Assalamualaikum semua, Baru-baru ni kita di beritakan terdapat ayam ternakan yang sudah tidak elok dan terkena virus. Tidak kurang ada yang postkan gambar-gambar yang membuatkan kita rasa sudah tidak mahu makan ayam lagi.
Jadi bagaimana dengan pengemar-pengemar ayam yang tegar? (macam saya). Rasa terkilan juga dengan khabar ini. Terus cari panduan membeli supaya kita dijauhi daripada segala virus dan penyakit.
Apa yang perlu kita titik beratkan semasa memilih dan ingin membeli ayam ?
ada 4 yang perlu kita perhatikan dan perlu membuat tilikan yang baik .
1) Perhati dan teliti warna ayam
Kebiasaanya ayam yang masih segar memiliki warna yang merah muda dan cerah, dan bukan warna lain seperti merah dan kehitaman. Teliti pada setiap bahagian dari kulit, mata hingga ke sayap ayam.
2)Bungkusan
Kebanyakan Ayam-ayam di pasaraya sudah di bungkus dengan rapi. jadi kita tak dapat la kan nak tilik dengan teliti. apa yang boleh kita lakukan ialah Lihat warna ayam , keadaan ayam ( tekstur) , pilih bungkusan yang masih elok bukan yang sudah terbuka dan rosak.
3) Bau Ayam
Selain Perhatikan keadaan luaran , kita pun boleh bau ayam tersebut.Jika ayam yang masih segar , tiada bau yang menyengat hidung , bau busuk, hamis dan sebgainya. Jadi bila ayam tersebut bau busuk jangan lah beli ye.
4) Tesktur Ayam Segar
Ayam yang segar , biasanya bila ditekan kulit, kita akan rasa kenyal . kalau ayam yang tidak segar pula bila ditekan lembik dan tenggelam . Selain itu , cuba elakkan beli ayam yang kulit bengkak, ini menunjukkan ayam tersebut sudah disuntik oleh pembekal untuk kelihatan lebih besar.
Akhir Kata, Semoga kita dihindari daripada segala penyakit-penyakit yang sedang menular.
JOM SHARE , DENGAN 1 SHARE MAMPU MEMBANTU ORANG SEKELILING KITA.