Assalamualaikum semua , pasangan merajuk ? pasti setiap rumah tangga pernah mengalaminya , biasalahkan asam garam kehidupan kita .Merajuk tidak mengenal suami ataupun isteri , kedua-duanya pernah merajuk bezanya cara merajuk kan? 
Cara memujuk juga tidak sama setiap pasangan , ada yang sang isteri sahaja yang memulakan pujukan , ada juga sang suami sahaja yang datang memujuk dengan pelbagai cara.TETAPI sebenarnya siapa yang perlu pujuk dulu dalam setiap rajukan ini ? . haa jom habiskan pembacaan artikel saya. 
Rasulullah menegaskan: β€œSesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah dia menjalin silaturahim.” [Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Targhib, no: 2519]
Haa, besar ganjaran orang yang suka menjalinkan silaturahim ni kan , samalah dengan kes memujuk, bila kita pujuk pasangan kita, kita menjalinkan silaturahim kembali, lagi-lagi dengan pasangan kita kan lagi dapat pahala yang berganda. Bila tahu ganjaran ini apa yang kita rasa ? nak berlumba-lumba pujuk atau biarkan sahaja ? 
Tidak dinafikan, ada sesetengah pasangan kita bersifat ego dan ” berhati Kering ” .Hati kering ni maksudnya, buat tak tahu sahaja, buat-buat tak faham ketika pasangannya dalam keadaan merajuk. tidak kira suami atau isteri pasti ada ego masing-masing kan ? . jadi bagaimana cara yang perlu kita titik beratkan dalam hal ini, supaya proses pujuk memujuk ini bukan dipandang remeh temeh sahaja ? 
Ada sesetengah pasangan keliru, perlu ke memujuk ? Jawapannya perlu ! . Pujukan tidak semestinya perlu keluarkan modal kewangan , tetapi kadang-kadang cukup hanya dengan pelukan dan kata-kata cinta pada pasangan kita yang membuatkan hati mula bertaut kembali seperti pasangan baru berkahwin yang penuh dengan bunga-bunga cinta.

Ada sesetengah rumah tangga dari permulaan berkahwin , hanya isteri sahaja yang memainkan peranan memujuk, ada segelintirnya pula suami sahaja yang memujuk isterinya . Walaupun bukan salah diri sendiri tetapi permulaanya adalah salah pasangan kita. kadang-kadang bila terjadinya perkara sebegini , pasangan kita lama kelamaan akan rasa meluat juga kerana asyik kena pujuk walaupun bukan salah sendiri. JADI , ubahlah kepada , bila bergaduh , masing-masing muhasabahkan diri , fikir balik salah siapa, jika salah diri sendiri , usah tinggikan ego kita , tak salah kita turunkan ego kerana kesalahan kita. Jika salah kedua-duanya sama-sama lakukan proses pujuk memujuk. Korang tau tak ? suami pun ada perasaan nak kena pujuk πŸ™‚ . dan isteri pula nak juga bila merajuk, suami pujuk dengan penuh kasih sayang jangan biarkan rajuk yang berpanjangan nanti akan merosakan hubungan yang boleh di selamatkan. 
 
Jom ketahui Tips memujuk yang Best , wajib tahu dan buat ni πŸ™‚ 
1) Berikan Kata-kata indah
 Majoriti isteri suka di berikan kata-kata indah dan penuh kasih sayang. Tetapi tanpa kita sedari suami pun sukakan kata-kata indah ni. jadi kesimpulannya suami isteri inginkan kata-kata indah dari pasangan. jika segan nak katameluahkan kata-kata , kita boleh saje hantar SMS . Whassap dan sebagainya. 
Contoh Ayat : ” Ayang , Abang minta maaf tadi , terlebih kata. Abang sayang ayang ……. “
“Abang , Ayang sayang Abang , Bukan niat Ayang nak tinggikan suara,….. “
Kadang-kadang cara percakapan juga mempengaruhi.


