Assalamualaikum semua , bagaimana anda hari ni ? pertama soalan yang saya ingin ajukan ialah
Adakah anda sedang bekerja ? atau sudah menjadi surirumah tangga? baru di berhentikan ? baru resign ? atau impian ingin menjadi surirumah dengan berjaya ?
yang mana satu situasi anda ? dulu situasi saya impian juga ingin menjadi surirumah yang berjaya. dan sekarang saya sedang berusaha ke arah itu .
Apa yang terjadi pada saya setelah 9 tahun bersama PETRONAS ? Adakah saya di kenakan VSS yang berlaku beberapa bulan lepas ? tidak di nafikan ramai kawan-kawan saya dikenakan vss . saya harap kawan-kawan saya terus berjaya walau dengan apa kerjaya yang anda ada . In Shaa Allah rezeki itu milik Allah .
Alhamdulillah saya masih bekerja di PETRONAS sehingga tarikh 16.05.16 . Saya tidak di kenakan VSS , atau dipecat TETAPI saya resigned dengan 2 minggu Notis . Bila saya dengar bebetul kata-kata dalam video seorang kakak ini sama dengan apa yang saya alami, semangat saya tiba-tiba melonjak selain sokongan daripada suami . apa yang akak ni kata sampai buat saya berfikir , istiqarah sebelum buat tindakan secepat ini .
jalan ceritanya sama dengan saya 🙂
bukan senang saya ingin membuat keputusan untuk resigned , kerana ia adalah masa depan saya . kerjaya saya . tapi di fikirkan kenapa kita takut jika ingin merubah masa depan kita kepada lebih maju . 9 Tahun saya di Petronas, adalah masa yang panjang, dari saya belum berkahwin sehingga sekarang ada anak 2. tipu saya kata tidak sedih, tipu saya kata tak risau . tapi percayalah rezeki dari Allah.
Padamulanya, saya mengira segala kos dengan pendapatan gaji saya, bila dikira di fikirkan , mungkin saya boleh dapat seperti gaji sekarang dengan focus membuat shaklee .
Biz Shaklee ni mmg lah sangat2 senang. tapi bukan lah maksud senang tu goyang kaki geleng kepala terus Ka-Ching duit masuk atau lepas doa je turun singgit dua dari langit. tak. PASTI takkan jadi begitu. sunnatullah/hukum alam, nak apa2 pun musti kena usaha. jadi, usahalah sungguh2. fokus, komited & doa.PASTI, Allah/Tuhan akan bagi ganjaran yg setimpal.PASTI!
– Kata-kata Master Zainul .
Yang buat saya terkejut dan sebak . malam last saya kerja tiba-tiba anak sulong saya yang berusia 3 tahun 7 bulan datang memeluk saya , cium saya dengan senyuman , kata-katanya .
ibu… terima kasih ibu.. esok ibu tak pergi kerja dah , terima kasih ibu ..
dia memeluk saya sehingga tertidur .. Allahuakbar ..
9 Tahun saya Di Petronas .
saya amat happy , ramai kawan-kawan office yang rapat dengan saya , tidak kenal erti usia , bangsa dan agama . Ya Allah kami memang rapat . Alhamdulillah . sedih memang tidak usah di kata bila hampir hari-hari terakhir saya Di PETRONAS . Allahuakbar .
Kawan-kawan office mula tahu minggu last sebelum 16.5.16 , ramai yang mesej , yang bagi email dan sebagainya . memang saya sebak kadang-kadang menitis air mata sendirian di tempat saya . tapi saya kena kuat dan yakin , mungkin pilihan ini adalah terbaik untuk diri saya dan keluarga .
pada hari last kerja, boss dan kawan-kawan adakan farewell untuk saya . Allahuakbar rasa sedih dan terharu tidak terucap dengan kata-kata . sebelum itu juga ramai kawan-kawan belanja lunch , sarapan pagi bersama . selain itu ada juga yang hulurkan hadiah sebgai kenangan kita . Allahuakbar tiada kata selain terima kasih dan berdoa semoga kalian di tambahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat.
inilah kenangan yang sempat di rakamkan …
nota pembakar semangat :
mak saya pernah inform pada saya .. ada seseorang inform .
ohh anak ko nak berenti kerja , jadi surirumah , belajar tinggi-tinggi , baik anak aku tak belajar mana pun jadi surirumah juga … Allahuakbar ,… saya juga tersentap seketika ..
saya kata surirumah juga perlu ada pelajaran , surirumah tidak semestinya duduk dirumah tidak boleh berjaya . In Shaa Allah perancangan Allah pasti terbaik ..
Ros
May 20, 2016 at 7:42 amgood luck sis.
rezeki ada di mana-mana.
Noraizah
May 20, 2016 at 8:37 amin Shaa Allah terima kasih sis 🙂
Farah
May 20, 2016 at 10:02 amSuka sangat kata-kata DAO…"kadang-kadang kita terlalu bagus di organisasi…bila Allah takdirkan kita keluar dari organisasi tersebut…Allah tentukan jalan yang lebih baik di luar organisasi tersebut" .
Saya sudah alaminya apabila suami amik keputusan untuk resign.
Noraizah
May 21, 2016 at 7:40 pmBetul tu farah… in shaa Allah
Noraizah
May 21, 2016 at 7:40 pmBetul tu farah… in shaa Allah
Unknown
May 30, 2016 at 9:59 amAlhamdullilah sis, doakan saya juga untuk menyusul ya.
Noraizah
June 3, 2016 at 8:15 amin Shaa Allah .. jika itu adalah jalan terbaik untuk kita pasti akan dipermudahkan.