Assalamualaikum semua , seperti sedia maklum negara kita di landa jerebu yang teruk sejak akhir-akhir ini. Semasa menghadapi masalah jerebu ini , setakat mana kita mengikut garis panduan yang betul dalam kehidupan seharian kita ? Tidak di nafikan, ramai yang mengalami masalah kesihatan kerana kesan daripada jerebu seperti batuk , selsema , sesak nafas dan sebagainya. 
Kadang-kadang apa yang kita sedia amalkan ketika atasi jerebu ini ada yang tersalah dan terkurang , jadi apa yang saya ingin kemukan ini di antara senarai yang wajib kita tahu , itu adalah salah dilakukan ketika jerebu :- 
Kesilapan Ketika Atasi Jerebu :- 
1) Pemilihan Topeng Yang Salah 
Pemilihan topeng yang betul amat penting , apa yang di sarankan kita perlu membeli topeng N95 dan bukan topeng surgical mask , dust mask atau paper mask . Ini kerana topeng N95 membantu untuk menapis partikel halus daripada memasuki ruang pernafasan kita .

2) Pendingin hawa Di Dalam Kereta ( air cond) 
Kebiasaanya kita tidak mengambil kisah tentang mood air cond yang di gunakan. Sepatutnya semasa jerebu di cadangkan mood air cond perlu pada mood kitaran udara dalaman. haa ini wajib tahu ye . 

3) Pengambilan Air kosong 
Saya tahu, ramai yang payah nak amalkan minum air kosong yang secukupnya dalam sehari iaitu 8 Gelas sehari . kadang-kadang air diminum cuma selepas makan sahaja . dan stop di situ . cuba kita ubah gaya pengambilan untuk cukupkan 8 gelas dalam sehari . jika masih susah ingin amalkan, boleh menggunakan cara ini . 
4) Bersiar-siar 
Ada sesetengah ragam , memang suka keluar bersiar-siar tidak kira di taman , membeli belah dan sebagainya tidak mengira waktu yang kurang sesuai. jadi sebaik-baiknya , kita kurangkan aktiviti luar ketika jerebu yang teruk . kebiasaanya, akan keluar hanya untuk menguruskan aktiviti yang penting seperti kerja dan sekolah. kerajaan akan istiharkan darurat jika bacaan indeks jerebu semakin tidak sihat :). 
5) Pembakaran 
Tidak di nafikan , ada sesetengah masyarakat tidak mengambil peduli pun aktiviti pembakaran sampah waktu jerebu teramat memberi kesan yang semakin buruk . jangan anggap hanya pembakaran di tepi rumah tidak mengapa. walaupun sedikit ia mungkin akan memburukkan lagi keadaan jerebu. 
6) Kurang kebersihan. 
Kebersihan amat penting , kalau boleh basuh tangan sabun dan muka dengan pencuci muka selepas membuat aktiviti luar . 
7) Pemakanan
Ramai di antara kita , tidak ambil kisah mengenai pemakanan. Pemakanan yang sihat ketika jerebu juga amat penting untuk megelakan dan mengurangkan risiko masalah kesihatan seperti mengambil buah oren yang tinggi dengan khasiat  Vitamin C dan membantu kurangkan risiko selsama dan batuk , saya ambil kapsul vitamin C je setiap pagi  pastu minum air performance drink haa sejuk tekak .. Alhamdulillah . 
Semoga Semua dalam keadaan Sihat .. In Shaa Allah .. 
Jom ambil peduli langkah-langkah yang betul ya 🙂

CALL / SMS / WHASSAP : 017 305 3031
FANPAGE : butiksihatcomel
FACEBOOK : Aizah Azlem

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *