Assalamualaikum semua , bila cuti sekolah bermula , ramai ibubapa mengambil peluang untuk khatankan anak-anak kerana waktu yang sedikit panjang untuk proses penyembuhan yang sempurna.

Berkhatan ialah istilah yang digunakan untuk pembedahan kecil , sebahagian daripada kulit yang berlebihan pada hujung zakar (preputial skin) akan dibuang. Ia juga dikenali dengan bersunat atau dalam bahasa Inggeris dinamakan ‘circumcision’.
Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang ‘foreskin’ , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

In Shaa Allah , kat sini saya kongsikan sedikit tips untuk menguruskan anak berkhatan.

Untuk memudahkan anak bergerak , boleh kita buat  cara di bawah ini :-
credit picture : Blog Yati Yusuf

Jika tiada penjagaan yang betul, boleh menyebabkan komplikasi:-

1) Pendarahan:: Jika pendarahan berlaku berterusan, kita perlu bawa anak ke klinik untuk mendapat rawatan segera.

2) Jangkitan kuman :: Pastikan tempat pembedahan bersih, tempat tidur , kain yang di gunakan bersih. jika terdapat jangkitan kuman bawa segera ke klinik sebelum merebak

3) Masalah membuang air kecil :: jika anak kita alami masalah kencing selepas berkhatan, bawa jumpa doktor dengan segera.

4) kecederaan pada penis :: Jika ada kecederaan, bawa jumpa doktor dengan segera.

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, kita boleh bagi chewable vita c

Kenapa Saya cadangkan

1.     Membina dan memperbaiki tisu-tisu sel (sebelum luka-luka itu pulih dan bertaup, sudah tentu, tisu-tisu itu memerlukan penggalak supaya cepat sembuh)
2.     Membentuk kolagen yang penting untuk menyambung struktur tisu. (macammana kita nak juga kolagen kita cantik, apatah lagi alat penting bagi lelaki itu)
3.     Memelihara saluran darah agar kekal sihat. (darah penting kan untuk semua fungsi anggota badan)
4.     Yang paling penting, sebagai KUASA PENYEMBUHAN.

Image result for set berkhatan shaklee

Boleh juga kita menambahkan :- 
Zinc
1.     Penting untuk pengeluaran sel darah merah. (sekali lagi, darah penting untuk fungsi keseluruhan badan bukan?)
2.     Membantu kuasa penyembuhan luka. (Sama kes seperti orang yang dibedah, memerlukan zinc untuk penyembuhan luka dengan cepat.)
3.     Membantu perkembangan kesihatan kulit. (kulit di tut itu sangat sensitif dan halus)
4.     Membantu perkembangan sistem urat saraf. (saraf juga penting untuk tut itu).
5.     Membantu pemulihan sel.
 In Shaa Allah dengan bantuan pemakanan dan pengambilan nutrisi yang cukup mampu membantu proses penyembuhan yang baik .

semoga dengan entri saya ini boleh membantu serba sedikit dan bermanfaat. in shaa Allah

hubungi saya untuk mendapatkan set berkhatan shaklee ini dengan kadar istimewa 🙂 
Semoga anak-anak kita cepat sembuh .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *