Assalamualaikum semua , 

Rokok Dunhill/marlboro/seangkatan dengannya VS Rokok Daun
Mana Satu pilihan anda?

Sebelum meneruskan pembacaan jom saksikan video si perokok tegar ini :- 




Rokok Moden :- 

Semua orang sudah ketahui , betapa teruknya kesan Rokok Moden ini pada kesihatan perokok itu sendiri dan juga orang-orang sekeliling.
Kesan Rokok Moden Pada diri sendiri :- 
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. 


Kesan ini dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, imigrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim dalam hati dan adakalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. 



Kesan Rokok Moden Pada Isteri Dan Anak :-

Asap rokok juga boleh memberi kesan kepada isteri mengandung dan anak yang berada dalam kandungan. Kesannya antaranya adalah seperti melahirkan bayi yang kurang berat badan,

melahirkan bayi yang tidak cukup bulan, lebih terdedah kepada kanser dan mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Anak kepada perokok terkena kesan sampingan daripada tabiat merokok bapa atau ibu seperti anak mendapat penyakit lelah, jangkitan paru-paru, pertumbuhan paru-paru anak terganggu dan anak mudah menjadi perokok apabila dewasa.

Rokok Daun :- 

Rokok daun banyak di jumpai dan masih di gunakan di kampung-kampung. Mengikut pembacaan saya di kosmo :-

“Sama ada rokok gulung mahupun rokok keretek, kedua-duanya tetap meningkatkan risiko penyakit kanser paru-paru. Dua jenis kimia penyebab kanser iaitu polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH) dan tobacco-specific N-nitrosamines (TSNA) terkandung dalam tembakau dengan kesan yang hampir sama bagi kedua-dua jenis rokok.
“Walaupun lebih murah dan semula jadi, pengguna rokok gulung tetap tidak boleh menganggap bahawa kerana ia semula jadi dan kurang toksik kerana kedua-duanya mempunyai kesan yang sama,” jelas profesor psikologi kesihatan di Jabatan Epidemiologi dan kesihatan Awam itu.”
Jadi jelas disini , kedua-dua jenis rokok ini juga merbahaya kerana penggunaan tembakau. 
Sayangilah diri anda dan keluarga anda.ambillah langkah berhenti walaupun tidak berhenti mendadak.

Akhirkata, jagalah kesihatan kita , kerana diri kita amat berharga.

jom order vivix sekarang demi kesihatan jangka masa panjang . 

Atau boleh hubungi direct :-


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *