9 Tips Legakan Sakit Belakang Ketika Hamil .

Assalamualaikum semua , 

Pertama kali tahniah kerana anda hamil 🙂 . ketika ini semestinya pelbagai perasaan yang muncal kan ? ada yang rasa tidak sabar untuk menatap wajah permata hati , ada juga rasa takut untuk hadapi proses kelahiran nanti 🙂 . apa pun saya doakan segalanya selamat dan dipermudahkan . 

Berbalik pada perbincangan kita hari ini , Mengenai sakit belakang ketika hamil. Semakin besar kandungan kita ,semakin rasa kesakitan itu, kadang-kadang duduk lama pun dah rasa tidak selesa, inikan pula berdiri agak lama.

Sebelum kita pergi lebih jauh mengupas topik ini, saya sarankan semua saksikan video dibawah, di mana seorang ibu hamil amat kuat sehingga mampu mendaki tangga . memang tabik lah :-
 

Apakah Punca sakit belakang ketika hamil ?
** from Babycenter.com.my

Sakit belakang dalam kehamilan boleh dibahagikan kepada dua kategori:
 
  • Sakit belakang sebenar, yang disebabkan oleh faktor yang sama dengan sakit belakang yang dialami wanita yang tidak hamil.
  • Sakit girdel pelvis (PGP), yang berlaku akibat kehamilan dan perlu diuruskan secara berbeza daripada sakit belakang.
Sakit belakang sebenar berlaku apabila ligamen (tisu-tisu kuat dan fleksibel yang menyambungkan tulang-tulang anda), otot-otot, cakera dan sendi-sendi anda tertekan akibat postur yang tidak elok, teknik mengangkat yang salah, otot-otot yang lemah atau ketat, ataupun kecederaan. Jika anda mengalami masalah ini semasa hamil, kemungkinan besar anda sudahpun mengalaminya sebelum hamil lagi.
 
Masalah ini biasanya menjadi lebih teruk pada penghujung hari atau sekiranya anda telah berdiri untuk jangka masa yang lama. Ini kerana, otot-otot anda menjadi letih dan ligamen anda tertarik sedikit akibat berat badan dan bayi anda.
Sesetengah wanita, iaitu kurang daripada satu peratus, akan mengalami skiatika semasa hamil. Keradangan atau tekanan daripada belakang menyebabkan saraf skiatik (yang mengunjur daripada bahagian bawah belakang hingga ke tapak kaki) menjadi sakit. Ini menyebabkan rasa ngilu sepanjang kaki anda, atau rasa mencucuk-cucuk.
 
Sakit girdel pelvis berlaku akibat kehamilan, dan ia perlu diuruskan secara berlainan daripada sakit belakang. Rawatan biasa bagi sakit belakang biasanya tidak berkesan untuk PGP, malah boleh membuatkan kesakitan itu bertambah teruk.
Jika anda rasa sakit pada atau di sekitar tulang pubis pada bahagian hadapan, anda mungkin mengalami disfungsi pubis simfisis (SPD), iaitu satu penyakit yang dikaitkan dengan ligamen tertentu pada pelvis anda.
 
 
 
9 Tips Legakan Sakit Belakang Ketika Hamil
 
  1. lakukan Senaman :: Senaman lantai pelvis dan senaman perut dapat mengurangkan tekanan. Turun ke posisi merangkak dan tegakkan belakang kita. Tarik nafas dan kemudian, apabila menghembus nafas, kemutkan otot lantai pelvis dan tarik pusat ke dalam dan ke atas. Teruskan mengemut untuk selama kira-kira lima hingga 10 saat tanpa menahan nafas dan tanpa menggerakkan belakang kita. Relakskan otot-otot perlahan-lahan pada akhir senaman.
  2. Postur duduk :: Pastikan kita duduk dengan poster yang betul .cuba elakkan kita duduk secara membongkok ,Lihat gambarajah di bawah.
  3. Boleh lakukan sedikit urutan :: Urutan ni boleh minta tolong dengan suami tau.Bongkokkan badan ke hadapan menghadap belakang kerusi atau baring mengiring. Minta suami anda mengurut bahagian bawah belakang dan otot-otot yang mengunjur sepanjang kedua-dua sisi tulang belakang anda perlahan-lahan
  4. Akupuntur :: Ada yang kata boleh buat akupuntur tapi perlu cari pengamal yang tahu teknik-teknik khas untuk wanita hamil. tapi kalau saya tak berani rasanya dan cari jalan lain dulu.. heheheh… 
  5. Berenang :: Ada teknik berenang untuk ibu hamil yang boleh legakan sakit belakang, saya tidak lakukan ini 🙂
  6. Boleh gunakan bantal materniti : akan rasa lebih selesa 🙂    
  7. Mandian hangat : Boleh amalkan mandi air suam 🙂 
  8. Pakai sokongan : kita boleh pakai tali pinggang sokongan masa hamil tu. kadang-kadang kalau pinggang kita tidak boleh menampung dan sakit belakang terlampauserius , kita di sarankan pakai ini 🙂 
  9. Dengan pengambilan vitamin :: Kadang-kadang apabila kita rasa kesakitan pada tulang, kemungkinan kita kekurangan nutrisi yang diperlukan semasa hamil. lagi-lagi jika kekurangan kalsium.Jadi amalkanlah pemakanan yang sihat ketika ini, demi diri sendiri dan bayi dalam kandungan kita. 
Semoga membantu
Akhirkata, jagalah kesihatan kita dan bayi di dalam kandungan kita , kerana ia amat berharga.
dapatkan set kehamilan hari ini untuk sihat dan cergas sentiasa.

 
1 comment
  • irni suhana
    July 23, 2017 at 12:27 pm

    betul tu, bila mengandung ni, memang mudah sakit belakang 🙁

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *