Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entri saya kali ini bersangkut dengan Angin dalam badan yang berlebihan. Kebanyakkan individu mengalami masalah ini tidak kira peringkat umur , jantina mahupun size badan, apa yang membezakanya ialah punca terkumpulnya angin didalam badan.
Apa Sebenarnya penyebab Angin berlebihan dalam badan kita ni ? jom kita cek senarai kat bawah :-
1) Tertekan atau stress
Sebenarnya, apabila kita dalam keadaan tertekan ataupun stress, semakin kerap kita menghirup udara.jadi kurangkan daripada stress 🙂
2) Pemakanan
pemilihan dari segi pemakanan perlu dititik beratkan.Ada jenis-jenis makanan yang menyebabkan angin didalam badan. Diantaranya seperti :-
- Sayur-sayuran – Kobis , Taugeh , Asparagus, Brokoli
- Kekacang
- Buah-buahan – Epal , Pear , Peach
- Minuman – Air bergas, berkafien
- Bijirin – Roti gandum , Cereal
- Makanan ringan
- Makanan yang ada banyak laktus seperti makanan dalam paket.
- Makanan manis yang mempunyai fruktosa
3) Merokok
Merokok pun penyumbang utama angin banyak dalam badan. Asap yang di sedut itu terus meresap masuk kedalam badan. Jadi jom berhenti merokok supaya lebih sihat .
4)Produk Tenusu
Pengambilan produk tenusu yang banyak akibatkan banyak angin terkumpul dalam badan kita kerana kita kekurangan enzim laktase yang menyebabkan laktosa tidak dapat di cerna dengan betul dan terus ke usus kita.
Kesan daripada terlebihnya angin dalam badan ini boleh menyebabkan badan kita menderita, kita akan alami :-
- Rasa teramat lesu
- Selalu rasa kebas-kebas
- Tapak kaki dan tangan rasa sejuk
- Kulit mudah kering
- Perut selalu berangin
- Selera makan beransur hilang
- Selalu sakit kepala
- nafsu “bersama” semakin berkurangan
- Seluruh badan rasa tidak selesa dan penat tanpa sebab .
- Sakit sendi akan berlaku
- dan paling kita takut sekali , boleh menyebabkan bengkak atau sembab di mana-mana bahagian badan , Angin yang lama dalam badan boleh membentuk cyst . terasa keras bila di sentuh dan sukar dipecahkan.
Peppermint Ginger Plus memang penyelesaian kepada masalah angin dalam badan . Ia di rumus khas daripada herba asli
- Halia – Yang memastikan sistem penghadaman kita lancar dan boleh menyamankan dan melegakan perut.
- Pudina – Sebagai pelengkap kepada halia untuk menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dan kembalikan keselesaan perut dengan membuang angin.