Assalamualaikum semua, saya kira masih ramai yang keliru dan mungkin tidak tahu ada beberapa makanan yang tidak boleh di simpan dalam peti ais. Mungkin selama ini kita sering lakukan. apa sahaja makanan kita simpan je dalam peti ais tanpa ketahui kesan dan mengurangkan khasiat makanan tersebut.

7 Jenis Makanan Ini Ialah :-

1) Bawang 
Simpan bawang di dalam peti sejuk , akan buatkan bawang cepat rosak dan busuk. Jika kita terpaksa juga simpan di dalam peti sejuk, kita boleh simpan didalam bekas yang tertutup. seeloknya bawang di simpan tempat yang ada udara. contohnya simpan di luar peti ais dan dialam bekas jaring-jaring. selain itu , kita juga perlu simpan berasingan dengan ubi kentang. kenapa ? ubi kentang mengeluarkan kelembapan dan gas yang boleh sebabkan bawang jadi reput.

2) Tembikai
Terdapat kajian daripada pertanian Amerika Syarikat , jika tembikai di simpan di dalam peti ais, ia akan kehilangan beberapa antioksida iaitu likopen dan betakaroten.

“Antioksidan dalam makanan rentan terhadap degradasi jika ia tidak disimpan dengan betul,” kata Desiree Nielsen, seorang ahli pemakanan di Vancouver.
 3) Pisang, Kiwi, Plum, Peach, Aprikot, dan Mangga
 Senarai makanan di atas , tidak sesuai untuk di simpan di dalam petia ais , tempat yang sesuai ialah di luar seperti di atas meja. Bila kita simpan di dalam peti ais , beberapa khasiatnya akan hilang. – Hasil kajian Pemasaran Kanada.
4) Tomato 
Haa Tomato ini, saya kira memang ramai simpan dalam peti sejuk kan? termasuk lah saya.bilak ita simpan dalam peti sejuk, ia kana betukar warna menjadi pucat.jadi bagaimana kita boleh simpan tomato ini ? kita boleh simpan tomato di tempat terbuka pada suhu bilik dan elakkan daripada simpan didalam plastik.
 5) Ubi Kentang
Ubi kentang hendaklah di simpan di dalam suhu bilik dan kalau boleh di tempat yang glap ,contohnya didalam kertas untuk elakkan ubi kentang cepat buruk. Kenapa tidak boleh simpan di dalam peti sejuk ? bila kita simpan di dalam peti sejuk , ubi kentang akan ubah isi menjadi gula dan akan mempengaruhi rasa dan esktur ubi kentang. Elak simpan bersama bawang.
 6) Roti 
Roti sebaiknya hanya simpan di dalam suhu bilik sahaja, ini kerana jika di simpan di dalam peti sejuk, akan akibatkan roti jadi cepat kering. 
 7)Serbuk Kopi
Serbuk kopi hendaklah di simpan dalam bekas kedap udara dan di luar peti sejuk, ini kerana peti sejuk akan hasilkan pengewapan, ini boleh merosakkan rasa sebenar kopi.
Itu sahaja setakat ini , selamat mencuba semua , semoga kita makan semua yang berkhasiat . In Shaa Allah . 

                                         CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *