Assalamualaikum semua , Kebersihan tubuh badan amat perlu dititik beratkan dan tidak mengira usia.Gejala tidak menjaga kebersihan, badan senang akan dijangkiti penyakit dan menganggu kecergasan anak-anak juga. Oleh itu kita sebagai ibu bapa wajib melatih anak-anak menjaga kebersihan badan dan juga persekitaran sejak dari kecil.
Persoalan, kenapa perlu kita didik anak-anak ini dari kecil ? bak kata pepatah ” melentur buluh biar dari rebungya” haa , samalah kitakan. Apabila kita mendidik kebersihan anak-anak dari kecil, lama kelamaan ia akan menjadi rutin sehingga dewasa. haa jadi pentingnya kita terapkan dari kecil kan.
Ada sesetengah ibubapa sering menanamkan kata-kata
1) “alah kecil lagilah, nanti tunggu besar sikit” .
2) ” Susahlah nak ajar derang ni, bukan dengar pun”
Jadi langkah pertama, buang jauh-jauh kata-kata itu dan gantikan dengan kata-kata positif
1) “dari kecil nilah perlu ajar”
2) ” senang je nak ajar kalau kene pada gayanya”
3) In Shaa Allah , anak-anak kita akan cepat belajar
4) In Shaa Allah anak-anak akan terus menjaga kebersihan
Perlu di ingatkan kata-kata positif daripada ibubapa amat penting untuk membentuk anak-anak yang cemerlang.
Di Antara yang perlu kita latih anak-anak kita sejak kecil ialah :-
1) Mencuci Tangan dan Kaki
- Latih anak-anak kita sebelum makan wajib membasuh tangan, tidak kira ada nampak kekotoran ataupun tidak.
- Selepas makan atau tangan ada kekotoran , wajibkan membasuh gunak sabun yang di sediakan sehingga hilang kekotoran dan di bilas bersih.
- Wajibkan anak-anak membasuh tangan selepas keluar daripada bilik air ataupun boleh ajarkan selepas membersihkan membuang air kecil, akhir sekali basuh tangan dan juga kaki.
- membersihkan kaki ketika mahu tidur .
- Disiplinkan anak-anak mandi 3 kali sehari , atau paling minimum 2 kali sehari.
- Seratakan sabun keseluruh badan dan bilasnya dengan bersih
- Syampu rambut sekurangkan 2 kali sehari atau paling minimum sekali sehari , ini untuk elakkan daripada jangkitan kutu , berkelemumur.
- Jaga kebersihan kuku tangan dan kaki, ini kerana kuman mudah terkumpul di bahagian kuku. seeloknya rutinkan memotong kuku seminggu sekali atau 2 minggu sekali.
- Jaga Kebersihan sekitar mulut anak-anak kita.
- Rutinkan anak-anak mengosok gigi sekurangnya 3 kali sehari , pagi , tengahari dan sebelum tidur. In Shaa Allah lama-lama anak-anak akan automatik akan lakukan sendiri.
- Sediakan kotak atau bekas untuk menyimpan barang permainan anak-anak
- Latih anak-anak, selepas bermain, wajib simpan ke dalam bekas yang telah di sediakan.
- bersihkan tempat bermain jika ada kekotoran.
- Ketika makan memang sukar sikit bagi anak-anak baru hendak belajar makan , makanan berterabur , tumpah adalah perkara sering berlaku, jadi apa yang boleh kita serapkan, bila makanan tumpah cepat-cepat kita tunjukkan perlu lap. Contohnya air tertumpah , lapkan air yang tumpah tu . selepas habis makan , jika ada nasi-nasi yang tumpah latih juga mereka membersihkan meja makan sekali .
- Disiplinkan juga anak-anak makan dengan tertib, cara pegang sudu supaya tidak tertumpah , cara makan mengunakan tangan.
- Jika anak-anak ada membuat sampah , minta anak-anak terus membuang ke dalam tongsampah yang di sediakan . contohnya selepas makan gula-gula , plastiknya boleh terus di buang ke dalam tong sampah .
- Pastikan kawasan kediaman yang bersih untuk elakan kuman senang merebak kepada anak-anak kita.
Ibu mana yang sanggup melihat anak terkulai layu menahan kesakitan ,
ibu mana yang sanggup lihat anak kurus seperti tidak disuakan makanan.
Jadi usah biarkan anak-anak kita terus di belenggu masalah-masalah ini, bertindak segera dengan memberikan makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi-nutrisi yang seimbang dan membantu perkembangan anak-anak kita.
Alhamdulillah saya amalkan Meal Shake dan juga vitamin C untuk anak saya 🙂 . ekzema anak saya juga sudah berkurangan dan selera makannya sudah bertambah. suka hati ibu 🙂 .