Assalamualaikum dan salam sejahtera semua , Seperti kita sedia maklum sekarang ini dah jadi macam trend, banyak makanan segera telah di packing menggunakan tin. Nak membeli juga bukan sebarang sahaja kita beli tanpa memilih dengan teliti.Cerewet ke? Biar cerewet membeli asalkan jangan sakit dikemudian hari. 

Pemprosesan makanan yang bertin ini sebenarnya selamat. Habis apa yang membuatkan makanan dalam tin ini bermasalah dan perlukan pemilihan yang bagus ? haaa , sebenarnya , Makanan dalam tin boleh jadi rosak jika ada kesilapan semasa pemprosesan.Selain itu, makanan dalam tin juga boleh rosak ketika lakukan penyediaan di rumah atau di kedai di mana pencemaran boleh berlaku, Macam mana boleh rosak ? contohnya kita terjatuhkan tin tu dan akibatkan ia kemek.

Semasa ingin Membeli apa yang perlu kita pilih ? haa … 


PASTIKAN  ::-


1) Makanan itu adalah halal.

2) Perhatikan dahulu permukaan luar tin , ada kesan kemek atau tidak.


3) Jika kita lihat ada kesan kemek , bocor ,mengelembong , karat dan ada tanda dan kesan kotor Jangan Ambil tin itu. 

4) Pastikan tarikh pengeluarannya bila ? tarikh luputnya bila ? pastikan  jangan terlebih date.

5) Jika setelah dibuka , makanan tersebut nampak berbuih , tersangat pekat (bukan rupa sebenar) , berbau busuk , seperti telur busuk , tengik , rasa pahit – berlainan dari rasa biasa .. Jangan teruskan pemakanan. 

6) Pastikan isi kandungan yang di gunakan semasa pemprosesan.Kandungan kalori , lemak , kolestrol.

7) Bila sudah kita beli, baca label di tin cara penyimpanan dan cara penggunaan yang betul .

Tanda-tanda Rosak Macamana lagi yang perlu kita perhatikan ? 

-Kemek di badan dan kelim.
-Kemek di badan dan kelim beserta dengan tanda retak.
-Kelim yang terbuka.
-Retak pada kelim.
-Pecah di kelim.
-Retak dan kemek pada kelim.
-Kemek pada kelim tepi.
-Kelim yang retak dan berlubang.
-Kelim tidak sempurna.
-Sambungan kelim yang rosak dan bocor.
-Retak di penutup.
-Berlubang. -Lubang halus.
-Penutup yang koyak.
-Koyak.
-Karat

-Mengelembung disebabkan pengeluaran gas oleh bakteria


Apa kesan Bila kita termakan makanan yang telah rosak ?

1) Kita akan keracunan makanan, muntah , cirit-birit

2) Tidak sedap badan

3) Badan mudah mendapat penyakit.

TETAPI , kini ada kegiatan orang-orang yang inginkan keuntungan sahaja , di mana mereka menjual kembali makanan dalam tin yang telah tamat tempoh. ( maaf ye , bukan semua penjual , mungkin hanya segelintir sahaja)  Kat mana saya dapat info ini ? rekaan saya kew? bukan , bukan . saya tidak akan meulis tanpa usul periksa yang benarKegiatan menjual semula produk makanan dan barangan harian ini terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK ) Selangor berjaya menghidu tindakan yang tidak bertanggungjawab ini.  jika ingin ketahui lebih lanjut silalah ke laman kerajaan ini ,  pmr.penerangan.gov.my

Bukan apa , supaya kita lebih berhati-hati semasa membeli demi kesihatan kita berpanjangan. Seperti kita sedia maklum, makanan kita zaman sekarang pun banyak terdedah pada bahan-bahan yang mampu menjejaskan kesihatan kita, jadi saya kira amat penting zaman sekarang ni kita memakan makanan tambahan seperti vitalea Shaklee sebagai multivitamin seharian kita , kenapa? sebab sebiji vitalea sama dengan 28 jenis hidangan yang berkhasiat. ada 2 jenis vitalea iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak . tidak rugi kita amalkan demi kesihatan jangka panjang kita dan keluarga. 


Jika Inginkan keterangan lanjut boleh ke laman di bawah :- 

Vitalea untuk Dewasa
Vitalea untuk Kanak-kanak

Atau boleh terus hubungi saya :- 

                                                  CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

1 comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *