Assalamualaikum semua , Kebersihan tubuh badan amat perlu dititik beratkan dan tidak mengira usia.Gejala tidak menjaga kebersihan, badan senang akan dijangkiti penyakit dan menganggu kecergasan anak-anak juga. Oleh itu kita sebagai ibu bapa wajib melatih anak-anak menjaga kebersihan badan dan juga persekitaran sejak dari kecil.

Persoalan, kenapa perlu kita didik anak-anak ini dari kecil ? bak kata pepatah ” melentur buluh biar dari rebungya” haa , samalah kitakan. Apabila kita mendidik kebersihan anak-anak dari kecil, lama kelamaan ia akan menjadi rutin sehingga dewasa. haa jadi pentingnya kita terapkan dari kecil kan.

Ada sesetengah ibubapa sering menanamkan kata-kata

1)  “alah kecil lagilah, nanti tunggu besar sikit” .
2) ” Susahlah nak ajar derang ni, bukan dengar pun”

Jadi langkah pertama, buang jauh-jauh kata-kata itu dan gantikan dengan kata-kata positif

1) “dari kecil nilah perlu ajar”
2) ” senang je nak ajar kalau kene pada gayanya”
3) In Shaa Allah , anak-anak kita akan cepat belajar
4) In Shaa Allah anak-anak akan terus menjaga kebersihan

Perlu di ingatkan kata-kata positif daripada ibubapa amat penting untuk membentuk anak-anak yang cemerlang.

Di Antara yang perlu kita latih anak-anak kita sejak kecil ialah :-

1) Mencuci Tangan dan Kaki

  • Latih anak-anak kita sebelum makan wajib membasuh tangan, tidak kira ada nampak kekotoran ataupun tidak. 
  • Selepas makan atau tangan ada kekotoran , wajibkan membasuh gunak sabun yang di sediakan sehingga hilang kekotoran dan di bilas bersih.
  • Wajibkan anak-anak membasuh tangan selepas keluar daripada bilik air ataupun boleh ajarkan selepas membersihkan membuang air kecil, akhir sekali basuh tangan dan juga kaki. 
  • membersihkan kaki ketika mahu tidur .
Kenapa tangan adalah perkara pertama saya senaraikan ? kerana daripada tangan senang kuman disalurkan ke dalam tubuh. 
2) Mandi 
  • Disiplinkan  anak-anak mandi 3 kali sehari , atau paling minimum 2 kali sehari.
  • Seratakan sabun keseluruh badan dan bilasnya dengan bersih 
  • Syampu rambut sekurangkan 2 kali sehari atau paling minimum sekali sehari , ini untuk elakkan daripada jangkitan kutu , berkelemumur.
3) Kuku 
  • Jaga kebersihan kuku tangan dan kaki, ini kerana kuman mudah terkumpul di bahagian kuku. seeloknya rutinkan memotong kuku seminggu sekali atau 2 minggu sekali. 
4) Mulut Dan Gigi
  • Jaga Kebersihan sekitar mulut anak-anak kita. 
  • Rutinkan anak-anak mengosok gigi sekurangnya 3 kali sehari , pagi , tengahari dan sebelum tidur. In Shaa Allah lama-lama anak-anak akan automatik akan lakukan sendiri. 
5) Barang permainan
  • Sediakan kotak atau bekas untuk menyimpan barang permainan anak-anak
  • Latih anak-anak, selepas bermain, wajib simpan ke dalam bekas yang telah di sediakan. 
  • bersihkan tempat bermain jika ada kekotoran. 
6) Ketika Makan
  • Ketika makan memang sukar sikit bagi anak-anak baru hendak belajar makan , makanan berterabur , tumpah adalah perkara sering berlaku, jadi apa yang boleh kita serapkan, bila makanan tumpah cepat-cepat kita tunjukkan perlu lap. Contohnya air tertumpah , lapkan air yang tumpah tu . selepas habis makan , jika ada nasi-nasi yang tumpah latih juga mereka membersihkan meja makan sekali . 
  • Disiplinkan juga anak-anak makan dengan tertib, cara pegang sudu supaya tidak tertumpah , cara makan mengunakan tangan.
7) Sampah 
  • Jika anak-anak ada membuat sampah , minta anak-anak terus membuang ke dalam tongsampah yang di sediakan . contohnya selepas makan gula-gula , plastiknya boleh terus di buang ke dalam tong sampah . 
8) Kawasan Kediaman
  • Pastikan kawasan kediaman yang bersih untuk elakan kuman senang merebak kepada anak-anak kita. 
Seperti kita sedia maklum , sekarang ini bermacam-macam virus atau kuman yang senang boleh berjangkit pada anak-anak kita, ada juga kuman yang serius dan melibatkan nyawa. jadi sama-samalah kita membantu diri kita dan anak-anak menjaga kebersihan untuk hindari penyakit berjangkit ini . 
Selain menjaga kebersihan luaran, kita juga perlu pastikan anak-anak mendapat nutrisi-nutrisi yang baik untuk melawan virus atau kuman-kuman yang ada. nutrisi boleh didapati didalam setiap hidangan makanan yang kita sediakan pada anak-anak mengikut gizi yang seimbang. 
Tetapi , kadang-kadang virus ini juga datangnya daripada kawasan persekitaran contohnya di taska. Jadi kita perlu double bagi nutrisi-nutrisi yang bagus untuk anak-anak kita ini . 
Saksikan video kisah ibu -ibu yang sedih bila anak-anak sering di jangkiti penyakit dan kurus ini..

Ibu mana yang sanggup melihat anak terkulai layu menahan kesakitan , 
ibu mana yang sanggup lihat anak kurus seperti tidak disuakan makanan.
 Jadi usah biarkan anak-anak kita terus di belenggu masalah-masalah ini, bertindak segera dengan memberikan makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi-nutrisi yang seimbang dan membantu perkembangan anak-anak kita. 
Alhamdulillah saya amalkan Meal Shake dan juga vitamin C untuk anak saya 🙂 . ekzema anak saya juga sudah berkurangan dan selera makannya sudah bertambah. suka hati ibu 🙂 .

    CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *