari pembacaan saya di forum :-
  8.  
  9. Alahan pada Emosi : ahh emosi pun ada alahan kew? gangguan emosi ini, majoriti rasanya, emosi yang terlebih , kejap2 rasa nak marah, kejap rasa sedih yang terlampau, kejap-kejap rasa runsing yang terlampau.suami kene faham ni tau, bukan kehendak kami :).
  10. Alahan pening kepala : pening kepala yang amat. rasa seperti ingin pecah gitu..
  11. Alahan Muntah : Sentiasa muntah apabila memakan sesuatu atau pun minum.sabarlah yew time gini 🙂 biasa paling teruk sampai kandungan 4 bulan.
Mengidam :- 
 
Mengidam ini memang sinonim dengan ibu hamil . Ibu hamil yang teringin tersangat-sangat nak kan sesuatu. contoh seperti makan sesuatu . suami perlu faham, bukan isteri yang ngada-ngada nak tau.Jika suami mampu tunaikannya . sila tunaikan yew. suami kene tahu. bila isteri mengidam ni, rasa dia lain macam sikit. memang nak , nak betol.ada sesetengahnya jika tidak dapat isteri boleh menangis tau. ada yang sampai bergaduh . 
 
Namun ,ada sesetengah keadaan di atas ini di alami pada suami , walhal isteri sentiasa sihat . Alahan itu terjadi pada suami . kalau terjadi pada suami, ok juga kan heheh balance lah. kita bawak perut je 🙂 .Daripada pembacaan saya di forum ,salah 1 contoh suami yang terkena alahan :- 
 
 
Ahhhh ,,, penangan alahan hamil .. biar suami pun rasa ye dok ?
 
Adakah Alahan ini akan menjejaskan Kandungan kita?
 
Daripada pembacaan di babycenter , 
 
Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada makanan yang dimakan, dan minum banyak cecair.
Rasa loya ialah tanda bahawa hormon kehamilan berada pada tahap yang cukup tinggi untuk meneruskan kehamilan. Wanita yang mengalami mabuk hamil didapati kurang berkemungkinan mengalami keguguran berbanding mereka yang tidak mengalaminya. Tetapi ini bukanlah bermaksud bahawa jika anda tidak rasa loya, kehamilan anda tidak sihat.
Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 
Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil
Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:
  • Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
  • Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
  • Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)
  • Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
  • Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
  • Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
  • Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
  • Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.
Bilakah kita perlu berjumpa dengan doktor?
Anda perlu mendapatkan rawatan jika:
Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
Jika gejala-gejala di bawah berlaku bersama muntah-muntah anda
  • Demam
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
(sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan muntah perlu diselidiki)


Ada sesetengah alahan yang teruk sehingga perlu di masukkan ke wad, risau jika akan dihidrasi. 

Apa lagi yang boleh membantu kita yang alahan teruk ni supaya tidak dihidrasi ? boleh baca di sini , KLIK DISINI 

Dan SET HAMIL SHAKLEE JUGA BOLEH MEMBANTU  kita yang sedang alahan  :-


Nota kaki : Jom Share-share pengalaman alahan dengan komen di bawah 🙂 

Jika Anda meminati : 
SET HAMIL SHAKLEE 
Set Berpantang Shaklee

 
CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FACEBOOK : Aizah Azlem
Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  
Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang ,

3 comments
  • Farah
    April 5, 2016 at 11:57 am

    Alahan ini adalah untuk mendapatkan keserasian antara hormon ibu dan anak dalam kandungan.

    Moga ibu yang mengalami alahan ketika mengandung sentiasa bertabah hati.

    Reply
  • Shikin Azly
    February 26, 2017 at 5:18 am

    Alhamdulillah, masa mengandung kedua-dua anak tidak alami alahan yg teruk..boleh jadi panduan untuk next pregnancy nti kalau ada rezeki..tq untuk info dan tipsnya..

    Reply
  • Shikin Azly
    February 26, 2017 at 5:19 am

    Alhamdulillah, masa mengandung kedua-dua anak tidak alami alahan yg teruk..boleh jadi panduan untuk next pregnancy nti kalau ada rezeki..tq untuk info dan tipsnya..

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *