Assalamualaikum semua ,

Topik kita hari ini mengenai pengasuh atau taska. Macam saya dulu pun pening juga fikir, ingin hantar anak ke taska atau ke rumah pengasuh ? yang mana lagi ok dan baik. Sebenarnya terpulanglah kan pada ibu bapa rasa gerak hati yang mana yang lebih elok untuk anak-anak kita. Dalam masa yang sama, kita perlu juga membuat research dengan kawan-kawan atau di internet mengenai testimoni-testimoni mereka. 

Saya lebih memilih kepada hantar ke rumah pengasuh daripada taska. Kenapa? di rumah pengasuh tidak ramai yang di asuh dan dengan harapan tumpuan untuk menjaga anak-anak kecil lebih baik. Bila anak menjangkau umur 4 tahun, In Shaa Allah akan di hantar pula ke Sekolah / Tadika. Ada sesetengah ibubapa pula lebih rasa selamat hantar ke taska kerana ia berdaftar. 
 
Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT?

Bagi saya pemilihan ini amat penting untuk pastikan anak-anak kita dalam keadaan baik.lagi-lagi sekarang ni banyak sangat berita-berita yang boleh buatkan kita tidak lena tidur fikirkan anak kan.Seterusnya lagi buatkan kita jadi cerewet tentang pemilihan ini kan. tetapi perlu beringat juga , jika anak-anak tidak sihat, dengan kita pon boleh tak sihatkan. Pengasuh pun manusia kadang-kadang ada kelemahan sendiri, begitu juga dengan kita. tapi jangan berlaku menda-menda yang pelik sudah la ye dan jangan abaikan ” hati-hati”. Ada sesetengah pengasuh amat menyayangi anak-anak asuhan seperti anak-anak sendiri, baguskan, yang nila yang kita cari.
Jadi sebelum kita menghantar anak-anak kita itu kita perlu :-


Tips Pilih Taska & Pengasuh 1 :: 
Selidik Latar Belakang :: Sebelum kita hantar anak-anak kita , saya rasa amat penting kita siasat dahulu latar belakang taska ataupun pengasuh. Kita boleh risik-risik dengan jiran tetangga, selain itu boleh juga kita membuat research di internet, ini jika taska tersebut berdaftar , mengpostkan aktiviti atau ibubapa yang membuat testimoni. kita perlu fikir anak kita seharian akan bersama mereka. Boleh juga kita perhatikan cara dia bercakap dengan kita atau orang-orang sekeliling bagaimana.

Tips Pilih Taska & Pengasuh 2 :: 
Saranan dari orang yang kita kenal dan dipercayai :: Disarankan juga kita pilih pengasuh yang mereka hantar anak-anak atau mereka ada pengalaman yang positif dengan pengasuh atau taska tersebut.

Tips Pilih Taska & Pengasuh 3 :: 
Kebersihan :: Kebersihan amat penting untuk tumbesaran anak-anak kita. Boleh juga kita selalu meninjau keadaan ke taska atau rumah pengasuh anak-anak kita.

Tips Pilih Taska & Pengasuh 4 :: 
Kualiti Vs Harga :: Tidak salah jika memilih taska atau pengasuh anak yang mahal tetapi kualitinya amat memuaskan.Paling penting, anda boleh percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaan mereka.

Tips Pilih Taska & Pengasuh 5 :: 
Berapa orang Jagaan :: ini pun perlu di titik beratkan ini , tanya taska atau pengasuh, berapa orang jumlah yang akan diasuh, jangan hantar ke tempat yang terlampau ramai asuhan tetapi pengasuhnya tidak mencukupi.Ini mengelakan daripada isu tidak terjaga kerana terlalu ramai dan anak-anak kita dah terabai padahal kita bayar setiap bulan kan.

Tips Pilih Taska & Pengasuh 6 :: 
Berdaftar :: Jika mahu hantar ke taska , pastikan taska itu berdaftar, semasa memilih taska tersebut , kita boleh meminta details daripada pengasas taska tersebut. 

Tips Pilih Taska & Pengasuh 7 :: 
Tindak balas anak :: Jika kita sudah mula hantar anak-anak ke taska atau rumah pengasuh, normal lah kan permulaanya anak-anak kita tak mahu ke sana. bagi masa untuk anak-anak kita sesuaikan diri di sana. Jika sudah 1 atau 2 bulan anak kita masih mengamuk sakan dan tidak mahu langsung ke sana. kita perlu siasat kenapa anak kita berkelakuan seperti itu. 
  • Adakah anak kita memang sukar menyesuaikan diri?
  • Adakah anak kita tidak suka ke sana? tapi kenapa? 
  • Tanya pada cikgu / pengasuh dia macam mana di sana
  • Tanya juga jiran-jiran tetangga taska / pengasuh, semasa peninggalan kita, adakah ada terdengar apa-apa yang pelik ? 
  • Jika anak sudah boleh bercakap,bercerita. selalulah bercerita dan bertanya anak-anak bagaimana di taska / pengasuh . best tak ? 
Jangan kata perkara biasa jika hati naluri ibu rasa getaran tidak sedap hati. ingat ibu-ibu naluri kita ada link tau dengan anak-anak . 

Tips Pilih Taska & Pengasuh 8 ::
Perhatikan badan anak-anak , elok atau ada lebam-lebam? pastikan anak-anak kita normal ye ibu-ibu. bukan kita mahu menuduh tapi berhati-hati.

Tips Pilih Taska & Pengasuh 9 :: 
Buat Spot check :: kadang-kadang perlu juga lakukan ini 🙂 untuk kita rasa senang hati 🙂 dan pastikan anak-anak kita bebetul dalam keadaan selesa dan selamat 🙂 .
Alhamdulillah setakat ini pengasuh saya jumpa baik-baik. Syukur pada Allah.

Semoga anak-anak kita dalam lindungan In Shaa Allah . 
Impian saya seorang ibu, ingin sekali berhenti kerja office ini dan mahu menjadi surirumah menjaga anak-anak sendiri tetapi ber”income” sendiri . In Shaa Allah. impian ku akan tercapai demimu anak-anak syurga ibu . 


 CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem


Kawasan COD 

Bandar Seri Putra – Bangi , Putra Makhota , KLCC , KTM Mid Velly , KTM Seputeh , KTM Salak Selatan , KTM Bandar Tasik Selatan , KTM Serdang, KTM Kajang , KTM UKM , KTM Kajang 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *