Doktor lelaki Vs Doktor wanita Menyambut Kelahiran Anak Semasa Bersalin

Assalamualaikum semua , 

Isu kita bersalin dan anak di sambut oleh doktor lelaki atau doktor wanita ? dah lama menjadi isu.

Saya kira ramai yang amat titik beratkan isu ini, lagi-lagi kita sebagai orang islam. Tetapi ada juga yang tidak kisah walaupun bersalin dan di sambut oleh doktor lelaki atau doktor wanita.

Sedikit pengalaman saya sendiri , Anak pertama saya bersalin di hospital serdang. Alhamdulillah daripada cek jalan sehingga bersalin saya diberikan doktor wanita.Rasa lega, selesa dan yakin. Tetapi bila kelahiran anak saya yang ke 2 saya bersalin di hospital Kuala Terengganu , semasa cek jalan doktor wanita masa tu saya dah lega dah tapi kan rupaya semasa proses kelahiran dan sambut anak adalah doktor lelaki, saya tidak tahu kenapa masa tu ramai doktor lelaki di dewan bersalin dan doktor wanita ketika itu adalah doktor pelatih mungkin sebab doktor lelaki itu memberi arahan itu dan ini , seterusnya setiap apa yang dia lakukan akan di ajar pada doktor wanita itu.memang saya rasa tidak selesa dan tidak yakin.tetapi apa yang boleh saya lakukan sebab masa itu hanya doktor lelaki itu sahaja yang senior, masa itu CTG anak saya sudah lemah. jadi perlukan perhatian yang lebih dan perlukan doktor yang berpengalaman. Dari sudut hati saya dan suami amat tidak selesa, bukan tidak selesa sahaja malah perasaan malu yang amat menebal.Saya dan suami pujuk hati , terpaksa terima kerana ketika itu doktor itu sahaja yang senior ada ketika itu.

Anda bagaimana ? 

Ada sesetengah orang kata kalau nak pilih pilih doktor baik awak pergi hospital swasta, boleh pilih doktor lelaki atau doktor wanita.Daripada survey saya, kadang-kadang di hospital swasta juga bila dalam keadaan terdesak tiada doktor wanita, doktor lelaki juga datang menyambut kelahiran anak kita.Tapi percentnya sedikit jika kita tidak dapat doktor yang telah di booking tu.

Dan 1 lagi isu mengenai hospital swasta adalah kewangan.

Satu kes saya survey , pada permulaannya kawan saya memang setiap checkup dengan doktor wanita itu dan semasa kelahiran juga kawan saya sudah booking doktor tersebut,tetapi malangnya doktor lelaki juga yang menyambut kelahiran anaknya kerana doktor wanita ada emergency dan bercuti. Kes satu lagi, kerana ingin dengan doktor yang telah di booking, nak bersalin pun terpaksa tahan sebab doktor tersebut belum sampai. 
Apakah hukum doktor lelaki yang layan kita bersalin dan apakah hukumnya? 
nak tahu jawapannya ? perlu saksikan video ustaz azhar ini, jawapannya jelas dan buatkan kita faham, 
Ini pula jawapan daripada Dr Asri :-

Pendapat saya sendiri , saya rasa perlu amat perlu dalam dewan bersalin dan menyambut kelahiran adalah doktor wanita di setiap negeri demi menjaga aurat kami , demi menjaga aib kami. 

akhir kata , semoga selamat bersalin semua ibu-ibu . 

Ingin set bersalin yang terbaik? saksikan video ini :-

Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow!
 

 CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem


Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang 






Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *