Cara Penggunaan Tuala Wanita Yang Salah Boleh Akibat Kanser Rahim

Assalamualaikum semua wanita , Semoga kita sihat sentiasa. 

Mengenai Tuala Wanita , Saya rasa di zaman moden ni majoriti kita gunakan tuala wanita berbanding di zaman dahulu hanya mengunakan kain sebagai menampung darah haid kita .

Tujuan artikel ini bukan untuk menjatuhkan sesiapa yang berbisnes Tuala wanita ya , Artikel ini adalah sekadar maklumat untuk kita lebih berhati-hati dengan cara pengunaan Tuala Wanita, Saya Juga Bukan penjual tuala-tuala wanita yang pelbagai Jenis di zaman ini. Artikel ini hanyalah untuk membantu kita supaya di jauhi daripada penyakit-penyakit yang merbahaya . In Shaa Allah 



Kenali sedikit sebanyak mengenai Tuala Wanita : 

Tuala wanita ini bersifat menyerap atau serapan.Penggunaan tuala wanita adalah lebih senang, cepat dan ringkas selain itu tidak mudah bocor. Ini sesuai dengan peredaran masa di mana wanita-wanita yang lebih ramai bekerja berbanding Pengunaan Kain seperti zaman dahulu yang memerlukan penjagaan yang rapi kerana dikhuatiri akan bocor dan sedikit berbau. 

Pemakaian Tuala Wanita ini memang untuk keselesaan kita , tetapi sedarkah bahawa tuala wanita ini mengandungi bahan-bahan yang boleh menyebabkan penyakit yang boleh menyerang dalam diam?. 


Tips Penggunaan Tuala Wanita yang betul supaya tidak di jangkiti kuman seterusnya kanser :- 

  1. Cuci tangan terlebih dahulu sebelum memakai / menukar tuala wanita.Ramai wanita yang tidak menitik beratkan hal ini. Semasa kita membuka tuala wanita ke seluar kita , boleh memindahkan kuman pada seluar.
  2. Perhatikan tarikh luput tuala wanita , ini kerana jika tarikh luput makin / sudah habis, kualiti tuala wanita akan menurun.
  3. Jika Boleh , elakkan memakain tuala wanita yang ada wangi-wangian, ini kerana khuatiri akan memberi alahan pada kulit alat sulit kita.
  4. Jangka masa penggunaan yang lama , contoh 1 tuala wanita penggunaan sehingga 8 jam.Ada setenggahnya kerana ingin menjimatkan kos dan setengahnya kerana rasakan tiada masa untuk menukarkannya.Apa yang kita perlu lakukan ? ubah cara penggunaan ini !! kerapkan Tukar tuala wanita, paling bagus jika kita boleh tukar dalam setiap 2 jam. Kenapa? Kerana Pembiakan kuman akan berlaku dan seterusnya kita boleh di jangkiti kuman di tempat sulit kita.
  5. Jika kita selalu pilih tuala wanita yang terlalu tebal (macam saya selalu buat), tujuannya supaya lendiran dan darah dapat di serap dengan baik.mengikut pembacaan saya. cara ini akan melambatkan kita menukar tuala wanita kerana masih belum penuh atau bocor. ini akan merangsang pembiakan kuman. aduh kene ubah ni !
  6. Pakai seluar yang longgar , jangna terlampau ketat untuk peredaran udara yang baik.

Ketahui Kesan sampingan tuala wanita :-
  1. Kegatalan atau alahan pada kulit,kesan memakai tuala wanita terlalu atau memakai dalam tempoh masa yang panjang akan menyebabkan keradangan kulit yang digelar ‘irritant contact dermatitis’.Ciri -ciri yang akan dirasai oleh wanita apabila menghadapinya adalah gatal,panas seperti terbakar dan bengkak pada alat kelamin.
  2. Jangkitan Kuman pada bahagian vulva dan vagina yang serius.ini adalah bahaya pakai tuala wanita kerana boleh menyebabkan kanser rahim.kesan pakai pad terlalu lama menyebabkan bakteria membiak dengan cepat.Untuk mengelakkan proses ini Pad wanita perlu ditukar dengan kerap sekurang-kurangnya 2 jam sekali sekiranya dipenuhi dengan darah yang kotor atau gunakan tuala wanita yang diperbuat daripada kain atau kapas.

  3. Jika kita tersalah pilih tuala wanita, kita mungkin akan alami masalah seperti Keputihan melampau, radang rahim, jangkitan seperti endometritis, bau busuk, jangkitan saluran kencing, kerap kencing, otot rahim longgar dan kawasan intim tidak produktif.
  4. Sebanyak 75 peratus daripada penyakit ginekologi adalah disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul semasa haid dan penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti.

Tuala Wanita untuk alami sengugut :

Majoriti wanita mengalami masalah sengugut, saya pernah terbaca ketika dulu, ada sejenis tuala wanita yang boleh membantu masalah sengugut.Saya tidak pasti setakat mana keberkesanannya kerana belum pernah mencuba. sahabat boleh cari dilaman google saya kira.


sesetengah kita sengugut teramat sakit sampai ada yang pitam dan seperti inginberanak pun ada. terpulang pada individu. Di sini saya sertakan video tips atasi sengugut teruk tanpa pain killer .semoga membantu 🙂
Masalah Senggugut Teruk Nak Patah Pinggang! Mak Aih, Nasib Dah OK

Tips Pembelian tuala wanita :-

Terdapat pelbagai jenis tuala wanita yang ada di pasaran malaysia,setiap jenis mempunyai kualiti dan harga yang berbeza.kesesuaian  juga bergantung pada pengguna untuk membuat pemilihan.

Elakkan dari membeli pad yang dibuat dari kertas kitar semula. Bagaimana mengenal pasti sama ada pad anda dari bahan kitar semula adalah dengan cara membuat uji kaji sendiri. Buka pad anda dan rendamkan di dalam semangkuk air.
Jika anda mendapati pad tersebut berkepul-kepul seperti kertas, ia adalah dari bahan kitar semula. Pad jenis ini juga menimbulkan bau yang amat busuk.
Tips ketika membeli pad ialah, jangan sesekali membeli pad pada harga murah dan tawaran istimewa dua atau tiga pek dalma sati harga kerana dikhuatiri pad tersebut telah tamat tempoh.

Kebanyakan pad yang ditawarkan pada harga sebegini tidak mempamerkan tarikh luput. Sila semak untuk keselamatan anda.

Semoga membantu demi kesihatan semua wanita, di sarankan share artikel ini supaya kita semua sedar perlu guna tuala wanita yang betul dan cara penggunaan yang betul.


CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  
Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang ,


2 comments
  • Unknown
    March 17, 2015 at 9:01 am

    Perkongsian yang menarik Puan Aizah. Zaman mak kita dulu-dulu payah nak kene penyakit, sekarang ni macam2..Mungkin kerana zaman tu mak kita guna pad buat sendiri dari kain..sekarang pun dah ramai yang bertukar kepada cloth diaper..

    Selangor Mencatatkan Kes Tertinggi Demam Denggi?

    Reply
  • Noraizah
    March 17, 2015 at 9:15 am

    Betul tu zara .. saya ingat pun nak cuba cloth diaper … terima kasih sudi komen 🙂

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *