Panduan Penyediaan Dan Resepi Puri Yang Mudah,Cepat Dan Berkhasiat Bagi Ibu Bekerja 

Assalamualaikum semua , sempena anak kedua saya dah nak mula makan pada 2 April 2015 ini , Jadinya cari-carilah resepi dan panduan membuat puree yang mudah , cepat dan berkhasiat ini .:) 
Sama-sama kita cuba jom. 

Mengikut maklumat daripada group ibu-ibu tempoh hari , Makanan pertama yang terbaik bagi bayi sebenarnya bukanlah cerelac tetapi makanan yang sesuai ialah puri sayuran dan buah-buahan.Membuat puri Sebenarnya tidaklah begitu sukar dan remeh pun, dan paling penting anak-anak kita mendapat khasiat untuk tumbesaran yang baik, selain itu anak-anak juga dapatlah merasa air tangan kita(ibu). 


                              


Tips Penyediaan Puri Berkhasiat :- 
  • Bagi untuk mudah ,cepat ,ibu-ibu boleh membuat persediaan puri pada hari minggu , sekali buat tu kita boleh sediakan untuk seminggu terus.Dalam masa yang sama, kita boleh sediakan juga puri yang berbeza-beza supaya anak kita tidak jemu pada setiap hidangan.dan seterusnya simpan ke dalam peti ais tempat beku.Perlu di ingatkan , puri paling lama dan paling bagus boleh di simpan selama 2 minggu supaya terjaga kesegarannya dan paling lama adalah selama 3 bulan.
  • Kebiasaanya saya menggunakan Periuk nasi yang boleh kukus tu, saya lebih suka bahan-bahan di kukus daripada rebus kerana mengikut pembacaan saya ,kukus lebih bagus kerana khasiat-khasiat bahan kita tidak berkurang berbanding dengan rebusan. kita juga boleh sekalikan kukus bahan-bahan kita . Tetapi jika ibu-ibu menggunakan kaedah rebusan, jangan rebus terlalu lama supaya zat-zat tidak terbuang banyak.
  • Pada Awal memperkenalkan puri pada anak , boleh cuba dengan 1 puri sahaja pada setiap hidangan seperti puri kurma.Setiap pemberian tu , kita boleh lihat dan pantau , makanan ini sesuai atau tidak dan adakah ia alah pada anak-anak kita.Bila anak sudah biasa dengan 1 puri boleh lah kita cuba gabungankan dengan 2 puri.
  • Amalkan dengan 4 day rule, 4 day rule ini ialah memberi puri yang sama selama 4 hari berturut-turut untuk melihat adakah anak kita melihat/spot jika allergi atau masalah penghadaman.
  • Hentikan pemberian puri jika kita mengesan sebarang allergi pada anak .
  • Untuk mengelakkan anak-anak rasa jemu dengan 1 puri sahaja , kita bolehlah menukar jenis-jenis puri setiap hari.
  • Take note kat sini : jagan tambah apa2 perasa luaran ye.seperti gula , garam ataupun serbuk perasa yang lain.
  • Bila kita sudah perkenalkan puri pada anak, jangan lupa bagi air kosong ye.

Contohnya kita boleh lakukan jadual untuk sebulan penyediaan puri :- 



Pemilihan Bahan Puri :- 

Untuk makanan permulaan bayi, kita perlu tahu, tidak semua sayuran dan buahan boleh diberi dalam sesuatu tahap. Pemilihan bahan-bahan ini perlu mengikut peringkat umur anak kita. boleh rujuk di bawah.







Cara Penyediaan :-

Ok, setelah kita memilih bahan-bahan , sekarang dah boleh proses puree anak-anak kita 🙂
Kebiasaannya , kaedah membuat puri adalah sama, cuma bezanya mengikut resepi menggunakan bahan-bahan berbeza.

langkah-langkah membuat puri :- 

  1. Bersihkan bahan yang mahu digunakan contohnya kurma,Carrot,Ubi Kentang.
  2. buang kulit carrot dan ubi kentang, untuk kurma juga kita perlu buang kulitnya,
  3. Kukus/ Rebus , perlu di ingatkan jangan kukus atau rebus dalam masa yang lama untuk kekalkan khasiat bahan-bahan.
  4. Setelah angkat dari kukus /Rebus,Asingkan setiap bahan-bahan
  5. Tuangkan air secukupnya, boleh juga kita campur dengan susu ibu di dalam blender: noted : jangan terlalu pekat, biarkan cair sedikit.
  6. kisarkan sehingga halus setiap bahan-bahan mengikut jenis(jangan campur).
  7. Jika rasa bahan-bahan kisar tadi kurang halus, kita boleh tapis sebelum memasukkan kedalam bekas.perlu pastikan ye, bahan-bahan tadi halus supaya anak tidak lekat

                                                           contoh Steamkan seperti ini :-


Contoh Kisar Halus seperti ini :-


                   Contoh Tuang ke Dalam Bekas macamni. cari bekas yang ada                                               penutup tau. saya cari di Daiso je yang bekas macam ni:-


Lepas Simpan dalam bekas ni , esoknya boleh juga kita pindahkan bekas seperti ke dalam palstik zigzag tu dan di labelkan mengikut jenis puri seperti gambar di bawah ini:-




Bagaimana ingin membuat bubur nasi kisar?

Setelah anak kita telah berusia 7-8 bulan bolehlah perkenalkan pula bubur nasi + sayur+ ayam (contohnya) tetapi perlu di ingatkan tanpa perasa tau. tapi pastikan ia sedikit cair.

Ok Nak sedang , Beras digoreng terlebih dahulu dan selepas itu dikisar halus .bila kita nak membuat bubur terus sahaj boleh ambil yang kita simpan tadi.ini bukan sahaja senang malah menjimatkan masa.



Cara mahu gunakan puri yang di simpan:-
  1. Ambil puri beku yang kita mahu , contoh puri kurma, letak di dalam peti ais yang bahagian bawah.
  2.  Esok pagi, boleh panaskan dah guna warmer atau boleh juga di panaskan dalam periuk.
  3. ataupun pada esok paginya kita boleh bawa ke rumah pengasuh / taska yang sudah di cairkan itu.jadi senanglah sikit untuk pengasuh panaskan nanti.
  4. Jika Pengasuh tiada pengalaman untuk mengendalikan puri ini, lebih elok kita bagi sedikit penerangan untuk pastikan penyediaan yang betul.
                                      
Semasa anak pertama saya Nuha Amanda, saya suka membuat puri kurma,selain sedap dia juga amat berkhasiat.Memang menarik sangat semasa membuat puri ni sebab suka sangat lihat anak suka makan dan selain itu saya suka sangat tengok color full dari puri.:)

Sekarang Nuha dah pun 2 tahun 3 bulan, Nuha dah kurang makan makanan yang berat seperti nasi,yang lagi merisau berat badan nuha makin menurun, sedihnya tak montok macam dulu.Tapi sekarang saya dah kurang risau selepas saya perkenalkan meal shakes pada nuha.Nuha dah gemar makan dan berat nuha semakin ok.Alhamdulillah.
 Jom saksikan apa ibu-ibu ini lakukan untuk kembalikan selera anak-anak:- 

Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?


Berapa kali kita boleh beri makan pada permulaan?:-
Sehari Berapa kali kita boleh berikan makan puri pada permulaannya ? 
pada permulaan boleh bagi sekali sehari dahulu , sama ada waktu pagi atau petang.ini untuk biasakan anak menerima solid food. sebabkan sebelum ini kita hanya bagi susu.
Berapa banyak Boleh di Beri ? 
2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.


Resepi penyediaan puri:-



Selamat Mencuba ibu-ibu 




CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem
Pakej : 
Tips-tips menarik 
konsuktasi sepanjang masa
hubungi saya dapatkan yang terbaik 🙂  
Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang ,

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *