Ada perancangan untuk berhenti kerja? atau sudah mempunyai pekerjaan baru untuk kita tempuhi dan perlu berhenti kerja sekarang?. Atau ada impian ingin berhenti kerja tetapi masih takut disebabkan masih buntu perancangan selepas berhenti kerja ? . Berhenti kerja bukanlah perkara ringan , tetapi berhenti kerja adalah perkara yang besar dan mampu mempengaruhi kehidupan kita . Jadi Berhenti kerja ini perlu ada perancangan yang rapi.Tetapi yakinlah rezeki Allah ada di mana mana betul tak ?
Aizah ingin sharing beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebelum kita berhenti kerja. Biar teratur dan sudah ada rancangan yang bagus supaya kita tidak hanyut dan rasa menyesal .
Alhamdulillah tanggal 16 mei 2016 saya telah meletak jawatan sebagai setiausaha di salah sebuah company oil and gas, saya bekerja di sana selama 9 tahun . Sebelum itu saya adalah seorang designer selama 2 tahun. Pada permulaan dia memang saya akui memang sukar untuk membaut keputusan tetapi Alhamdulillah jalan untuk saya letak jawatan dipermudahkan .
Apa persediaan saya ketika ingin berhenti kerja dulu di antaranya ialah :-
1) Perbincangan
Berbincang dengan pasangan kita terlebih dahulu sebelum hantar surat perletakan jawatan . Minta persetujuan dahulu . Bincangkan mengenai kewangan keluarga selepas kita berhenti kerja nanti . Tuliskan berapa jumlah wang yang wajib untuk dilangsaikan setiap bulan dan berapa balance , berapa duit utuk kecemasan setiap bulan. pendek kata bincangkan akaun rumah tangga kita.
2) Pengumuman
Pengumuman ini bukan nak umum secara besar-besaran. Tapi elok kita umumkan pada ibu bapa kita , di mana selama ini dia menanggung pelajaran kita sehingga berjaya.
3) Hutang
Ada setengah orang halangan pertama untuk berhenti kerja adalah di sebabkan hutang . Jadi Langsaikan hutang-hutang yang ada, supaya nanti kita tidak terbeban dengan hutang tersebut selepas berhenti kerja .
4) Perbelanjaan
Kalau dulu kita berbelanja sehingga tak ingat dunia . Kini kita perlu membuat pemotongan kos bershoping. Potong kos yang tidak perlu seperti contoh setiap bulan pergi tengok wayang . Jadikan beberapa bulan sekali kita tengok wayang .
5) Mental dan fizikal
Bersedia mental dan fizikal . Berhenti kerja dan jadi surirumah bukan perkara senang tau . Kebanyakkan harinya ia sangat memberi cabaran . Masa aizah dulu , aizah buat jadual harian . hahah dengar macam lawak tapi ia sangat membantu supaya kerja-kerja berjalan lancar .
6) Simpanan
Pastikan kita ada sedikit simpanan kewangan kita sendiri . Ada sesetengah orang mereka sudah buat simpanan 2-3 bulan gaji . Tapi masa saya berhenti kerja , duit simpanan saya hanya sebulan gaji . Tapi Alhamdulillah saya giat jalankan business selepas berhenti kerja .
7) Serahan kerja
Jangan lupa buat penyerahan kerja -kerja kita . Ini memudahkan perjalanan kerja di office . Masa saya nak berhenti kerja dulu memang saya buat hand over pada setiausaha baru . Yela kan banyak jadual bos yang wajib kita tahu dan juga data-data staf .
8) Kuat Semangat
Biasalah kan , bila kita berhenti kerja pasti ada suara-suara yang tidak menyenangkan akan sampai ke telinga kita . kenapa berhenti kerja ? sia-sia belajar dan macam-macam lagi . ingatlah rezeki segalanya dari Allah . bab ni kita kena kuat dan kena tepis kata-kata orang sekeliling . Alhamdulillah saya dikurniakan suami yang memberi semangat dan juga kawan-kawan yang positif .
Kenapa saya kuat semangat dan teruskan rancangan berhenti kerja ? Apa penyebabnya ? Jom dengar sharing dari aizah ini
9) Perancangan
Peracangan selepas berhenti kerja sangat penting . sama ada 100% menjadi surirumah atau kita nak jalankan bisnes sambil menjadi surirumah . Alhamdulillah saya memilih surimah bergaji . Best sangat.
Dalam bisnes saya , ramai mentor-mentor yang telah berjaya walaupun surirumah . oleh sebab terinpirasi daripada mereka . Alhamdulillah impian saya 5 tahun dulu ingin menjadi suri rumah tercapai . 5 tahun dulu saya hanya menanam impian masa ni saya tiada bisnes yang nyata , tetapi setelah saya kenal bisnes saya sekarang saya jadi yakin.
Saya berbincang dengan mentor-mentor saya , perancangan hala tuju bisnes saya setelah berhenti kerja . Banyak saya perolehi, dan saya tidak pernah sesekali rasa menyesal berhenti kerja dan jalan kan bisnes ini .
Inilah barisan mentor inspirasi surirumah bergaji saya . Master Adilah Manaf ( bonda adilah) , Master Azrin ( Mamarin) , Master Hadhatina ( Mami hadha) dan Master Lyna ( Neni Lyna ) . Saya juga berimpian ingin suami berbusiness dari rumah juga seperti Master Fahmy ( pak fahmy) , Master Azmi dan Master Zainul . mereka dulu semua ada pekerja yang mantap dan kini lebih berjaya bersama business shaklee .
Pendapatan
Pendapatan saya sebagai surirumah bergaji ini hampir dengan gaji saya ketika di office dulu malah adakala gaji surirumah bergaji saya ini lebih dari gaji office dulu . Rasa sangat berbaloi dengan keputusan berhenti kerja ini .
Tidak Pandai Mulakan bisnes ?
jangan risau , saya dulu pun rasa tak pandai memulakan bisnes tetapi Alhamdulillah, bisnes shaklee adalah bisnes bermentor saya mempunyai upline yang best dan lihat gambar-gambar barisan mentor saya di atas . Dengan mereka saya belajar banyak ilmu-ilmu berbisnes sehingga saya berjaya seperti ini, Jadi Sekarang saya ingin turunkan pula ilmu ilmu yang ada ini pada anda , supaya kita sama-sama ke angkasa kejayaan .
Kita mempunyai group yang aktif untuk membantu anda . saya juga sentiasa membuat sharing di group :-
Jadi apa tunggu lagi , peluang sudah ada di hadapan mata , tidak salah kita mencuba sehingga kita gengam kejayaan yang besar .
hubungi saya untuk sertai group shaklee saya yang aktif ini .
Unknown
December 19, 2017 at 5:27 pmMenariknya perkongsian ni!
Noraizah
December 19, 2017 at 6:02 pmterima kasih sis bazilah
IdayuIrdina
December 19, 2017 at 6:47 pmperkongsian yang memberikan inspirasi…tq pn.aizah…
Salmiah
December 19, 2017 at 11:10 pmBest sgt aizah..������
Unknown
January 2, 2018 at 11:36 pmFirtsly nak cakap, cantik sgt blog sis..Terima kasih tips yg diberikan..doakan saya nak resign huhu..
Perasaan Saya Gagal Menyusu Anak Sulong
mrhanafi
March 13, 2018 at 5:56 pmdalam hidup saya banyak kali berhenti kerja.
alasan untuk berbisnes walaupun niat sebenar dah suka berkerja makan gaji..
kesan negatif dari tindakan tersebut menyebabkan hutang tertunggak dan keruntuhan rumahtangga..
alhamdulillah kini kembali bekerja makan gaji namun tetap kehilangan keluarga..
ternyata keputusan berhenti kerja bukan boleh diambil ringan..
kesanya amat besar kepada perjalanan hidup ini.
wan norasiah
August 27, 2018 at 11:54 pmSis seorang yang hebat dan sanggup terima cabaran
http://www.rahsiaummi.com/pengedar-vivix-ipoh-perak/