2) Berikan Kejutan
Sekali Sekala Berikan kejutan yang best, contohnya memberi hadiah yang isteri atau suami kita idamkan ataupun suka . tak pun sekurangnya bunga dan kad kata-kata cinta. dan paling menarik dan teruja , boleh hadiahkan Set Cinta Shaklee beserta kad kata-kata cinta Sebab Vitamin E  Meningkatkan Hormon seksual suami , manakala Alfalfa pula membantu isteri lebih mantap, ia seperti kacip fatimah.
3) Tingkatkan Hormon Oksitosin
Ramai yang tidak tahu dengan hormon oksitosin ini.  Bila Pasangan tengah merajuk , kita boleh tingkatkan hormon oksitosin pada pasangan kita, tak pernah dengar hormon ni? hormon ni sebenarnya banyak di kaitkan dengan keharmonian cinta. haa nak macam pengantin baru. hormon  ini juga meningkatkan rasa lebih nyaman , ghairah , ikatan dan seksualitis. haa macam nak tingkatkan hormon ini ? yang paling senang dengan pelukan penuh rasa cinta πŸ™‚ . tak kiralah suami memulakan pelukan ataupun isteri yang memulakan pelukan itu. 
4) Tingkatkan kerajinan
Untuk memujuk pasangan ini, boleh juga ubah diri menjadi ringan tulang untuk membantu pasangan kita. Contohnya suami membantu isteri dalam hal memasak , sama-sama menjaga anak contoh basuh berak anak πŸ™‚ , isteri pula ringan-ringan kan diri memasak masakan kegemaran suami contohnya , tetapi kalau boleh sentiasalah amalkan ini bukan masa memujuk sahaja. 
5) Ajak dating 
Dating seperti masa bercinta tengah hangat mula-mula kahwin dulu. contoh ajak menonton wayang , bersiar-siar di tasik, Makan malam yang romantik dan sebagainya. cara pujuk bukan hanya dengan kata-kata sahaja, juga dengan perbuatan :). pikat balik pasangan kita tu .
6) Unit kaunseling
Jika sudah berlarutan dan makin parah , usah biarkan berterusan . bawa berbincang dengan elok dan penuh kasih sayang. jika segala jalan sudah buat tetapi masih tagang. ambil jalan pergi kaunseling . jangan salah faham ,kaunseling bukan bermakna ingin bercerai tetapi kaunseling supaya hubungan semakin elok. tetapi jangan pula cari kaunseling orang luar sepeti kawan berlainan jantina, khuatiri akan timbul isu lebih parah dan bermasalah .
 

Situasi pasangan : kadang-kadang kita terluah ingin menegur berhadapan . jadi boleh juga kita share artikel ini, supaya kita sama-sama perbaiki ke arah semakin bahagia sehingga ke syurga . In Shaa Allah

satu post ini amat mengusik jiwa saya , terpanggil ingin share disini . hargailah pasangan kita selagi kita bernyawa.

Semoga Bermanfaat .

Salam Bahagia

5 comments
  • Nila Anggraini
    September 16, 2015 at 1:48 pm

    Kadangkala nak minta maaf ni terlalu ego. Padahal pahalanya besar disisi Allah….subhanallah….

    Reply
  • Noraizah
    September 16, 2015 at 11:16 pm

    nila anggraini , terima kasih berkunjung
    betul tu dapat pahala πŸ™‚ , saham kita tu

    Reply
  • Fahmy Shuhaimi
    September 16, 2015 at 11:40 pm

    Alhamdulillah! Tips memujuk yang bagus. Hihihi.

    Reply
  • Noraizah
    September 18, 2015 at 12:04 am

    Terima kasih πŸ™‚

    Reply
  • Unknown
    June 23, 2017 at 7:10 am

    Macam mana nak pujuk isteri yg tetiba merajuk dan kita tak tau kenapa. Dan bila dah tau, rupanya benda kecil je. Tak perlu nk merajuk bagai pon…

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *